Monday, December 1, 2014

Pencil Case Kelopak Jantung




 29 November iaitu hari Sabtu lepas, aku ke rumah sewa kawan aku, Nabila dan Athirah di Pusat Komersil, Seksyen 7. Bila melangkah masuk ke rumah diorang, aku rasa macam kenal je pencil case ni.. Lah, ni lah pencil case yang aku bagi dekat Athirah masa birthday dia yang ke-20, dua tahun lepas. Aku rasa terharu sangat Athirah masih lagi sudi guna pencil case yang aku bagi walaupun dah terlalu banyak perubahan dari segi warna dan teksturnya.

Ada jugak bagi hadiah masa birthday dia pada tahun-tahun sudah... Tapi yang ni paling istimewa.. Sebab aku suka corak kotak-kotak sebab nampak kemas.. Lagipun, waktu beli hadiah ni, aku baru ja turun dari bas eskpres dari Kedah... Dah tu, kena redah hujan pulak...Tapi, hujan tu kan rahmat. Aku harap rahmat Allah akan sentiasa bersama dengan kita semua, amin...

Aku ada beli hadiah untuk Athirah sempena konvo esok...Tapi, bila keluar shopping, aku tambah satu lagi hadiah... Nak tengok tak?


Tadaaa!!
Aku dah belikan pencil case baru untuk Athirah. Pencil case ni sempena birthday Athirah yang lepas. Aci lah lambat sikit sebab tahun lepas aku bagi hadiah dekat Athirah seminggu lebih awal daripada birthday sebenar dia. Malu aku...dah la ada Meera Nordin..Nasiblah Athirah sudi menunggu sampai seminggu then barulah dia buka..Terima kasih awak,..hope pencil case ni akan jadi tanda ingatan pada awak, Athirah..sebab lepas ni maybe kita dah tak jumpa lagi dah...

Daripada kisah pencil case Athirah ni, banyak pengajaran yang aku dapat. Bak kata Meera Nordin, self-esteem aku ni rendah. Aku selalu rasa aku ni..hurm.. tapi, bila Nabila bagi tahu yang dia recall dulu apa yang aku minat sebelum pilihkan hadiah untuk aku, aku rasa sedih.. Tak sangka, aku pun penting dalam hidup Nabila..Aku ingat aku ni..hurmm..


Aku rasa happy sangat sebab dapat hadiah daripada Nabila...Aku memang suka la tumbler..aku pun minat kumpul sticker..So cute..


Lepas ni, mesti rindu nak selfie dengan Nabila..


Dan,..aku pun rasa terharu dengan Bai, roommate aku semester lepas,..Bai baik sangat dengan aku..Masa dia konvo Sabtu hari tu, bukan aku yang redah lautan manusia tapi Bai pulak yang datang cari aku..Terharu sangat... Banyak memori dengan Bai walaupun kami kenal tak sampai setahun pun,Terima kasih Bai sebab banyak care dan gosip-gosip dengan Pqah selama ni.


Aku tak tau la nak letak imej apa untuk Ad.Dah lama dah aku kenal Ad.Selalu pergi intai Ad masa dia kerja di gerai ais krim dulu.. Gila bayang la time tu..Ad serius lawak. Pecah usus bila bercakap dengan Ad. Aku sekarang dikawal rapi oleh Ad. Nak keluar jalan-jalan kena bawak payung, takut demam kena hujan..Nak bergayut lama-lama kena marah, "Ika jangan cakap dengan orang yang tak kenal. Apa-apa call, tau...". Tu yang Ad pesan tadi.Tapi, aku dah bercakap dengan ramai orang bila Ad tinggalkan aku kat sini. Ad suruh aku guna PTAR 3 tapi Ad tak tau pun yang aku sekarang di PTAR 4..Syhh!!..


Penasihat akademik terbaik dalam hidup aku.. Setahu aku la, orang lain dah tak sudi dah nak layan 'miss-ex'.. tapi Teacher Zulfa dan Cikgu Halim ok je.. 


