Friday, December 30, 2011

Spot check

Dam! Dam! Dam!

Aku dan Daia tersentak.. Macam ada pegawai pencegah maksiat datang serbu bilik aku je. Heii.. suspen tau...

"Masuk!!!".. Aku rasa Nora, pasal dia nak pinjam USB kamera aku.
Daia pulak datang nak tengok notes aku. Biasalah, pelajar berwibawa ni... masih berkaliber katakan...

"Eh, nape dia tak masuk?".
Aku buka pintu....

"Dik, ada spot check bilik...."

So, moral of the story, jagalah kekemasan bilik anda.... Nasib bilik aku tak kena tatatertib... Nasiblah dah cuci bilik dan sembur febreeze... Untung lagi bila pegawai tu tengok kami study...
Ni bilik masa asasi...

"Boleh buat calon...". Notis bilik aku dah diperiksa ditinggal atas meja....
Untunglah Daia datang...

Bermulanya Di Sini


Inilah sekolah aku.... Tempat bermulanya aku mula mengenali siapa aku, dan di sinilah permulaan pada sebuah cerita.

Realitinya, aku dahulu seorang yang biasa saja, tak ada beza pun dengan orang lain.
Cuma....

Aku suka belajar di sini. Kenapa ya?. Ermmm,,,... aku rasa aku ni manja sikit, ada cikgu kata aku ni alien.Bukan apa, nak mengusik ja tu.


Di dataran inilah aku selalu kena bagi ucapan, jadi pengerusi majlislah... Hai.... malas nak bercakap sebenarnya. Suara emas tau.... Tapi, ia adalah satu pengalaman yang sangat bernilai. Kenapa ya?. Sebab aku di sini pun dilatih untuk bercakap dan berbahas. But I still remain silent in may way... Senyap itu indah.


Seronok berpeluang jadi cikgu sekejap. Nilah masanya nak ragging bebudak ni.. Hehe....
Rasakan... Jahat sikit. Yelah, bila lagi kan?. Tapi seronok sebenarnya jadi guru, ada gaya tu. Tapi tak apalah, bagi akak aku sorang dah lah jadi guru. Adiknya jadi yang lain pulak...

Ikatan yang dibina itu tak akan putus. Aku kembali lagi...


Aku kembali lagi untuk repeat MUET.... Kali pertama tak lepas nak buat law, Alhamdulillah kali kedua dapat juga aku sambung degree yang sama. Kali pertama aku ambik di sekolah lain, tapi for the second time aku dinasihatkan ambil di sekolah lama sebab aku pun tak selesa di sekolah lain.
Tapi yang jaga aku masa MUET di sekolah lain tu Ustaz Mansor dengan Cikgu Rasnah... Laaa... rasa special pulak... Asyik kita ja dapat perhatian,,,,... Untunglah aku.



Dan kali ini, di sini pula langkah aku bermula.... Tak lama aku akan berada di sini.
Pengalaman tak sama dengan sekolah.
Barulah terasa pahit getir. Tapi terasa kemanisannya bila hasil kejayaan dapat dituai.
Susah senang dengan rakan seperjuangan, penting tu pilih kawan yang baik...
Supaya tak terus hanyut. Tapi pengalaman itu sangat mematangkan... Tapi manjanya tetap takkan hilang....Uhuk!Uhuk!... Ni batuk betul lah...

Tapi... enjoy your teens years...Walaupun kita ambil course profesional, hakikatnya kita pun budak jugak. Ada hak nak berlibur.. ehh ayat... sesekali. Tengok tu...




Tengok lah tu...
Perangai macam bebudak... Biasalah tu...
Orang dalam hati ada taman.... hehe....


Tak kisahlah... pandailah kita bahagikan masa...
Takkanlah 24 jam nak mengulit buku, sesekali nak gak gi shopping, camping dan chatting.

Fesyen

Post ni adalah tribute untuk dua pasang baju kurung yang hilang untuk semester ni....

