Wednesday, August 15, 2012

Seikhlas Aur dan Tebing

Andai engkau pen merah, akulah pen birunya.....
Andai engkau Google, akulah Yahoonya....
dan andai engkau aur, akulah tebingnya.....


Bukan Pqah yang edit!!!




13 Ogos 2010

"Meera! Meera!. Bangunlah. Sahur." Aku mengejutkan Meera.
"La, Pqah. Baru pukul 12, sahur apanya. Pi tidoq nu..."
Aku tak dapat nak menahan ketawa. Betul jugak kan, baru 30 minit terlelap. Ntah kenapa aku terjaga. Aku menonong kembali ke katil. Sebenarnya hari itu aku hanya menemankan Meera sebab roomate dia semua balik. Tak sampai hati pulak nak tinggal dia sendiri di bilik.

"Pqah.Pqah... Pqahhhhh!!!!". Ish Meera ni... Kuss semangat. Nasib tak bersilat. 
"Bangun, sahur..." Ha, ni baru betul. Suara Meera bagaikan semboyan mengajak aku ke medan bakti. Tu dia... Biasalah. Bulan kemerdekaan kena la patriotik sikit. 
"Ok. Macam biasa, ye." Aku kembali ke bilik aku. Selang berapa pintu je pun..... Lagipun, roomates aku pulak mengadu kalau aku tak ada sunyi. Terutama kekanda dan pengasuh aku, Zaza. Tu pasal Meera faham. Macam biasa-teman berkepit aku ke kelas mesti faham aku akan keluar seawal 7.30 pagi untuk ke kelas sesi pagi. Bukan apa, aku suka tengok pemandangan pagi.

Asasi semester kali itu, kami berpuasa bersama hampir sebulan dan hari raya pulak itulah cuti study week kami. Selepas kuliah, kami akan pergi bertarawih bersama-sama.

"Pqah, nampak tak orang sebelah kami tu." Aku sibuk pilih makanan untuk moreh ni.
"Apa?".
"Tak ada ka orang sebelah kami terlentok dekat bahu kami waktu imam dok baca doa."
Sebenarnya aku nampak lebih dari tu. Air liurnya sampai nak meleleh. Nasib tak kena telekung Meera. Aku kalau tak mengenangkan perasaan Meera, mesti aku nak cerita. 
"Itulah Meera. Kami pun perasan." Kami-hurmmm teringin nak beraku engkau juga tapi tak boleh dah. Dah terlalu tua untuk mencuba.

"Meera, tengok tu........." Wah, cantiknya. Ada percikan bunga api dari I-City melatari pemandangan tatkala kami bercerita. Meera, aku suka buli dia. Dia penglipurlara percuma dalam hidup aku. Aku tak pernah mendengar kisah novel cinta seindah gubahan Meera. Dia suka baca novel cinta. Aku- ermmm payah la sikit. Tapi tak bermakna aku tak suka tapi kurang berminat. Dah habis makan, kami terus naik. Study, kemas buku, iron baju, witir, tidur. Tu rutin aku.

28 Ogos 2010

"Pqah, nanti pegang tangan kami. Pakai baju kaler pink. Nanti susah pulak kalau hilang."
Meera ni.. macamlah Pqah ni budak kecik lagi. Dia takut kalau aku hilang. Sayang ya dia dekat aku. Bila aku tanya dia selalu tak nak mengaku. Hurmmmphhh!! Nyampah. Tapi aku faham lantaran keluarga kami saling mengenali, kami memegang amanah agar saling menjaga antara satu sama lain. Balik kampung sama-sama dan kelas pun sama, makan sama-sama dan begitulah... 

"Pqah, belilah kasut warna ni.." Meera mencadangkan sandal untuk aku.
"Merah?". Ish, ni yang buat aku tension. Aku kalau merah ni kurang lah sikit.
"Trylah... kasut raya kami kaler oren." Allah, lagi aku tak mau kaler oren. 
Aku sampai sekarang pakai lagi tau kasut merah tu. Sebab sayang..................
Tapi bulan Ogos dalam kalendar hidup aku rasa melankolik sikit. Rasa sayu bila aku terbaca catatan lama setiap kali Ogos. Sedih dan pilu.... Eceh... tak de lah.

Sebenarnya, banyak yang aku nak coretkan pasal Meera ni. Hubungan kami tidaklah selalunya tenang bagaikan air di muara tapi sesekali beriak juga dek kehadiran perahu yang mudik ke hulu. Yalah, kerja punya pasal. Semua nak yang terbaik. Cuma aku tidak menyangka detik 18 Mac 2011 adalah salam terakhir yang aku hulur untuk persahabatan ini. Meera dan aku tidak ditakdirkan untuk terus bersama di peringkat ijazah. Walaupun kami satu universiti, asrama pun sebelah menyebelah tapi kami sibuk. Aku kadang-kadang ada kuliah malam, kokurikulum. Samalah dengan dia. Nak chatting pun kena ada temujanji. Nak berjumpa satu semester baru sekali tau. Ish.. parah dan perit.

Sering kami terkenang detik 24 Mei 2010, sesudah solat Subuh, aku menghulurkan salam- salam persahabatan. Kemudian minggu orientasi kami asyik berkepit aja. Ditakdirkan kami selalunya orang terawal sampai ke kantin tapi selalu orang terakhir selesai makan. Ntah apa-apakan.....

Tapi, perpisahan ini telah mengajar kami sesuatu. Erti kesetiaan, pengorbanan dan paling penting rasa hormat. Kami tidak bertegur di FB bukan sebab bergaduh tapi sebab Meera faham kerja aku berlambak. Aku tak mahu mengajak Meera keluar bukan sebab rasa benci tapi aku faham dia ada komitmen pada kolej dan aku tahu dia komited dalam tugasannya. Kami merelakan perpisahan ini kerana kami inginkan masing-masing berjaya dan bahagia. Kalau salah seorang daripada kami sakit kan ke susah. Lagipun kami dah susah nak menjaga antara satu sama lain. Dan begitulah aku dengan teman-teman yang lainnya.

Hatta kita dipisahkan oleh Lautan Pasifik, Lautan Atlantik hatta Lautan Hindi sekalipun namun setiap kenangan manis itu pastinya tersimpul rapi. Walaupun bertemu teman pengganti adakah yang lama harus kita letak ke tepi?. Tiada apa yang dapat memisahkan kita, kerana kita tahu kita saling menyayangi walaupun tidak pernah kita ucapkan.Namun kejarlah dahulu apa yang dicitakan agar kita menghargai harga sebuah pengorbanan. Sesudah sebulan berpuasa, menahan nafsu, dan meningkatkan amal ibadah, tentu kita kembali kepada fitrah kita -cenderung ke arah kebaikan.  Mudah-mudahan.....

Justeru, Salam Lebaran dan Salam Kemaafan :)




No comments:

Post a Comment