Monday, May 28, 2012

Misteri 603/604

Tadi aku menaiki bas ke PKNS. Ada urusan yang perlu aku selesaikan. Dari rumah kakak aku mengambil bas 602. Biasalah naik bas kat Shah Alam.

"Ni tak pe ke abang tak hantar?". Abang aku bertanya.
"Tak pe lah.. dah besa dah." Apalah abang ipar aku ni.
"Nah, ambik ni."
Aku mengambil payung itu walaupun tak perlu rasanya. Yalah kalau ada yang sudi mengambil berat tu, terima kasih sangatlah.

Aku berhenti di seksyen 2 sebelum ke PKNS. Kalau di fakulti, ada dua jenis bas utama.
Pertama


Bas UiTM

Kedua

Bas Rapid KL

Bas Rapid dalam UiTM ada 3 spesis. Dalaman, faham ja lah berlegar dalam UiTM ja. 603 gi Seksyen 2 dan 604 ke Seksyen 7. Tapi ini sebab aku malas sangat nak naik bas Rapid.



Sesaknya jangan dicakaplah. Selalu aku jalan kaki ja. Cepat juga sampai. Aku ingat lagi masa aku asasi, aku dengan Mira dah terpenyek dalam lautan manusia gara-gara nak naik bas.

"Allahhu Akbar!"
Eh, kenapa pulak Maisarah bertakbir ni?, Raya lambat lagi lah.
"Aku ingat pi Mekah ja buleh mati kena pijak, dok UiTM pun buleh mati kena pijak."
La, patut lah. Kaki Mai kena pijak.
"Dah la Mira, kami rasa tak mau naik bas la. Bagi la diorang pi dulu."
"Elok la tu Pqah. Kami pun tak sanggup dah."
Kami yang debab ni tak sanggup nak berebut. Tak muat dah. Tunggu bas lain la pulak.

Aku kembali ke alam realiti. Lama juga aku di PKNS. Aku singgah di sebuah restoran.
Eh, abang call.
"Hello!".
"Hello!Hello! Hello!".
Aku menoleh belakang.
"Teh ais kurang manis tiga!"

Well, the awkward moment is when the same people who jogged with you yesterday smile at you and said:
"Lepas ni kita gi taman mainan nak?"
Nooooo!!!!

Di Pinggir Kali Ada Baruh.

Pqah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Tadau Kaamatan kepada rakan sefakulti dari Sabah dan Sarawak.... Semoga berbahagia disamping keluarga dan yang tersayang...

Kedah terkenal dengan jolokan Jelapang Padi. Perlis pun ya juga. Apalah beza kedah dan Perlis kerana Sultan Kedah yang menghadiahkan Perlis kepada Raja Perlis suatu ketika dahulu.

Sawah, bendang dan baruh membawa maksud yang sama, tempat untuk menanam padi.




Ok, dah tengok pemandangan sawah, ke mana padi ini akan pergi.
Kilang? Ya itu sekarang. Tapi dulu, selepas dituai padi akan dijemur dan akan disimpan dalam...

Rumah padi.

 Dari depan


Belakang
Ini rumah padi di rumah nenek Pqah... Pak cik yang berusaha jaga rumah ni... Buat tatapan generasi akan datang katanya. Di rumah arwah wan ada juga tapi dah roboh kena makan dengan anai-anai. Rumah padi jiran Pqah lagi cantik. Dianyamnya dengan daun rumbia. Tinggi nilai estetikanya tu....

Walaupun rumah padi ini tidaklah sebesar mana, tapi bolehlah kalau 4 orang budak nak masuk. 
Pqah ada nampak orang kampung letakkan cermin, bedak dan alat solek dalam ni. Waktu tu kecik lagi.
Kata wan, nak bagi semangat padi bersolek. Makkk!!! Terus Pqah takut nak main dekat situ. Tapi itu dulu, Pqah percaya orang ramai kini dah sedar semua tu khurafat.


Dulu, semasa arwah wan ada, bila hampir senja saja kami semua disuruh balik dari bermain di bendang atau sawah. Kenapa ya?. Menurut cerita pada masa dahulu, orang menghantar sihir tuju-tuju melalui sawah padi. Sihir ini kalau kita zahirkan dengan mata kasar seperti kumpulan jarum yang berterbangan untuk menuju ke rumah mangsa. Jarum akan dikawal oleh dukun dengan mantera tertentu. Selalu dukun dari Siam mahir dengan ilmu ini. Kata wan lagi, sesiapa yang terkena boleh meninggal. Kuat juga ya sihir ni. 

