Friday, October 28, 2011

Tumbler Aku....

Semalam, lepas habis Kesatria, aku meredah hujan dan petir yang sabung-menyabung. Gila betul. Dah la Padang kawad tu kawasan lapang. Tak kawad pun kelmarin. Hujan lebat dan komander pun macam tak ramai ja. Tapi yang paling tak best ada kilat. Takut tau.

Seperti kebiasaan, aku akan bawak tumbler atau bekas air untuk gi ke kelas atau waktu gi Kesatria ke, bersukan ke. Aku bawak tumbler since I was 7 years old. Dah jadi habit. Tak lengkap rasanya kalau tak bawak tumbler gi sekolah atau latihan rumah sukan.

Sepanjang hidup aku, aku selalu guna tumbler warna biru, peach, ungu dan merah. Hijau dan pink tak dak lagi. Tumbler ni isi dengan air masak ja tapi sangat perlu lepas aktiviti sukan, boring dengar lecture atau waktu lunch.

Aku pun ada tumbler khas untuk digunakan waktu study. Pada waktu malam kebiasaannya aku akan minum minuman yang panas tapi aku tak suka kopi dan nescafe. Menderita aku kalau minum 2 jenis air ni. Tapi sekarang dah tak guna tumbler tu, sebagai aksesori ja kat rumah.



Tapi sedihnya, semalam tumbler aku hilang. Aku ingat Teha dah amik dan Teha pun ingat aku dah amik tumbler dia. Balik tu, aku try cari lagi tapi tak jumpa. Ada yang kata ada orang simpan ada yang kata dah hanyut. Sedih...



Waktu aku try cari tumbler di tengah hujan yang lebat, ada la 2 orang kawan roommate kehilangan beg. Dalam tu ada kunci bilik la, dan barang berharga yang lain. Nasib la aku bawak kopek yang kecik tu pi padang kawad. Hari ni rasa tak de mood nak gi kelas. Walaupun tumbler aku tu tak sampai RM10, tapi sedih la... Ada nilai sentimental. Apapun, aku nak study Tort dulu. Jap gi ada test.

Tuesday, October 25, 2011

Teroleng-Oleng

Pada 21- 23 Oktober yang lalu, aku, dan geng2 aku seramai 6 orang join EnLAC, kira persatuan alam sekitar kat fac aku pergi ke Taman Negara, Pahang. Sapa tak mau pi untuk 3 hari 2 malam bayar RM35 jer dan meliputi makanan, transport, penginapan, aktiviti kami kat sana dan T shirt. Best wo....

 Tapi aku ni tak berapa berani sangat coz kalau nak pi mana-mana kena naik bot. Mana la besa kan, teroleng-oleng kiri, kanan. Takut terjatuh. Tapi lama-lama best pulak especially waktu rapid shooting. Best woo.. walaupun lencun dan sejuk menahan ketaq air sungai tapi best. Balik ke kolej pun masih terasa lagi teroleng-oleng.


Kawasan penginapan kami pun kat tepi sungai. Memang terbaik. Tak pernah aku merasai pengalaman ni. Teruja dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama. Ntah bila dapat bercuti sama-sama lagi.


Tengok lah.... ni gambar restoren dan mini market kat sini. Kena la lalu titi yang disediakan. Ketaq gak tapi lama-lama best.... Makanan kat sini pun best... Berselera aku makan. Maybe dah muak makan kat DC kot.. lagipun tak payah pikir menu untuk 3 hari.. hehe

Thursday, October 20, 2011

Beginilah...

Terleleh aku...

Baru petang tadi aku dengan Teha berjalan beriringan meredah hujan yang menggila. Amboi, bahasa macam A. Samad Said. Petang Khamis biasanya kami akan pi latihan kawad. Dah jadi budak Kesatria kan... Gawatnya, kami habis kelas pukul 4 petang. Nak balik bilik lagi, solat. Nasib la Abang Ikhbal paham. Ehem2, ni tutor aku tau. Ingat abang mana?. Sir Ikhbal biasanya akan bagi kami balik awal la sikit. Tu yang aku semangat nak pi kelas dia.

Minggu ni adalah minggu yang pack dan tough bagi aku.

Isnin
Pi latihan Perkad, first time turun. Belajar kawad.
Siapkan assignment TITAS.
Study untuk test tort esok.

Selasa
Pergi pejabat pos, pos surat.
Study sikit tort.
Meeting Enlac.
Bengang test tor cancel, kata next week pulak.
Siapkan assignment TITAS dan edit.

