Sunday, July 29, 2012

Si Montel

"Tengok dia dah datang..." Aku menoleh... Alahai... comelnya.
"Macam teddy bear. Macam nak cubit-cubit. Dah la rajin senyum." Rakan aku menambah.
".. rajin tidur masa kelas Torts." Yang ni aku tak tahan nak ketawa.

Teringat lagi yang kita ni punya la semangat present di depan, dia boleh pulak tidur di belakang. Berdengkur pulak tu. Rasa macam nak cubit perut tu. Hai, sabar je la...



Sebenarnya, aku ni bercerita pasal seorang teman aku yang sedikit montel tapi comel. Tapi dia baik, pandai memberi syarahan. Sure aku tak tidor. Memang dia ni bak kata seringlah mencuri perhatian kami bukan kerana dia montel tapi kerana sikapnya yang budiman... Apa? Pqah  ni bukanlah pandang sangat rupa paras. Lagipun Pqah pun lebih kurang montel juga. Tak berani nak ushar lebih-lebih, dah berpunya tau!.


Teringin nak kurus. Dengan lambakan pelbagai jenis pil nak bagi kurus, boleh je nak cuba tapi tak naklah. Takut kesan sampingan terutamanyaa pada buah pinggang. Bukan nak cakap montel itu tak cantik tapi montel itu sarang penyakit. Tu lah sebabnya....


Masa tu sebenarnya rakan bagi pelajar sepenuh masa macam aku. Tapi pada masa yang sama musuh juga. Jadi, macam mana lah nak pergi main bola waktu petang kalau assignment tak siap, baju menimbun, bilik bersepah?. So, ni lah problemnya. Tapi, setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?.


Nak bersenam?.. Urm liat la sikit. Tapi kan kita wajib amik kokurikulum. So pilihlah, joint bolasepak ke, tarian ke atau kelab kembara. Sure best. Macam aku, aku pilih swimming walaupun tak le terer sangat tapi kita perlu mencuba. Jadi, terima kasih untuk Hatin atas nasihatnya. Rasa hilang stress ni. Then, anggaplah kerja rumah tu sebagai ibadah dan exercise... so selalulah kemas rumah.


Ada yang sarankan ambil supplement. Aku tak le berani nak mencuba tapi aku hanya ambil supplement untuk mata. Tu pun tanyalah doktor dulu. Ikut kesesuaian diri. Kalau pemakanan betul, tentu dapat turunkan berat badan. Janganlah makan jajan sangat, nasib sekarang bulan posa. Cuma aku memang kerap makan yogurt tak pun taufufa.. Dadih pun ok... Tapi tu semua tak sepenting susu yang sangat penting sebelum aku tidur. Kalau tak amik susu sebelum tidur, rasa tak best pulak. Tidur tak lena... Haiiii.....


Stress pun tak best juga. Yalah, nanti kuat makan. Habis stok makanan untuk sebulan. Jangan memain kalau Pqah stress. Takut orang tengok.


Dulu, kalau imej budak gemuk je selalu orang kata pembuli. Tapi sekarang budak montel pulak dibuli. Apa dah jadi ni?. Kesian jugaklah... dunia dah berubah.


Akhir kata, kalau nak kurus tu, berpada-padalah. Takut nak kurus jadi makin gemuk pulak. Tak ke haru.
Yang penting, jangan peduli sangat cakap orang. Senanglah cakap dah rangka badan kecik, bolehlah nak action. Teruskan menjadi insan yang cemerlang... dan gemilang.

Sesuatu Sangat

Apa yang korang buat lepas solat tarawih?. Kalau aku, aku suka tengok anime. Mungkin sekarang cuti semester, jadi bolehlah sementara nak terlelap aku menonoton sekejap.
Sejujurnya, aku sampai sekarang masih meminati siri anime tapi taklah beria sangat. Doraemon, Pokemon, Bayblade, Dragon Ball, Sailormoon, tu semua tu masih layan lagi.

Tapi...


Aku minat anime Slam Dunk. Malar segar.... Sapa tak kenal Hanamichi si rambut merah yang berseteru dengan Kaede?. Tapi bestlah kalau dapat jadi setinggi diorang.