Tapi, itu dahulu. Sekarang sihir ini semakin luput. Kenapalah kita kalau iri hati nak guna sihir?. 
Patutnya perlu ada lonjakan paradigma di situ... Ewah.. semangat padi ni.
Bersainglah secara positif, barulah boleh maju. Nasihat ini pun untuk Pqah juga,,... 
Sebagai panduan untuk masa depan.

Sunday, May 27, 2012

Juh Berambeh

"Adik pakai baju apa tu?".
"Ben Ten."
"Kakak?".
"Papaf Girl." Powerful Girls actually.
"Mak Lang?"
"Tadaaa!!! Mickey Mouse."

Tadi, aku dan kakak sekeluarga pi joging. Atas suara majoriti, kami sepakat ke Tasik Seksyen 7, dekat dengan rumah sewa aku. Selalu diorang joging di Tasik Shah Alam. Saja aku pakai baju kartun, nak ambil hati anak-anak buah. Supaya mereka tahu aku sayang mereka sama rata. Pening juga kepala, bila si kakak bertanya, "Mak Lang sayang kiterr ke adik?". Yang adik pulak asyik tarik tangan aku makan coklat sama-sama.


Kedatangan kami disambut dengan kicauan burung-burung.

Ni lah tasiknya....

Ni buat anak-anak kakak suka... Kemain ye buli Mak Lang... Report kat Tok Wan.



Dalam bas, aku selalu nampak bunga-bunga mekar di tasik ini. Teringin jugak lah nak tengok spesis apa kerana kali ini aku tidak dapat melihat bunga kertas kesayangan aku mekar di rumah. Aku pun tak tau ni bunga spesis apa.... Anggerik kot pasal Shah Alam kan Bandar Anggerik.


Dalam dok sibuk berlari..."Eh, macam kenal." Dekat sinilah aku jawab exam Contract dan Constitutional Law sem lepas.


Tengok tu... Menara Sains dan Teknologi dari jauh...

Cukup tiga round...
"Jom gi kedai mamak!"
Hai, macam ni bilanya nak slim?

Ketika Aku Bercerita Tentangnya


 
Aku berteleku di meja studi. Lama aku berfikir, apa yang harus aku tulis di dalam diari aku kali ini. Mungkin ada yang terbaca post aku tahun lepas, tapi aku dah delete.
Aku mengambil masa 4 tahun untuk kembali manulis gara-gara diari aku dibakar secara tidak sengaja sewaktu darjah enam. Kemudian, pada usia 16 tahun barulah aku kembali aktif menulis. Itulah sikap aku sekiranya patah hati. Sukar rasanya ingin menerima hakikat impian aku terbakar begitu sahaja.

Kini, UiTM bercuti selama seminggu sempena Hari Gawai. Transit aku hanya di TTDI, 15 minit perjalanan dari UiTM. Aku ingin berehat untuk beberapa hari sebelum menyambung semula kerja-kerjaku. Pena ini ligat menari lantaran sudah terlalu lama aku tidak menulis diari. Tidak banyak bezanya antara rumah sewa aku dan TTDI, cuma di sini suasananya kurang bingit. Penangan pulau haba bandar menyebabkan aku sedikit berkeringat walaupun sudah larut malam.

Sedang asyik menulis, aku terlihat kelibat bayang-bayang hitam akibat pantulan cahaya melalui tingkap. Aku kaget seketika, ...
Aku membatukan diri. Rasanya, keluarga kakak ku semua sudah tidur.
Pintu bilikku dikuak...
Dan siapakah gerangan?

Thursday, May 24, 2012


"Pqah nak blue yogurt yang Blueberry ka apple and acai berries?"
Aiseh... ni yang leceh ni. Tadi Hatin call nak yogurt ke tak, jual mahal.
"Nak yang ada acai berries tu lah..." Aku mengekek di hujung talian.
Acai?.. Lupakan.

Oooo.. yogurt sekarang dah ada perisa baru....
Housemates aku yang sorang ini amat arif jenama dan perisa yogurt kegemaran aku.
Yalah... makan tak kenyang, tidur tak nyenyak kalau tak ada yogurt.

Adakah suatu hari nanti ada yogurt perisa durian?
Hurm,,, kita tunggu dan lihat.

Badi

Hari Selasa yang lalu, aku menonton perlawanan badminton. Lupa pulak, Piala Thomas dah start. Dalam dok sibuk tengok smash kencang..

"Tau tak Lee Chong Wei dah tersingkir?. Dia cedera."
Hatin dengan bersungguh-sungguh bercerita.
Ooo... cedera waktu lawan dengan Peter Gade... Tak pa lah, dah tak da rezeki.