Rabu.
Kelas dari pukul 8 pagi sampai 10 malam.
Bengang kelas TITAS cancel, tak tau pun. Penat buat assignmen.
Dapat assignmen contract.
Katanya TITAS ada test lagi

Khamis.
Pergi beli barang nak camping after class pukul 12 tgh hari.
Pergi kawad pukul 5 ptg.
Redah hujan coz kawad habis awal
Pemeriksaan barang elektrik kalau tak Yatimah saman....
Kemas baju dan makanan untuk camping kat Taman Negara, Pahang. Tak sabaq aku..... Pahang!!! I'm coming.

Aku akan sampai balik ke Shah Alam pada Ahad depan, InsyaAllah. Tapi, balik tu ada test Arab, Tort sampai dua. BEL ni subjek English, minggu depan gak. Malaysian Legal System pun ada test gak.. Botak la sementara nak tunggu mid sem break. Lepas break ada test lagi, submit assignment. Biaq pi la sat. Aku nak pi relax sat. Nasib tak da kelas contract esok. Syukur la, kalau tak jenuh la nak cover sendiri...

Tapi aku rasa seronok pulak coz masa cepat berlalu.. Tup!Tup! dah nak masuk 20 tahun..Hermmmm

Sunday, October 16, 2011

Bermulanya Begini


"Ok, bye...". Aku menutup perbualan dengan Muizzah pada malam itu. Bahagianya dapat berbual dengan kawan lama aku. Susah senang aku selama ni dengan Muizzah. Dia istimewa, suka mengingatkan aku, sama seperti makna namanya. Namun, permulaan kisah bahagia kami tak la seperti orang lain sangkakan. Dulu, masa sekolah rendah kami tak sebulu. Asyik bertikam lidah ja walaupun aku lagi banyak berdiam. Namun, seperti firman Allah, Dia berkuasa membalikkan hati manusia. Kalau dulu rasa benci, kini rasa sayang. Nasib Muizzah sama gender dengan aku kalau tak dia lah calon husband aku. Cewah... Perasaan sayang tu mula timbul bila kami masuk sekolah menengah yang sama. Kami akui, dulu kami terlalu mentah dalam membuat penilaian plus cemburu buta. Kini, rasa kasih masih membara walaupun haluan kami ternyata berbeza. Aku ingat lagi kami sama-sama membanteras samseng kat sekolah padahal aku ni librarian. Ingat lagi time study sama-sama, masuk pertandingan sama-sama. Ohh... syahdunya, rasa macam nak pi jumpa Muizzah sekarang. Ayah aku jugak kenal ayah Muizzah ni malah ayah aku pernah ambik Muizzah kat rumah dia sebab nak suruh temankan aku tengok ekspo apa ntah. Kini walaupun Muizzah amik nursing, tapi aku tetap sayang kat dia walaupun sayang tu tak pernah aku ucapkan. Aku tahu dia juga begitu dan itulah kisah kami.



Persahabatan antara aku dengan Aida juga bermula sejak di sekolah rendah tapi tak rapat. Sekolah menengah pun tak rapat sampai la Form 4. Tu pun sebab kelas sama. Pertelingkahan antara kami tak aku sedari bila aku berada di tingkatan 2. Kononnya aku dah rampas takhta Aida sebagai best student. Laa.. aku waktu tu kelas nombor 3, ada la kata-kata sumbang nak lagakan kami. Aku tak tau pun pasal aku ni bukan amik peduli kata orang. Gosip tu biasa la, dah glamer. Sampai la kami dipertemukan oleh Cikgu Syidah. Kena dok sebelah Aida la pulak. Nasib la... Ingat nak lari ja, tukar sekolah. Namun tetiba ja rasa sayang kat Aida. Aik.. apakah. Dulu, bukan main. Haha.. ni cemburu plus ego, sekarang saling terpesona kot. Kini, aku lantik Aida sebagai advisor aku dalam hal-ehwal emosi. Tak sangka aku, Aida ni pandai bermadah ni. Ya la, orang dalam hati ada taman. Haha.. Aku doakan agar Aida Adrina Robani menjadi the next top accountant in Malaysia. Kalau korang nak tau Aida dengan Muizzah akan aku letak priority utama dalam senarai nak bagi kad raya tau. Takut terlupa pulak, asyik ingat kawan kat Shah Alam ja.