Yang ni pun kegilaan aku. Kisah mengenai seorang illegal surgeon. Tapi selalu ambil kes yang berisiko tinggi tapi tengoklah bayaran yang dia ambikk.. sesuailah dengan kemahiran dia. Mau kebulur jugaklah aku kalau nak jugak dekat dia. Tapi... hurmmm aku sukalah surgeon yang sorang ni....Ada class. Gituuu...

Yang ni anime paling comel pernah aku tengok.


Best tau cerita ni...Pasal Host Club... Motif la ceritanya.. tapi sweet. Terharu tau, betapa seronoknya kalau dapat kawan macam Presiden diorang tu....Kawan aku cakap, ada siri real sedang dalam pembikinan... Tak sabarnya....Paling sweet tulah yang paling kecik tu.. Honey-senpai.

Ni anime paling lucu.. Yang pernah aku tonton la...



Kisah ketaksuban si gadis sampai sanggup jadi tangan kanan si lelaki tu. Yang ni la paling sedih... Kenapa asyik-asyik perempuan ja perlu berkorban... Tapi ini sekadar kartun je ye... Tak perlu la amik serius sangat.

Anime yang ni pun best sebab episodnya sikit ja...

Anime vampire knight ni aku suka sebab aku memang suka hal-ehwal pontianak ni. Pontianak oversea taklah tipikal macam orang Melayu. Lelaki pun jadi pontianak... Tapi handsome pulak aku tengok...Yang baju putih tulah pontianaknya... Kaname-sama senpai. Cuma kenapalah Yukki perlu korbankan cinta dia pada si Kaname tu semata-mata untuk Zero?. Kalau dah suka, go on je la... Hai, saja ja tau. Tapi, itulah jangan pulak nak terpengaruh dengan budaya diorang.


Ni, anime terbaru yang sedang aku tonton. Anime ni dah lama, tapi baru nak tengok... Best jugak. Betul cakap Athirah. Dunia magis ni memang memukau. Tapi jangan la dok amalkan.


By the way terpesona dengan karakter si Samurai ni.. apa ntah nama dia, Kenshee Himura- tak taulah nak eja nama dia ni. Tapi dia cool, ada strategi dan lembut je... Aduhai...
Tak kisah la, aku menonton pun sekadar mengisi masa lapang. Satu hari nanti, mungkin semua ni cuma tinggal satu sejarah saja.

Tuesday, July 24, 2012

Pertama sekali, Tahniah kepada rakan-rakan STPM yang berjaya melangkah ke universiti terutamanya buat yang teristimewa, Rohana dan Nor Asyilah. Pada yang tidak berjaya, kita tak rasa anda gagal. Every single time, we have to upgrade ourselves. There is no short cut to succeed. Cewah.... speaking pulak.

Well, pengembaraan ini akan bermula di sebuah menara.


Tak la segah Menara KLCC, Menara Alor Star pun tak juga. Di sinilah ada bank, pejabat pos, dan beberapa buah fakulti.





Ok, here are some facilities at Menara. Yang gambar bunga-bunga tu, haa, nilah Kedai Buku di UiTM.


Tapi, inilah yang paling signifikan di menara ini iaitu perpustakaan, tapi untuk fakulti kitaorang, ada perpustakaan lain.

Itulah gambar dekat UiTM. Tak best sangat tapi bolehlah.....Banyak juga kemudahannya.

Monday, July 23, 2012

Breaking Dawn




In the name of Allah, Most Gracious,
Most Merciful.


Say: I seek refuge 
With the Lord of the Dawn,
From the mischief
Of created things, 
From the mischief 
of Darkness as it overspreads;
From the mischief
Of those who blow on knots; 
And from the mischief 
Of the envious one
A he practices envy...


The Quran, Surah Al- Alaq


Malam Haram

"Tahu tak yang UMNO pernah diharamkan dulu?". Suasana kelas aku bertukar menjadi gamat seketika. Biar betul. UMNO persatuan politik yang paling lama di Malaysia, tak kan nak cari populariti. Setelah mendapat kefahaman sikit daripada tutor aku, ni lah nak cerita secara mendalam la sikit hasil pembacaan aku.


