Wednesday, April 25, 2012

Bukan Fatamorgana

Entah kenapa la pagi tu aku dah jadi serba tak kena. Subuh lagi dah pecahkan cebok. Nasiblah baru sampai rumah, kalau tak lagi teruk kena bebel. Ingatkan aku je, adik pun sama. Jalan pun terhuyung-hayang. Baru balik dari pertandingan memanah katanya. La, dah nak PMR pun tak insaf lagi adik aku ni. Biarlah dia.


Mak aku kata pelajar sekarang lembik. Agak sarkastik bunyinya namun tak ada yang salah dalam konteks pendapat. Aku dan adik kurang bersetuju. "Pelajar zaman sekarang dibebankan dengan aktiviti luar, penambahbaikan silabus yang kononnya membantu tapi sama ja rasanya."

Adik aku, tingkatan 3 dah ada assignment. Mak aii... jangan main- main. Hari tu dia dah membelah belantara dengan kawan dia kaji spesis pokok dan buat lawatan di kilang perabot. Tak menghairankan kalau pelajar tu nampak tak bermaya, waktu cutinya selalu terganggu. Dari tingkatan 1 lagi, dah ada assignment. "Adatlah akak dok sekolah sains." Ayat pasrah le tu...


Pelajar kini disogokkan, satu pelajar satu sukan. Tapi hakikatnya kata adik aku, satu pelajar masih lagi 2,3 sukan. Baru ja adik aku wakil daerah bola tampar ni kena wakil sukan memanah pulak. Bak katanya tukar jersi ja pun. "Patutlah Kak Iqah tengok muka u macam rimau belang." "Ha lahhh... semangat rimau Malaya." Dah pandai sekarang buat ayat.

Itu kata pelajar sekolah menengah. Meh dengar rintihan budak sekolah rendah pulak.


Setibanya aku di rumah kakak, aku tercari-cari kelibat anak saudara aku, Ameerah, 7 tahun. Tadi dia yang beria nak jemput aku tapi ni bayang pun tak nampak. Tengok-tengok dah terleleh di kerusi. Bila dia bangun dia mengadu pada aku. "Letih la Mak Lang. Sekolah dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Sakit ni lutut kiterrr... jatuh masa kokurikulum." Rasa macam mimpi bila  kenyataan ini dikeluarkan olehh  budak darjah satu. Sakit lutut pulak tu.

Pagi, Ameerah ada kelas agama kemudian petang ada kelas harian biasa. Penat tapi apakan daya, landskap pendidikan Malaysia semakin berubah.

"Akak... ni awat buku banyak sangat?".
"Nak rebus....."
"Tak pernah-pernah pun balik nak study. Buang tebiat ke awak nak study."

Aku tersenyum. Adik aku tak faham lagi. Bila dia berada di tempat aku, aku yakin segala kepayahan akan dapat diredahi kerana kepayahan itu yang menjadi tonggak ketabahan. Tiada apa yang hendak dirungutkan lagi kerana ini jalan yang aku pilih.

Saturday, April 14, 2012

Edisi Pagi

Aku boleh lah dikatakan ermmm..mesra juga dengan orang di sekeliling aku.
Cuma, kebelakangan ini aku suka menyepikan diri.
Guru, teman, juniors semua dah komplen.. payah benar hendak berkongsi cerita.


Entahlah... Aku tiada jawapan untuk itu. Kalau orang tegur, aku jawablah. Kalau tak aku suka bersendirian.
Aku suka berbual dengan seorang teman serumah aku yang sorang ni. Nama, rahsia. Yang penting perempuan.

Kami selalu berbual, hanya kami berdua. Tajuk yang dibualkan, paling utama bukanlah gosip  
mengutuk orang tapi lebih kepada isu diri sendiri kerana aku bukanlah manusia sempurna.


Aku beginilah... morning person tapi seronok juga jadi nocturnal. Waktu pagi adalah waktu yang menyegarkan dan perlambangan bagi kebaikan tapi malam adalah perlambangan bagi kejahatan. Ni Ustaz aku yang cerita.

Pagi itu, kami bercerita.. lama lantaran kesibukan masing-masing hatta kami sefakulti. Personaliti kami agak sama, lembut sikit dan manja. Tapi, kami juga perlukan masa untuk bersendirian dan berfikir. Usia muda beginilah kita perlu tajamkan kemahiran analitikal kita. Agar tahu mana yang terbaik untuk diri kita sendiri.


Pernah dengar don't judge a book by it's cover?. Tapi  tahu tak judge in court judge our appearance  in order to give bail or not. Teman aku yang tadi kata lagi, "kita tak dapat lari nak judge orang." Betul tu... aku pun macam tu selalunya.

Seronok bicara pada pagi itu, kerana dapat melontarkan pendapat. Itulah aku, aku suka berkongsi pandangan pada orang yang istimewa dalam hidup aku kerana yang rapat dengan aku sahaja yang aku berikan peluang untuk melihat sisi ini dalam hidupku.

Pendek kata, bicara pagi itu memberi semangat untuk aku terus menghadap buku dan laptop kerana banyak lagi assignment dan test sebelum cuti pertengahan sem.

Aku percaya pada satu prinsip ni... ramai orang baik tapi susah untuk mencari orang yang baik hati...
Korang setuju?

Gegorrrr....

11 April 2012

Petang itu, aku cuma update post di blog inilah...Malaysia bercuti... Pertabalan YDPA baharu...
Di rumah sewa aku hanya ada Daia, Mimi, Iqa dan aku.

Usai beberapa urusan e-mel, aku berehat... Tidor le tu....
Bila aku buka mata ja...

"Ya Allah... Daia rasa la gegarannnn tu...."

Aku terkesima seketika... aku tak rasa apa punnn...

ngelewo le pulak..

Di luar rumah... "Lari... selamatkan diri..."
Apalah brother tu, psycho tau.

Bila buka berita barulah tau, gempa bumi di Acheh. 8.9 skala ritcher pulak tu... Patutlah...
Semua terbejat seketika...

Apa kata aku dalam hati...
"Kiamat dah nak dekat..."

*ngelewo: loghat Perak. Maksudnya ke kiri- ke kanan