Rasanya tak tunjuk gambar pun semua orang kenal dah kot...Ni lah Meera Nordin.. Paling gojes, vogue dalam hidup aku...Rasa terharu sebab kami masih mampu bertahan hingga ke hari ni, alhamdulillah.. Rahsia?...Entah..cuba tanya Meera pakai jampi apa... Senang ja actually, jangan la ada sense of belonging sangat... Sepanjang aku berkawan dengan Meera, aku tak pernah amik peduli latar belakang atau latar hidup Meera.. Aku main belasah ja sambar dia jadi kawan aku..Berkat sebab berjumpa lepas solat Subuh kot..

Esok, Insya-Allah, majlis konvo..Aku teringat pesan Ad...belajar bukan sebab nak konvo... Ya, Ad..Ika tau tu..Tapi, sebab majlis konvo ni lah Ika sedar satau perkara.. Kita tak perlu peduli pada orang tak peduli akan diri kita tapi pedulilah pada orang yang selalu peduli akan sakit pening, alahan makanan, dan hari-hari penting kita sebab dalam hidup ni kita perlukan orang yang peduli dan terus peduli akan diri kita...

Dalam diam-diam aku bertekad bahawa perjuangan ini akan aku teruskan, InsyaAllah..

Wednesday, August 15, 2012

Telegram Untukmu






"Noor Syafiqah Azani....". Ayah aku memanggil.
"Ahak! Ahak!. I'm coming..."
"Nah, ni setem yang Fiqah pesan." Aku confuselah. Nama banyak sangat. Kejap Syafiqah, Fiqah, Pqah, Iqah. Lepas ni panggil Pqah Syafiq je lah. Amacam?. Alah... panggilah puteri... sweet sikit, ye tak?.

Bila tiba saja bulan Ramadhan, aku tidak lupa melayangkan kad ucapan. Kira ni rutin tahunan sejak aku berumur 12 tahun lagi. Tak kisahlah musuh atau kawan, sesiapa yang rapat mesti aku pastikan dia dapat kad aku.

"Pastikan pos sebelum 13 Ogos. Nanti tak sampai pulak."
"Baik, ayah!". Barulah gabra nak karang ayat, nak cari alamat pastu sembur minyak wangi sikit. Ahhhh!!! semerbak tau. Kali ni aku cuma menggunakan setem 50 sen saja untuk pos domestik dan 60 sen untuk pos luar daerah. Yalah nak pos ke Johor, Pahang, Kajang, Terengganu, Perlis. Pqah ada baca Pos Malaysia cuma mengambil cas 30 sen sahaja untuk setiap surat yang dihantar. Murahnya. Banyak jugalah aku agihkan kad raya setiap tahun dalam 20 keping. Aku fikir berbaloi kerana urmmm.... ramai yang komplen aku ni kedekut kasih sayang. Pqah harap dengan dah tak private blog, kirim kad raya menjadi indikator Pqah sayang la dekat korang. Bukan tak ingat tapi sibuk sikit sejak akhir-akhir ni. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Naik jerawat nanti. Haaaa...........kan ada yang dah gabra.

Pqah tak delah mengharap orang nak balas sebab itu tanda ingatan. Tapi tersentuh jugalah bila ada ramai juga yang membalas. Puitis, gramatis tak usah cakaplah. Berkajang-kajang.Nostalgia tau. Kadang berlanjutan ke e-mel pulak.

"Adakah kita bermusuh." Satu sms dari rakan mengejutkan aku.
"Kita tak akan pernah bermusuh. Sampai bila-bila." Aku menjawab sepenuh hati. Ada rasa ntahlah, deep feeling. "Kita minta maaf........ Selama ni........" Tak naklah cerita. Gone let it by gone. Ringkasnya, Lebaran kali ini semakin banyak salam kemaafan dihulur dan diberi. Lupakanlah. Ada yang dapat kad kartun ada yang dapat corak bunga-bunga. Alah, yang penting isinya. Cuma aku akui kad raya tahun lepas paling ramai komplen buat diorang bercucuran air mata. Ntah, tetiba pulak terlebih feeling.

