Thursday, March 29, 2012

Cerkon (Cerita Kontot)

Aku menghadap laptop aku. Sibuknya.. kalah menteri... eleh auta je tu... Pqah kan student lagi.
Tak sampai sebulan semester 2 bermula, aku diserang demam. Nasiblah... kejap hujan, kejap panas. Rasa nak pakai kaca mata hitam pi kelas pun ada jugak. Suara dah macam Rahim Maarof. Hai... nasiblah dah siapkan assignment. Dua pulak tu. Tapi ada lagi dua menyusul.

Sedang aku sibuk menyemak e-mel, tiba-tiba...
"Pqah kami rasa tunang kami curang lah...."
"Gila ke apa kau ni...".. Cewah... monolog dalaman ja ni.
"Lah... napa pulak..." Apalah punya soalan. Ini adalah satu bentuk penderaan minda bagi aku yang tidak berpengalaman dalam hal-ehwal cinta ni.


"Yalah... kami contact asyik bagi alasan ja."
Lerrr... lagi aku tak faham. " Tunang awak kan amik engineering... dia sibuklah tu...."
"Alasan.. baru amik engineering. Bukan medik."
Eh, menjawab pulak, Pqah kebas tunang dia baru tau... Hehe.. tak ada maknanya.

"Awak... engineering ni tough. Diorang tu ntah-ntah tak tidur. Akak Pqah pun amik engineering jugak... Kesian,... dah macam cicak kobeng." Apalah... nak samakan dengan medik pulak... Nasiblah kakak end up as a lecturer ja.


"Oooo... kira tunang kami tu tak ada yang lain lah ni..."
"Tak lah... orang sains sibuk tak sama dengan kita la..."
"Kan senang kalau amik aliran sastera macam Pqah..."
Aikkk!! Pqah amik sastera? Ermmm,,,...Jadi sasterawanita pun boleh.... Dia tak tau pun aku amik course apa di universiti... Berapa kerat ja kawan aku yang tau.

"Kalau Pqah sayang seseorang apa yang Pqah akan buat?".
"Pqah akan usaha jadikan diri Pqah yang terbaik dulu..."
"Kenapa?"
"Pqah sibuk la... Byee!!!"

Pandai tu bagi alasan... Sebabnya, orang yang kita sayang bukan nak menongkat langit. Tiada jaminan dalam berkasih sayang kerana kalau dia pergi dulu, sekurang-kurangnya Pqah dapat teruskan amanat orang yang kita kasihi sebab Pqah percaya walau dia sudah tiada tapi dia tak pernah hilang. Ingat tu!! Jadilah orang yang berilmu. bukan sekadar berpelajaran tinggi.