Ramai yang sedia maklum, Tun Musa Hitam pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia http://en.wikipedia.org/wiki/Musa_Hitam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Permusuhan antara 2M ini terjadi apabila Dr. Mahathir mengambil rakan baiknya, Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah. http://en.wikipedia.org/wiki/Daim_Zainuddin dan http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/07/daim-zainuddin-how-he-became-so-rich.html?m=1 untuk mengetahui kepintaran beliau dalam dunia perniagaan.






Apabila Tun Daim (waktu tu berpangkat Datuk) menyertai kabinet, Musa berasa terpinggir. Kebanyakan projek mega negara diuruskan oleh Datuk Daim. Tan Sri Musa (pangkatnya sewaktu jadi Timbalan PM) berasa kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri mulai tergugat. Namun Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau ingin Tan Sri Musa menumpukan perhatian dan kerja bagi memperteguhkan kedudukan parti. Pada 26 Februari 1986, Tan Sri Musa telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan surat ini diterima oleh Dr. Mahathir keesokan harinya.



hensem jugak Tun Daim ni... hehe






Tan Sri Musa kemudian mengerjakan umrah dan bercuti di London. Dr. Mahathir menjangkakan Musa akan kembali ke arena politik kerana politik telah menjadi darah dagingnya.


Ternyata telahan Dr. Mahathir benar apabila pada tahun 1987, Musa kembali mencabar kepimpinan Dr. Mahathir. http://www.tranungkite.net/lama/c07/subky66.htm. Beliau berganding dengan tengku Razaleigh Hamzah http://en.wikipedia.org/wiki/Tengku_Razaleigh_Hamzah untuk menggulingkan Dr. Mahathir. Pada fikiran Musa, andai Ku Li (nama manja) menang jawatan Presiden UMNO, beliau akan menjadi Timbalan Ku Li. Dengar kata, RM 20 juta jugalah dibelanjakan untuk merebut jawatan Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri.


Ku Li kemudiannya membawa UMNO ke mahkamah dengan matlamatnya untuk mengharamkan pemilihan Dr. Mahathir tetapi pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim bukan sahaja mengisytiharkan pemilihan parti UMNO pada 24 April 1987 tidak sah malah mengharamkan UMNO sebagai persatuan politik. Yalah, UMNO ditubuhkan pada 1946, mungkin tak tau nak daftar di mana. Refer site ni  http://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11 untuk bacaan lanjut.




Berikutan itu, Dr. Mahathir mengambil langkah menubuhkan UMNO Baru http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis yang pendaftarannya diluluskan pada 17 Februari 1988 iaitu kira-kira dua minggu selepas UMNO diharamkan dan dengan sendirinya Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokong-penyokongnya tersingkir seperti ahli-ahli UMNO yang lain kecuali mereka yang memohon untuk menjadi ahli UMNO yang baru http://www.utusankini.com/2012/05/terkini-umno-24-tahun-atau-66-tahun.html. Refer site ni untuk keterangan lanjut.





Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 http://en.wikipedia.org/wiki/Semangat_46,
http://hasbiemuda.wordpress.com/2010/03/10/iktibar-kegagalan-semangat-46/ dengan niat untuk memecah-belahkan UMNO. Tapi kalau baca buku CTU 553, katanya untuk menaikkan semangat perjuangan parti sama macam tahun 1946, iaitu tahun penubuhan UMNO. Bab ni, no komen. Kalau perjuangannya betul apa salahnya, tapi itulah parti ini telah berkubur.


Itulah rentetan perjalanan Parti UMNO. Baik Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ku Li semuanya dah jadi veteran dalam politik walaupun mereka berbeza aliran.Boleh baca site ni untuk memahami karier politik Ku Li
http://iniakupunyasendiri.blogspot.com/2012/02/tengku-razaleigh.html. Tun Musa Hitam kalau tak salah pernah jadi penasihat Sime Darby setelah bersara dari politik, Ku Li pula pernah membantu jentera BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum 2008 di Kelantan. Kenapa aku pilih tajuk Malam Haram?. Ohhh tutor aku cakap, ada sebuah drama atau filem yang menceritakan pengharaman parti UMNO. Amboi, bukan main lagi tajuk. Tapi itulah kisahnya...