"Apa yang budak ni pakai?. Baju merah, seluar kuning."

Apalah yang tak kena dengan mak ni.

"Mak..ni koleksi musim panas Bernard Chandran." Aku nak tergelak...
Pelik juga ya, bila dah semakin dewasa ni aku tak ambil endah hal fesyen.
Maksud aku, dulu aku lain....


Dulu, warna pakaian aku matching. Taklah nampak awkward mak aku nengoknya.
Tapi, sekarang ni aku makin sibuk, so pakai jelah apa yang ada.
Alah, pakai untuk menolong mak di dapur, takkan nak melaram. Tak logik.

Adik aku pun dah jadi macam aku.
Baju hitam, seluar merah. Lagilah lawak.


Tak selalu dapat melawa walaupun nak pergi kuliah.
Hakikatnya, kami berperang dengan masa.
Kalau dah dia minat grooming, silakan....
Tapi, takut kalau aku tersalah sapu make up.
So, sederhana saja.

Bila dah baju kurung aku kena curi, sedih juga especially yang kaler pink tu...
Mak aku yang beli tau ...
Sampai hati... Tulah baju yang aku pakai masa daftar asasi last year dengan family aku.
Waaaaa.....

Sulit juga nak explain kat mak.
Tapi mak tak marah...


"Tak pa... Study elok-elok tau..."
Aku nangis.....
Terima kasih mak....
Mak lembut, kelakar, caring tapi perahsia. Macam aku juga.... tapi lembut tu kurenggg sikit.

Ni nak warning sikit,
Curi baju tu haram....
Curi hati tak pe...

Exam...

Kringggg!!!

Loceng dah berbunyi...
Auta lah tu... kat universiti mana ada bunyi loceng la.....

23 Disember 2011, kelas terakhir aku untuk semester satu BLS. Kelas Constitutional Law. Faveret la jugak. Banyak ilmu yang aku dapat. Terima kasih Prof Shad....

Study week bermula, ramai yang nak balik rumah.... dapatkan ilham di kampung halaman.
Fine... untung lerrr.... Haha....

Inilah realiti aku...

Susahlah nak study awal-awal. Tak de mood.
Tapi, sebagai pelajar tak kiralah dia malas ke rajin ke, exam itu adalah tarikh keramat dalam hidup mereka.
Time nilah diorang akan menjadi begitu komited dan berwibawa dalam membuat nota ataupun past years question.


Macam-macamlah idea kreatif yang akan keluar untuk hilangkan stress. Pada masa yang sama hati ni rasa berbelah bahagi, teringat banyak benda tak hafal lagi.

Tapi, relaks jugak perlu, kalau tak jem time nak menjawab exam.

Pemakanan pun harus dijaga.... Meggi tu pastikan stoknya dah habis before study week... Tapi aku tak la sampai tahap ni...
Terpulanglah kan,...

Tapi, hati mau bersih... Ilmu yang ada sedikit tu apa salahnya kita kongsi bersama...
Adalah balasannya nanti, InsyaAllah yang baik.


Cikgu aku kata.. jagalah hubungan dengan Pencipta kita...
Baliklah pada fitrah...
Jahat macam mana pun kita, mengadulah pada Allah
sesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Patutnya jagalah hubungan kita dengan guru atau lecturer.
Takkanlah baru belajar sedikit pasal fundamental liberties, kita dah mula demand itu dan ini.
Hello, sedarlah... kita ni siapa saja....

Bila dah orang pesan, tak dengar, jangan salahkan sesiapa.



Bila dah guru terasa... manalah kita tau kan...


Ermmm,,... nauzubillah....
Muliakanlah guru dan pensyarah anda.
Mereka ibarat lilin yang membakar diri...
Ewah jadi Usman Awang pulak larut malam ni.

Jangan lupa...
pada mama dan ayah anda...


Jangan hampakan harapan mereka.