Aku suka menonton perlawanan sukan. Paling utama bola sepak, kemudian badminton diikuti hoki dan akhir sekali perlumbaan rally racing. Aku dengan adik suka tengok sukan luncur ais... Best!

Semalam aku tengok regu Malaysia Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat lawan China. Pun kalah juga. Alah, dulu ranking nombor 1 dunia kot. Mungkin faktor usia... Tapi....


Kalau Lin Dan turun, rasa nak menyorok dalam selimut ja. Ngeri tengok pertembungan antara Lin Dan dengan Chong Wei. Lin Dan, corak permainannya tangkas, smash laju, bersemangat. Lin Dan ni kira badi buat Chong Wei.

Tapi tak pa, kita tunggu Olimpik nanti.

Wednesday, May 23, 2012

Terpateri Di Hati

Aku rasa resah. Apalah yang hendak ku coretkan kali ini buat yang dikasihi.
Aku malu untuk berterus-terang yang aku mula menyukainya.
Kisah mengenai arnab miliknya menjadi titik permulaan perkenalan kami.
Alhamdulillah, sudah dua tahun kami berkenalan, hubungan kami kian serius dan telah mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.
Selama ini, hanya kad sahaja yang menjadi perantara antara kami lantaran sikap aku yang pemalu.
Ramai juga yang sedar akan keakraban kami, namun kami hanya berdiam diri. Kerana aku tegar untuk mempertahankan hubungan ini, maka aku sering menjauhkan diri.

Kehadirannya ketika waktu aku menghadapi kesulitan sering membuat aku dihargai. Dia adalah pelengkap hidup aku kini. Dia buat lawak, aku tolong ketawa. Bak kata telah banyak yang kami berkongsi walaupun sukar untuk membahagikan masa.

Dan, dia adalah.....

Sunday, May 20, 2012

Sepatu London

"Mak, mana selipar Iqah... Tak nampak pun?". Aku rasa pelik, ke manalah hilang selipar Jepun aku walaupun di belakangnya tertera made in Padang Besar.

"Dah putus, adik tadi main lontar peluru. Dia pinjam... pas tu,,,,".
Ish... adik aku ni kan, kalau aku dapat cepuk baru dia tau... Dari dulu lagi selipar aku jadi mangsa kerakusan kakak, adik, mak hatta abang pun... Begitulah hebatnya penangan sepatu milik aku.



"Kak Iqah, so macam mana?. Nak ikut pi kedai tak?".
"Macam mana nak pi. Selipar akak awak dah bagi putus. Nak berkaki ayam ke?".
"Nah... try ni... high heel fesyen Aldo koleksi musim panas."
Aku terkedu... amboi ni ala-ala vintage ni.

Saturday, May 19, 2012

Anekdot



"Mana mi bandung dengan sirap bandung ni?". Aku mula merungut.
"Mana nasi goreng USA dengan air sirap bandung ni... Perut saya pun dah lapar." Daia pulak sambung.
"Kita pun.... Sabar jelah." Athirah si neutral yang berfikiran positif cuba menyabarkan perut kami.

"Macam manalah nak cepat kan... Jenuh la abang tu nak masak. Pqah order mi bandung dgn sirap bandung. Jauh tu nak fly." Aku sekadar mahu menghilangkan rasa boring.
"Itulah ingat dekat ke?." Daia sang pendengar setia sentiasa bersama aku.

"Betul! Betul! Betul!".

Tuesday, May 15, 2012

Hujan Panas

Tadi, aku belajar sesuatu yang baru....
Dalam dok wuley-wuley* salin nota.... aku dengar PM Hajar tanya...

"Pernah dengar tak orang tua-tua cakap, kalau hujan panas tandanya ada orang nak mati?"


Pertanyaan itu membuatkan aku segar lah sikit dalam kelas lecture....
"Pernah!Pernah!" Jawabku dalam hati.....Malu nak cakap... Suara emas tau!

"Nak tau tak sebab apa?"
"Eh, mestilah..." pun aku jawab dalam hati.

"Orang dulu-dulu kalau nak berlawan, diorang tunggu bila ada hujan panas baru diorang lawan."
"Nape erk?", tanyaku dalam hati.
"Yalah... kalau dah hari lain biasa sangat. Hujan panas jarang nak jumpa. Tulah.... diorang akan lawan sampai ada yang mati. Tulah pasal kalau hujan panas orang tua akan cakap ada yang akan mati."
Gitukah.... fahamlah....