Yang ni pulak kawan aku kat sekolah rendah dan menengah. Cukuplah aku panggil dia as Zaa. Dulu pun tak suka dia. Yang ni gaduh sebab dendam plus benci gila. Ntah la, dah nama pun budak lagi mestilah asyik gaduh. Tapi baik balik. Kalau tak silap Zaa amik perdagangan kot. Apapun aku tak kisah sebab kini kami semua dah jadi kawan baik. Umur macam aku patutnya dah stabil dari aspek emosi kalau tak pun dah tak macam budak dah. Dendam dah tak ada dalam kamus kerana kita tahu, hati yang penuh dengan dendam adalah hati yang busuk dan tak cukup zat. Yalah, tekanan namanya tu.

Tapi aku sedar, kawan yang aku anggap musuh tadilah yang kekal abadi. Ambik berat pasal aku, ingat birthday aku. Kawan lain pun ingat tapi kami semua ni dah berkawan hampir 10 tahun. Kalau kahwin mau dekat setengah dozen dah dapat anak. Amboi, kahwin lagi. Bukan senang nak sampai angka 10. Dugaan banyak tau. Apapun, terima kasih la kat hampa semua. Semoga berjaya dalam karier dan kita tengok antara Pqah, Aida dan Muizzah sapa kahwin dulu. Tapi aku tau jawapannya.

Friday, October 14, 2011

Pqah dan Makanan

I like...


Yang kat atas ni sup sayur. Favourite Pqah ni. Memandangkan Pqah tak suka makan makanan pedas, maybe sebab dari kecil dah biasa makan sayur, perut ni macam tak berapa sesuai dengan makanan pedas.  Hari pertama pendaftaran kolej, Pqah tak tau nak makan apa coz masa breakfast, Pqah dan Teha dah pekena nasi lemak dekat kedai mamak. Well, macam besa la abang Pqah yang belanja. Pqah pun makan la sup sayur dengan ayam goreng. Tau tak apa jadi?. Before Maghrib Pqah muntah penuh dalam bilik mandi. Waduh, penat jer makan. Habis makanan yang kami makan keluar. Renyahnya, Pqah pun terkena cirit-birit. Dah la tu, nak muntah dengan nak sakit perut pun pada waktu yang sama. Akibatnya, esok Pqah jalan macam orang mabuk untuk dengar ceramah daripada dekan. Nasib la ada Teha. Doktor cakap Pqah kena keracunan makanan. Eee... makan ubat lagi. Dah la ada ubat buang angin. Faham la kan apa akibatnya dan of course Teha sekali lagi jadi sasaran.

Kronologi daripada kes ni, Pqah takut nak makan nasi. Makan buah dengan roti je.
Komen Hatin: Kalau tak makan nasi, nak makan apa?
Komen Teha: "Awak tau Mira, saya dok dalam bilik macam suami layan isteri mengandung. Ya lah, wek sana, wek sini. Nak tolong tak tau. Diam je la."
Mira Nordin: "Ohhh.. Pqah beli nasi kat kedai tetttt... ka?. Tak mau dah pi kat situ."
Doktor Salina: "La... awak makan ape?. Kedai kat DC tu kotor kot. Tak pe, meh dr check."
Akmar: "Perut dah ok?"
Kakak Pqah: " Pqah makan apa?. Tu badan turun tak sekilo?"
Kak Ju: " Sayang, jangan beli ayam golek yang dok tergantung. Kawan kak Ju cakap tak bersih." 


Tapi yang bestnya kan bila dr kat Pusat Kesihatan urut perut Pqah. Ahhh.. sedapnya,. Nasib la dr perempuan, kalau tak penendang la jawabnya. Tapi yang tak best tu bila tengah malam kena pi toilet sorang2. Nak kejut Teha malas la. Kesian.


Ni pulak kes lepas Pqah keracunan makanan. Pada suatu pagi, Pqah pi la DC. Awal ni, kira kedai kat DC baru ja nak buka. Pqah pun lalu la kat kedai yang Pqah keracunan makanan tu. Kawan cakap, makanan kat situ dah ok. Pqah pun beli la nasi ayam kat situ. Lepas dah bayar, Pqah pun nampak la bibik, pekerja kedai tu tanya kat ketua chef dia, ye la kot tapi indon gak. "Ni kari boleh serve lagi tak?". Pqah kalih belakang, Ya ALLAH!! kari tu dah berbuih. Nak muntah la. Apa ni serve macam tu kat student. Kami bayar tau. Jangan nak pikir untung ja.