 Biasalah, dari sini aku belajar sesuatu. Sekecil mana pun kapak namun bisa menumbang sebesar-besar pokok. Kapak itu umpama anasir jahat yang ingin menjatuhkan persahabatan kita yang seteguh pohon itu. Teringat aku pada seorang teman lama. Kami bertahan sehingga 13 tahun. Baru beberapa hari lepas dia menghubungi aku. Kami sentiasa ingat betapa kami berfikir begitu panjang sebelum menghulur salam persahabatan, jadi tentu kami yang akan mempertahankan. Ingat lagi kami selalunya memilih persatuan yang sama. Jika aku pengerusi, dia setiausaha dan begitulah. Andai dia outstation, segala kerja aku yang bereskan. Yalah, dia ada program luarkan, nanti dia cover lah aku pulak. Tu pasal aku sayang pada dia. Jangan risau, ni kawan perempuan. Hurmmm.... sebenarnya, rasa benci tu buat kita sakit hati. Sebenarnya kita sayang dekat dia tapi kadang-kadang entah tak nak mengaku. Ego. Cewah.... Jadi, percayalah kita tak mampu untuk membenci.

Seikhlas Aur dan Tebing

Andai engkau pen merah, akulah pen birunya.....
Andai engkau Google, akulah Yahoonya....
dan andai engkau aur, akulah tebingnya.....


Bukan Pqah yang edit!!!

Thursday, August 9, 2012

"Pqah percaya tak pada cinta?". Apa lagi ni?. Bulan puasa ni bukankah lebih manis berbicara yang elok-elok saja. Hai, nasiblah baru lepas solat terawih. 

"Ya....". Aku percaya. Sungguh! Cinta itu luas maknanya bagi aku.
"Kenapa kita tak pernah tahu siapa ehem-ehem Pqah?". Ler... apa ni?.
"Ntahlah...Pqah ni kalau boleh tak nak fikir lagi. Kan baru 20 tahun." Menjerat la soalan macam ni. Aku pun tak pernah tahu siapakah ehem-ehem aku.
"Yalah, umur beginilah kena mula mencari."
"Macam mana nak cari kalau sibuk dengan pelajaran. Lagipun, Pqah tak nak esok Pqah menyesal dalam hidup, kesian dekat parents lagi teruk akhirnya kita dengan dia tak de apa-apa pun...Nanti jadi dendam pulak....."
"Tak de yang hensem ke di fakulti Pqah."
"Ntahlah... tak sempat nak cari."
"Tak sunyi ke Pqah?". Aku ni teruk sangat ke?
"Tak..."

Tipu!. Aku menipu diri aku sendiri. Kenapa engkau sering bertanya akan hal yang sudah engkau ketahui. Aku sunyi. Sejak kematian arwah atuk aku, aku bagaikan hilang arah. Aku ketawa, engkau tahukah betapa hati aku terseksa. Aku.... sepi dalam ramai. Tapi  perlukah aku ceritakan semua itu. Semua orang ada masalah sendiri, kisah yang tersendiri. Bukan aku tak mahu mencuba, tapi aku tak akan terutama dengan rakan sefakulti. Dan kalimah tidak akan bermakna aku akan terus begini... sendiri. Dan.. bukan seawal usia ini. Tak mungkin aku tergugat. Aku cuba bertahan.

Sewaktu aku kurang sihat, rasa sayu pulak. Ada teman, yalah sudah berpunya ada yang mengambil berat. Teringin nak update status di FB. Tapi maniskah?. Aku malu. Biarlah Hatin dan Daia sahaja yang tahu. Bukankah lebih manis. Apakah bahagia ada seseorang di sisi menemani?. Aku malu berfikir begitu. Biarlah dalam diam tanpa aku ketahui. Kan lebih indah begitu. 

 Aku pun perempuan. Aku pun ada hati dan perasaan. 

"Jadi kenapa ya tanya Pqah macam tu?." Aku kembali ke alam realiti.
"Saja nak tahu. Tak sabar." Hurmmm... aku dah agak dah. Kalau Pqah kahwin sure Pqah invite.
"Ready je lah dengan baju kurung warna hijau." Aku tersenyum sendiri. Hijau.. hai,Pqah suka. 
"Tapi warna tema hijau jugak ke?". Ntahlah... Hisyy.. apalah Pqah ni. Kemungkinan besar ya. Alah, tak kisahlah warna merah pun. Macam mana nak fikir kalau habuk pun tak nampak.