Begitulah cara orang dahulu kala selesaikan masalah. Kalau tak guna cara by appointing tok penghulu as the mediator, diorang belasah la.... Tapi itu dulu,.

Sekarang zaman dah berubah, dunia makin maju... Kita pun boleh fikir tempat mana yang kita boleh pergi untuk selesaikan masalah. Apapun Alternative Dispute Resolution atau penyelesaian di luar mahkamah tadi masih relevan.. Kalau hal kecil kenapa nak ribut-ribut, banyak isu yang sepatutnya menjadi rahsia akan terbongkar... Kalau kalah kes kena bayar kes mahkamah lagi, ganti rugi lagi...




Apapun setiap yang kita lakukan pasti ada risiko... Gagal sekali tak bermakna anda gagal seumur hidup. Apapun renungkan sejenak sebelum anda terjebak...


*wuley-wuley = separa sedar


Thursday, May 10, 2012

Mandatori


Shah Alam. 4 Petang.
Kota nokturnal ini agak lengang. Rasa tepu otak nak menghadap buku criminal.
Sejenak aku berfikir. Apakah benar pendapat Aristotle "kemiskinan adalah evolusi jenayah."
Ye ke? Mungkin. Tapi adakah umum faham bentuk hukuman jenayah di Malaysia khususnya?.

Penjara seumur hidup
selalunya meibatkan kesalahan membunuh tanpa niat.
Tempoh penjara: 20 tahun.
Hari minggu, cuti awam, MC akan dikira setiap tahun. Kelakuan baik pun diambil kira. Dah tu, paling lama dok dalam lokap pun 16 tahun. Ye lah... cuti di Malaysia ni punyalah banyak.

Penjara sepanjang hayat
Tak kan keluar dari penjara sampai bila-bila
Tak jumpa lagi kes seumpama dengannya di Malaysia.
Banyak di Amerika.

Hukuman mati.
Selalunya melibatkan kes bunuh juga tapi boleh minta pengampunan daripada YDPA. Sebelum nak sampai pengampunan YDPA... banyak laluan yang perlu ditempuh. Paling kurang dapat lah hukuman penjara seumur hidup.

Hukuman mati mandatori
Nak tak nak kena gantung jugak sampai mati... Biaq pi lah berapa kali pun kena gantung.
Melibatkan kes dadah dan kes bunuh berprofil tinggi.
Bila nak kena gantungnya?
Apa? Ingat anytime ke??
Kalau dalam kes Mona Fendey, setiap hari dia akan didatangi oleh seorang guru agama.
Tunggulah sampai dia ready, baru buleh gantung... Kalau tak salah dekat 10 tahun jugalah dia tunggu pelaksanaan hukuman gantung.
Alasannya, alang-alang nak ambik nyawa orang biarlah dia bersedia dengan ikhlas bertemu dengan Allah.
Begitu juga kalau orang yang bukan Islam, adalah Father ke, guru agama diorang.

Siapalah kita nak menjatuhkan hukuman. Ramai ja yang jadi lebih baik selepas menerima hukuman itu. Biarlah Allah yang menentukan.

Sunday, May 6, 2012

NILAM 2.0


"Iqah.... macam dia pulak nak pi bertanding.... Baju tak kemas lagi,,.. Dah nak balik Shah Alam dah kan?". Apalah yang mak bebelkan... Cuti pertengahan semester itu aku agak kalut buat nota dan study untuk ajar junior baru. "Tak palah... kirim salam dekat Cikgu Halim dengan Teacher Zulfa." Alhamdulillah... Mak bagi restu la tu.

"La... mana ayah ni..?. Janji nak mai ambik,,,,". "Ayah ziarah jiran kita meninggal." Innalillah....
Lambat la sikit aku ke sekolah. Tak apa, aku faham.

"Lama tak hantar Iqah pi sekolah..." Ayah pulak mencetus nuansa ceria. Ewah...
"Yalah... tapi awat ada banyak motor dengan kereta?. Kata cuti peristiwa. Ni mesti teacher pekena kita, ayah."
"Tak pa lah... kirim salam dekat teacher Zulfa dengan Cikgu Halim."

Itulah gelagat parents aku. Diorang kenal cikgu Nilam aku. Jangan memain, tak leh nak buat bukan-bukan di sekolah.