Balik bilik, Pqah pun makan la nasi ayam tu. Ya Allah, sos dengan kicap dia pulak nak basi. Nasib la tak tuang lagi. Tapi makan sikit jer. Tak lalu dah. Sebenarnya, kami ni dalam dilema nak makan, bukan aneroxia atau bulimia, tapi takut dengan momokan bibik yang kerja kat kedai makan.Teha kata dia ada nampak satu kedai makan ni, kat dapur dia ada banyak lalat. Wekk.. geli. Patut la keracunan. Ni yang paling teruk dalam sejarah. Sampai berminggu. Barulah, Pqah recover. Tapi Pqah rasa sejak kejadian tu, Pqah makin diam tau, makan pun nak sikit je. Bukan nak slim tapi tak leh masuk dalam tekak. Tapi rasa terharu bila ramai kawan ambil berat. Terima kasih semua. Mak, ayah, kakak, adik tak yah cerita la... selalu bersama.


 Restoren, ehh... betul ke eja.  Aku ada senior, amik Mass Comm, tau dak dia cerita kan restoren kat area Shah Alam ni banyak pakai pelaris. Ada guna kuku la masuk dalam makanan, Hai... macam mana ni?. Pqah bukan tak mau masak tapi Pqah dok asrama. Terbakar macam mana. Ada la pantri untuk masak tapi gas pun tak de, nak berasap apanya.

Kadang2 tu rasa macam makan kat hospital ja bila makanan kat dc tawar semacam je. Ingat Pqah ni terkena heart attack kot. Tapi, kalau la buleh buat komplen kan ke best. Masalahnya, Pqah atau Teha tak tau nak buat aduan kat sapa. Tanya orang tu kata pi situ, tanya tuttt.. kata pi sini. Penat tau. Ingat orang bola kot. Apapun majulah sukan untuk negara. Tusbih 'ala khayr.


Friday, October 7, 2011

Adik...



"Adik mana ah mak?". Aku mencari adik. Pagi-pagi buta lagi aku cari adik aku. Adik tu nama kucing aku. Orang buang kucing ni. Actually dia ni ada 3 beradik tapi ayah aku buang dekat pasar pasal mak aku tak mau bela kucing banyak-banyak. Dapat bela Adik ni pun pasal aku yang nak sangat buat pengganti kucing lama aku. Kucing yang aku bela kebanyakan sama jer kaler. Berbelang.

Adik ni suka teman aku baca buku dan tengok movie. Kucing zaman sekarang pun dah moden ye. Makan pun best-best. Hari-hari nak tulang ayam. Demand. Adik membesar dengan aku. Aku bela masa aku cuti panjang dulu. 6 bulan wo...

Tapi adik aku ni satu ja kegemaran dia selain makan. That is...


Tidur... Aku pun heran dengan mamat ni(Adik kucing jantan). Walaupun kami kunci pintu, tingkap tapi dia still buleh masuk. Tapi nasibnya dia buat bisnes dia dekat semak kat rumah aku. Lagi satu kalau mak aku marah kat dia pasal curi lauk ke, sepahkan rumah ke, dia diam je. Tak  pun tidur kat luar rumah. Tak sabar nak balik cuti sem ni. Aku nak jumpa Adik...

Tuesday, October 4, 2011

Test Tort





Hari ni aku ada test untuk subjek Tort. Tort ni macam civil law la. Contohnya kalau doktor tertinggal gunting dalam perut pesakit dan pesakit tu nak saman doktor atau lagi tepat hospital tu, ni la undang-undangnya. Kira hal ehwal kecuaian ni la law nya. Tapi aku tak de mood la nak study tambah pulak cuaca hari ni macam nak suruh aku tidoq ja. Aku dah study sikit semalam tapi tadi tengok kawan-kawan aku study bagai nak rak, takut la aku pun. Tadi kelas cancel. Tutor aku maybe bizi dengan tesis PhD dia. Contract best. Tapi jem gak la nak paham. Cuma masalahnya aku ni dok pikir pasal makan ja. Tak tau la apa nak jadi. Harap aku bertahan la. Roommate aku pulak bizi ja memanjang. Ceh, hari ni ja dia bizi. Korang cam na?. Mungkin ni sindrom awal sem kot.

Monday, October 3, 2011

Kasih Yang Abadi

Ibu tidak pernah bercerita tentang kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kita




"Mak cik redha dengan pemergian anak mak cik. Cik sayang dekat anak cik tu. Mak cik rasa senang bila dapat kucup anak mak cik walaupun tubuh dia dah sejuk, kaku. Muka dia berseri-seri ja mak cik tengok walaupun pada hakikatnya muka dia dah biru. Namun, mak cik redha dengan kematiannya."