Cinta... apa guna aku bercinta kalau tak ke mana. Malas nak berkepit ke sana ke mari. Malulah. Cukuplah satu saja seumur hidup. Senang nak cakap dekat anak-anak nanti "Mak tak ada orang lain, dari dulu sampai sekarang ada ayah korang sorang jerr...". Kalau betul sayang, kenalah simpan, jaga. Aku bukan baju, boleh ditukar ganti setiap hari. Dan samalah dengan sesiapa yang aku kasihi suatu hari nanti. Mereka bukan boneka, bukan bola boleh dibuat bahan mainan sekadar bereksperimen. Nak eksperimen apa lagi... Kalau tak biasa tak usahlah, menjerat diri.

Andai tiada cinta, susah pula. Rindu pun ada juga.... sikit-sikit dah la. Aku ntah kalau boleh ingin yang sederhana kerana itu lebih istimewa di hati aku. Tak akan orang ada boyfriend aku pun nak ada. Logiklah sikit, semua tu tidak akan kekal. Kenalah sabar...pasti suatu hari nanti aku akan layangkan jua kalimah walimatulurusnya... Tunggu!!!


Tuesday, August 7, 2012



Pernah baca ni?


Tanda Tanda Malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam qadar ialah :
1.        Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2.       Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3.       Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.
Selamat Beramal!

Saturday, August 4, 2012

Kisah Muka Buku



"Nah, ni untuk Chik!". Aku menghadiahkan sebuah buku cerita pada sepupu aku yang datang bertandang petang itu. Dia nampak gembira. Biarlah, banyak lagi buku. Jujur, dah tak banyak koleksi buku cerita aku yang tinggal. Bagi dekat saudara-mara.
"Habislah buku Kak Iqah." Adik ni dah kenapa.
"So?. Kan Kak Iqah ada lagi buku cerita. Bukan awak nak baca pun."
"Tak sayang ke?. Kot nak buat warisan pada anak cucu." Nak tergelak aku.
"Buku ilmiah boleh la kalau nak bahagikan ikut kaedah faraid." Koleksi buku ilmiah memang aku nak simpan elok-elok. Buat tatapan anak cucu. Amboi, macam aku ni tua sangat.


Pernah baca artikel ni?



Agih, wakaf buku simati

 Oleh Nazmi YaakubCetak
Bahan bacaan termasuk sebagai harta pusaka dan perlu ikut hukum faraid 

BUKU tidak hanya menjadi warisan dalam konteks isi kandungan dan ilmunya kepada pembaca, bahkan secara fizikal termasuk sebagai harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut hukum faraid. 

Bagaimanapun, kedudukannya sebagai harta pusaka itu tidak disedari sehingga koleksi buku di perpustakaan peribadi tinggalan waris mereka yang meninggal dunia terbiar sehingga rosak kerana tidak lagi dijaga. 

Sebahagian koleksi buku terutama karya nadir, teks lama dan manuskrip pula menjadi sangat berharga sehingga nilainya mampu mencecah puluhan ribu, malahan ada juga jutaan ringgit ,tetapi kadangkala tersorok di dalam almari atau loteng rumah kerana waris jahil terhadap nilainya dari segi ilmu dan material. 

Imam 1 Masjid al-Hukama’, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Azman Ahmad, berkata buku yang ditinggalkan oleh si mati mempunyai manfaat yang besar kepada waris dan kepentingannya sama seperti tinggalan harta pusaka. 

“Jika harta pusaka perlu dibahagi-bahagikan dengan adil dan saksama mengikut faraid dalam Islam, begitu juga buku yang ditinggalkan oleh si mati hendaklah dibahagikan sesama anak sekiranya boleh dimanfaatkan oleh mereka. 

“Cendekiawan dan tokoh gerakan Islam, Imam Hassan al-Banna meninggalkan khazanah buku kepada anaknya, iaitu Wafa, Saiful Islam, Tsana, Raja’, Halah dan Istisyhad yang dapat memanfaatkan memanfaatkan buku yang sebelum itu menjadi cermin diri dan pemikiran ayah mereka,” katanya kepada Sastera di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
Azman mengumpamakan buku yang menjadi harta pusaka seperti tanah atau rumah yang dipusakai oleh keluarga turun-temurun sehingga nilai dan harganya semakin tinggi apabila usianya makin bertambah. 