Pertemuan kali ni... Tak de yang kekok, pendek kata semua ceria. Aku redah ja pintu pagar sekolah dengan beg buku warna kuning terang milik mak. Apa nak buat... emergency call... Aku pun dapat ilmu baru. Tak sia-sia. Macam kata PM Hajar, adakah awak dah membuatkan seseorang gembira pada cuti sem lepas? . Aku harap dengan memenuhi hajat teacher dan cikgu Halim dapatlah kiranya aku menggembirakan hati mereka selepas aku penuhi hajat ibubapa aku.

Apa dia?.. Buat lah apa yang awak suka, janji awak bahagia.....

Carta NILAM 2012

Dari kanan: Teacher Zulfa, Asyraf, Syahmi, Fiqah, Syarifah, Cikgu  Halim.

Cikgu Halim
CEO NILAM SMK Tunku Bendahara sejak tahun 2004.Memegang portfolio guru Bahasa Melayu dan Guru Media. Sangat berpengaruh dalam hal ehwal penajaan, penjenamaan dan gosip terkini... Pernah time aku nak bertanding dengar kata nak pindah... Nasib la tak jadi... Kalau tak sapa lah nak bingkaikan gambar aku nanti... Hehe... Jangan marah ye cikgu....

Teacher Zulfa
Manager NILAM SMK Tunku Bendahara sejak 2004. Portfolio beliau meliputi penjagaan mental dan tahap medula oblongata dan cerebrum tokoh NILAM sentiasa waras sebelum dan selepas pertandingan. Portfolio beliau sebagai guru Bahasa Inggeris tidak menghalang beliau untuk mengembleng tenaga memberi idea pada kami semua... Selalunya menager lah paling banyak kerja....Tapi teacher la selalu jemput aku ke sekolah. By the way, teacher banyak bagi inspirasi hatta Jins Shamsudin pun jadi sasterawan negara.. Pun boleh....


Juri jemputan aka juri awam
Tahun ni ada pulak juri awam... Merangkumi guru linguistik kerana format NILAM tahun ini dah bertukar format.. Kami semua pakat dok berkias, berpuisi bagai waktu sesi interview... Kanan, Puan Sharina dan Puan Rozanita.


Fiqah
Tokoh Nilam SMKTB yang ke enam. Puteri PSS yang sorang ni suka menjelmakan diri sebagai seorang yang blur dan suka mengemas perpustakaan. Selesa dipanggil Fiqah oleh CEO dan Manager kerana nama tu macam lari dari kebiasaan norma hidupnya. Memegang portfolio hakim pelawat. Kalau di penjara, hakim pelawat terdiri daripada pesara hakim, atau pengerusi badan-badan tertentu dan tugas mereka ialah menyelesaikan pergaduhan banduan. Tapi itu bukan lah potfolio dia... Ditugaskan memberi cetusan idea pada junior dan menambah sikit apa yang kurang... Dan itu lah Fiqah.. nak pencen tapi orang tak bagi....

Asyraf..
Pelajar jurusan penulisan skrip. Macam Fiqah juga tapi tugasnya berat sikit, selama sebulan juga dia melatih tokoh Nilam baru. Tokoh NILAM ke tujuh dan sangat la peramah. Asyraf ni anak cikgu Maths aku, Asyraf macam adik aku la juga.. Peramah tu memang kriteria kami berdua. Asyraf ditugaskan untuk menjaga hal ehwal protokol, bahasa badan... Banyak la....

Syarifah.
Sila lihat gambar atas sekali. Syarifah.. hurmmm lebih terarah pada juri penulisan kerana beliau agak pendiam. Kalau Sya bagi komen, aku dengan Asyraf saling menjeling. Dalam hati kami, aku ni banyak bebenor ke bagi komen?. Aku ja komen dah berjela. Apapun, Sya sangat bijak... Jangan main-main.

Syahmi.
Berpotensi menjadi juri bahagian protokol sebab mulai tahun 2012 format Nilam dah tukar. Bercita-cita ingin menjadi jurutera, Syahmi pernah bergabung di bawah naungan Kelab Kaunseling dan Pengawas Perpustakaan sama dengan aku dan Syarifah. Sebab tu lah kami macam adik-beradik. Saling mengenali dan boleh bertolak ansur. Syahmi mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan sama macam Asyraf. Tahniah!!!
Walaupun tak dapat sebarang tempat namun pahatkan segala kenangan dalam sanubari anda.

Aku??? Akan kembali sekiranya masih diperlukan dan tentu aku akan mengundur diri andai ada pengganti. Aku tak fikir aku lebih bagus dari yang lain seperti yang sesetengah orang fikir cuma semua atas nama rezeki. Jalan dan liku aku tak sama dengan orang lain... Ada sesuatu yang ingin aku perjuangkan dan inilah salah satu daripadanya.