Begitulah petikan kata-kata ibu kepada Allahyarham Noramfairul Mohd Nor, 41, wartawan Bernama TV yang mati ditembak sewaktu membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia. Aku quote kata-kata ibu allahyarham(semoga Allah mencucuri rohnya) kerana tersentuh dengan nada si ibu. Kedengaran tenang namun mampu mencarik hati si anak seperti aku. Seperti biasa, aku mengikuti kes Allahyarham pada awal September yang lalu. Walaupun kita masih berada dalam mood raya dan nak masuk U, namun kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai depan TV untuk menonton Buletin Utama. Kisah kematian Allahyarham benar-benar membuat aku tersentak. Namun, apabila ibu allahyarham mengeluarkan pengakuan di atas pada 6 Syawal bersamaan 4 September di Buletin Utama, aku berasa sayu. Dalam fikiran aku, macam mana la nasib mak cik ni. Dah la tu anak sulung dia, lelaki pulak tu. Mesti jadi harapan untuk menjaga parents dia bila diorang dah tua.

Aku ingin juga mengambil contoh lain. Dulu mak aku pernah bercerita pasal Allahyarhamah Datin Rafeah Buang. Lagu raya dia best kan. Tak lama dulu, Allahyarhamah telah kehilangan anak lelakinya kalau tak salah aku akibat kemalangan. Aku ingat-ingat lupa nama anaknya namun kalau tak silap namanya Amir. Aku ada menonton temuramah Datin Rafeah di akhir hayatnya. Allahyarhamah Datin berkata, Allahyarham anaknya pernah melutut di kakinya. "Saya sayangkan ibu, dan maafkan dosa saya," begitulah antara ayat si anak. Boleh dikatakan setiap hari anaknya melakukan perkara yang sama dan umur si anak sewaktu meninggal hanyalah belasan tahun dan kalau tak salah baru 11 tahun. Jadi bayangkan lah, anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu pergi dahulu darinya. Datin Rafeah sentiasa mengingati anaknya sehingga ke akhir hayatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka berdua.

Ini pula kes yang berlaku di kampung aku. Mak yang cerita kat aku. Ada seorang ibu muda yang akan menunggu anaknya pulang dari sekolah setiap hari. Anaknya pulang dengan bas sekolah. Pada suatu hari, si anak ingin melintas jalan. Si ibu menunjukkan isyarat tangan supaya si anak itu berhenti namun entah macam mana si ibu itu tergamit maknanya dah buleh lintas la. Si anak pun lintas. Tiba-tiba ada kereta muncul dan si anak hancur digilis kereta di depan mata ibunya sendiri. Si ibu hampir gila. Namun, selepas beberapa tahun keadaannya stabil. Kisah ni berlaku hampir 20 tahun yang lalu namun malangnya si ibu itu tidak dikurniakan anak yang lain. Kalau si anak masih hidup, tentu dah sebaya dengan kakak aku. Apatah lagi anak itu pun perempuan. Namun, semoga Allah merahmati rohnya.

Ni pulak kes yang Ustaz cerita kat aku masa aku form3. Ada seorang ibu tunggat yang tinggal dekat dengan rumah Ustaz aku kat Jitra. Anak dia dah 20-an dan anak tunggal tapi sayang jadi penagih dadah. Ustaz aku selalu dengar si anak ni balik lewat malam apa semua, mintak duit kat mak dia padahal mak dia buka gerai kat depan rumah nak sara hidup diorang berdua. Pada suatu malam, polis datang ke rumah diorang. Ustaz aku buka jendela. Dia dengar polis tanya," Mak cik, anak mak cik  ada kat rumah,". Lama si ibu diam. "Maaf lah encik, anak mak cik tak da. Dia pi mana ntah tadi." Ustaz aku tau anak dia ada dalam rumah. Si polis meminta kebenaran untuk menggeledah rumah mak cik tu. Diorang jumpa anak mak cik tu menyorok dalam almari. Ustaz aku kata walaupun si ibu tahu anaknya salah namun ibu tak pernah menceritakan keburukan si anak pada orang lain apatah lagi untuk membenci anaknya sendiri. Tak pernah...

Dan sebelum aku pergi ke Shah Alam, aku terdengar perbualan antara mak aku dan mak saudara aku di dapur. Mak aku cakap,"Kalau boleh kak tak mau anak-anak ka pi dulu(meninggal) sebelum kak. Kalau la terjadi, kak redha tapi percaya la dalam hati kak ni dah kosong," Aku yang mendengar terus berlalu pergi tanpa mereka sedar kehadiran aku dan aku terus terdiam."Mak.. ketahuilah, Pqah pun tak sanggup kehilangan mak dan ayah,".  Oleh itu fikirlah betapa tulusnya hati seorang ibu sehingga nyawa sendiri sanggup ditukar ganti... Sama-sama kita renungkan. Wallahhu'alam.