“Oleh itu, sekiranya buku itu tidak boleh dimanfaatkan oleh waris tidak lama selepas kematian dan pembahagian faraid atas faktor usia atau ketidakupayaan untuk menguruskannya, maka harta itu dipindahkan kepada pemegang amanah. 

“Ini kerana mungkin buku itu tidak dapat dimanfaatkan disebabkan keterbatasan ilmu dan usia, tetapi boleh digunakan apabila anak meningkat dewasa seperti buku agama yang ilmunya dapat dimanfaatkan bukan saja oleh anak, bahkan cucu-cicit sekiranya dipelihara dan dipulihara dengan baik,” katanya yang juga Pegawai Perancang Bahasa DBP. 

Bagi waris yang berasa tidak dapat memanfaatkan buku yang ditinggalkan itu, Azman menyarankan mereka untuk menghadiahkan buku berkenaan kepada alim ulama atau mewakafkannya ke institusi ilmu supaya ia terus dimanfaatkan. 

“Malah, waris juga boleh menggunakan kecanggihan teknologi maklumat untuk memuatnaikkan isi kandungan buku itu ke dunia maya sekiranya hak ciptanya sudah menjadi hak awam. 

“Kelak buku tinggalan si mati itu boleh dicapai oleh jutaan pengguna dan pembaca, sekali gus pahala jariah yang diperoleh si mati akan terus berpanjangan,” katanya yang juga novelis Namaku Bukan Maria, Punya Cinta Ramadan dan Insyirah. 

Bagaimanapun, Azman mengingatkan masyarakat tentang buku yang dinilai sebagai khazanah yang baik adalah buku yang sifatnya ‘mutlak’, iaitu tulisan yang baik dan kandungan ilmu memberi manfaat kepada pembaca. 

“Ia bukan buku yang sifatnya ‘mutanajjis’, iaitu karya yang isi kandungannya sudahlah mengelirukan, bahkan merosakkan akidah dan akhlak warisnya sendiri. 

“Buku yang menyeru ke arah akidah yang sesat dan akhlak yang rosak serta menghina Islam bukan saja tidak boleh dibaca, malah waris hendaklah membakarnya,” katanya. 

Namun, Azman menegaskan waris perlu membezakan buku yang mutanajjis itu dengan buku yang bersifat ‘mustakmal’, iaitu asalnya baik kepada si mati ketika hidupnya tetapi kandungannya tidak sesuai dibaca oleh si waris dan orang awam. “Waris boleh mewakafkan buku berkenaan kepada individu atau institusi yang mempunyai wewenang agama atau ilmu untuk tujuan kajian atau simpanan dalam koleksi nadir sebagai bahan perbandingan dan bukti. 

“Saya sendiri memiliki koleksi nadir, ‘al-Sab’ah min al-Salaf’ karya al-Sayid Murtada al-Sayid Muhammad al-Husaini yang isi kandungannya menuduh sahabat dan isteri Nabi sebagai sesat, iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah, Hafsah, Muawiyah serta Khalid al-Walid,” katanya. 

Fikrah Azman itu bertepatan dengan pandangan Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Ridzuan Awang yang menyarankan waris mengambil jalan muafakat untuk mewakafkan buku yang dimiliki saudara mereka yang meninggal dunia. 

“Pada kebiasaannya buku yang juga termasuk dalam harta pusaka tidak dibahagi-bahagikan sesama waris, sebaliknya diberikan kepada pihak yang berkenaan kerana manfaatnya tidak berterusan. 

“Pemberian itu menjadi amal jariah kepada si mati seperti apabila diwakafkan kepada perpustakaan umpamanya dengan syarat mendapat persetujuan waris yang terbabit,” katanya kepada Sastera di Fakulti Pengajian Islam (FPI), UKM, Bangi, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Dr Mohd Ridzuan mengingatkan harta pusaka berbentuk buku itu sekiranya menjadi rebutan dan menimbulkan pergaduhan di kalangan waris, harta terbabit perlu dibahagi-bahagikan mengikut faraid. 