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan akhir tahun,
maaf zahir dan batin,
semoga kejayaan milik kita bersama.






Monday, December 26, 2011

Xtivity

Aku semester ni banyak juga aktiviti kokurikulum yang aku joint. Tengok movie Korea sampai berjejeran air mata pun dapat ekstra markah tau. Jom kita review apa aktiviti aku sepanjang sem ni.
Hehe... 7 serangkai gi camping di Taman Negara Pahang. Best sangattttt....
Taman Negara seolah-olah masih memanggil nama aku... "Pqah! Pqah!".


Dah selalu sangat asyik baca kes ja... Sesekali, bila merentas belantara, rasa fresh sikit.
Ahhh!!!


Tengok tuuu... Macam keluarga bahagia kan?. Time ni lah nak berkongsi cerita dan caring each other.


Ni lah keluarga besar company H.... Company H adalah nama bagi fakulti undang-undang untuk kelas kawad atau Kesatria. Aku joint cheers. Banyak gak dapat markah. Boleh la kot nak dapat A untuk subjek ni.



Company H, tema tahun ni pink dan lady bird. Ni lah, skuadnya. Nampak tak kawan baik aku, Athirah?.


Nilah muka sebahagian daripada classmate aku. Pink...tak tahan nyah.


Mengancam... Tak menahan mak menengoknya....



Ni bukan aktiviti kolej atau HEP, tapi ni kenduri abang classmate aku. Kat mana?. INTEKMA Resort, kat Seksyen 7.



Ni lah pengantinnya... Makanan sedap... So kalau nak kahwin, buat la kat sini... Ajak la Pqah sama.



Aku pi lagi camping. Kali ni terpaksa sebab dapat ekstra marks. Untuk bantu pointer aku jugak. Kali ni di Hutan Lipur Sungai Chamang, Pahang. Kalau rakan-rakan nak tahu, nilah pakaian rasmi kami, pelatih Kesatria.


Tak banyak gambar yang aku rakam. Banyak aktiviti.



Aku gi tengok mocktrial, perbicaraan olok-olok di mahkamah. Macam teater la.



Nilah set mocktrial... Aku pun akan bekerja di tempat inilah suatu hari nanti, InsyaAllah.


Ni lah aktiviti last aku joint. Tengok konsert 1 UiTM. Paling best tengok dekan nyanyi lagu klasik. Tersentuh hati ni. Tengok dikir barat pun sedap jugak. Hiburan ringan before study week dan final, tak salah rasanya.

Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti aku join tapi tak dapat nak tulis. Banyak sangat. Lain kali lah ya.

Friday, December 16, 2011

Dah lama tak tulis blog. Rindu. Aku pun dah lama tak tulis diari. Aku tak dapat mengelak, banyak assignment, test, itu dan ini. Aku terpaksa korbankan minat aku sekejap. Kelmarin aku ada ujian kawad. Boleh lah kot nak dapat A untuk Kesatria.

Semester ni aku paling low profile, rasanya. Aku jarang ambil gambar, jarang menulis. Banyaknya masa dengan hal-hal lain berkaitan test dan assignment serta camping.

Aku rindu waktu ni...

Ni gambar lepas debate kelas Madam Shirin. Hurmmm....

Rindu? Entahlah, semakin aku meningkat dewasa, aku dah tak layan sangat hal rindu.Yalah mana ada jual ubat rindu di farmasi atau di hospital. Pendeknya, belajar dengan insan yang memahami dan tabah banyak mengubat erti rindu.

Aku ni asyik sakit-sakit ja. Selera makan pun berubah. Aku tak suka makan bukan-bukan. Nape ni?. Ke memang simptom aku nak masuk 20 tahun.

Susah sikit la aku nak mempamerkan keceriaan seperti dulu. Memang la aku ceria tapi pemikiran ni agak serius sikit terutamanya waktu pagi.

Apapun, jangan la salah paham, masa banyak mengubah kita.