Mengenai tindakan waris membiarkan buku si mati sehingga terbiar dan rosak yang akhirnya dibakar, beliau berkata, tindakan itu sangat merugikan si mati kerana ‘menghalangnya’ daripada mendapat pahala yang berterusan sekiranya ia diwakafkan. 

“Lagi pun banyak perpustakaan seperti di UKM, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC) mempunyai koleksi individu tertentu serta mengalu-alukan sumbangan buku. 

“Biarlah waris menyedari mereka boleh menggunakan buku itu untuk memberi manfaat kepada si mati dalam bentuk wakaf di perpustakaan kerana pahalanya akan berlipat-ganda apabila semakin ramai orang membacanya secara berterusan,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Panel Penilai Karya Undang-undang DBP.
Aku mengikuti perkembangan seseorang ni. Ehem-ehem. Gurau jerr.
Sebenarnya, aku pernah terbaca Tan Sri A. Samad Ismail mewakafkan sebahagian buku-bukunya. Sure berharga. Pada anak-anaknya pun adalah bahagiannya. Aku menjadi sayu melihat buku-buku disusun dengan kemas di sebelah jenazahnya. Sayu pulak. Benarlah kata arwah atuk aku, kalau kita kejar harta, kita yang kena jaga harta tu tapi kalau kita kejar ilmu, ilmu yang akan jaga kita sehingga akhir hayat.
"Kita tau buku apa yang boleh Kak Iqah faraidkan."
"Apa?." Tanyaku.
"Tu... diari yang Kak tulis tu. Best kot baca."
"Hei... Baca diari Kakak?, Tak malu ke?" Geram aku. Patah riuk dia nanti.
Nak baca diari orang semua nak dan teruja. Nasiblah tu planner ja. Kuss semangat. Lain kali, belilah diari yang ada kunci. Selamat sikit. Diari nak buat kaedah faraid?. Tak sanggup aku.

Puasa Ke?



Beberapa hari yang lalu, setelah selesai urusan di bank, aku keluar untuk membeli barang keperluan diri. Aku fikir dalam bulan puasa ni senanglah nak shopping, orang tak berapa nak ramai. Tapi tak juga. Dalam sibuk tertoleh-toleh kedai yang ingin dituju, aku ternampak sebuah kedai makan ni. Tak apalah, kedai orang Cina. Tapi... bila kali kedua aku toleh, aku nampak kelibat orang Melayu dalam kedai tu sedang amboii... sedang pilih lauk. Hai, nak lunch ke?. Dah lupa ke dah dua minggu dah berpuasa.


Peliknya, yang pergi kedai makan ni orang tua yang dah boleh panggil atuk. Peliklah... kenapa boleh jadi macam tu. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Malu tau dekat budak-budak tadika yang baru balik taska. Diorang pun puasa juga. Tak apalah puasa separuh hari pun sesuai dengan kudrat diorang.


Paling aku tak tahan kenapa lah pergi makan di kedai orang Cina?. Tak geli ke?. Tak malu ke?. 
Orang bukan Islam tu setengahnya tu makan sembunyi-sembunyi tau bila datang bulan puasa. 


Aku tertanya jugalah, pegawai agama tak datang serbu ke?. Tahun lepas aku nampak ramai bertempiaran lari bila pegawai agama datang serbu. Tu lah....Buat malu dekat cucu ja. Ayah aku kata kali ni, modus operandinya lain sikit, diorang datang serbu pada waktu pagi. Ermmm... baguslah. Yang tak bestnya, aku nampak ada setengahnya tu lepas makan pergi kedai nombor ekor pula. Ishh... tak habis-habis lagi.


Tak faham dengan setengah atuk yang masih tak sedar diri. Kalau uzur tu, tak apalah. Tapi, tak kan la uzur, sihat je nampak. Tak hairanla kalau sekarang dah jadi trend atuk rogol cucu sendiri. Yalah, nak tahan nafsu lapar dahaga pun tak mampu... Faham-fahamlah sendiri.