Sunday, July 22, 2012

Antara Lalat dan Lebah



Lebah sifatnya bersih. Mereka hidup aman damai dalam sarangnya. Tiada hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Lebah sentiasa bekerja dan hsilnya dirasai oleh semua anggota kumpulan. Sebab tu lah ada proverb as busy as a bee kerana mereka gigih bekerja.

Antara lebah dan lalat memang banyak bezanya. Lalat hinggap pada benda-benda yang kotor dan membawa penyakit.Tapi dunia lebah hanya berkisar di antara sarang dengan bunga-bungaan mekar. Haiwan ini memberi kita ubat, makanan dan kebahagiaan - iaitu madu. 

Lebah sedia berkorban demi menjaga sarangnya yang menjadi tempat perlindungan keluarga, rakan dan ketuanya. Kehidupan murni ini pasti tidak akan ditemui dalam kehidupan si lalat yang pengotor.

Hantu Pocong



Pada pagi yang permai itu, aku dan seorang roomate, waktu tu masih di alam asasi sibuk mengemas bilik. Maklumlah, study week dah nak dekat, jadi kenalah berjaga-jaga sikit.


"Pqah.. kita dengar hari tu Christy nampak pocong dekat toilet aras bawah." Kan aku dah cakap.
"Dah tu... apa jadi?". Aku bertanya lagi.
"Dia nak basuh muka. Bila tengok di cermin, ada bayang putih lalu di belakang dia. Nampak macam mayat, so dia bacalah ayat Bible."
"Malam ni kita baca Yasin la...". Aku dah mula tak sedap hati. Aku pun pernah terkena, tapi aku diam ja. Kejadian nampak hantu pocong ni di blok aku. Blok aku ni keras sikit, banyak kejadian seram berlaku. Tapi asrama aku tak lah seteruk asrama lagi satu. Kekadang pelajar tidak dibenarkan tinggal sendirian dalam bilik. Yalah, sapa tak takut tengok kerusi dengan barang lain bergerak sendiri.



Sejarah Hantu Pocong


Hantu pocong atau hantu bungkus atau turut dikenali sebagai hantu bangkit di kalangan penduduk Sarawak, kelihatan seperti jenazah. Berbungkus putih la selalunya, tapi tak tau la kan kot sekarang moden sikit, tukar warna pink!. 


Mengikut kisah masyarakat Sarawak, hantu pocong ini dipercayai berasal dari salasilah Brunei yang bergelar Abang, Awang dan Dayang. Dipercayai keturunan ini telah disumpah setelah salah seorang daripada mereka telah menebang dan makan buah yang disumpah iaitu buah kedondong. Apabila keturunan itu mati, lalu disumpah menjadi hantu pocong. Bukan itu saja, generasi berikutnya turut terkena sumpahan itu. 


Tak ada siapa yang berani mengesahkan kesahihan kisah ini. Betul ataupun tidak, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Kisah Hantu Pocong Lagenda UiTM Shah Alam

Antara asrama paling 'tua' di UiTM


Kisah ini berlaku sekitar tahun 80-an. Waktu ni UiTM Shah Alam  kecil ja... dan masih dikenali sebagai ITM. Cuma ada satu jalan sahaja yang menghubungkan ITM dengan jalan utama namun telah ada satu jalan pintas yang baru dibina yang menghubungkan ITM dengan sebuah estet. Ada orang kata, UiTM ni tanah estet dulu.


Alkisahnya, kira-kira jam 8 malam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang telah keluar makan dengan menaiki kapcainya. Bila dia nak balik asrama, dia telah melalui jalan pintas itu. Sebelum ni, tak ada lagilah kedengaran cerita seram tentang jalan pintas tu.


Hujan renyai-renyai membataskan jarak penglihatan dan pelajar tu pun dengan kelajuan yang paling minima telah terlihat bayang berwarna putih di tengah jalan. Dia ingat suratkhabar, tapi bila semakin dekat nampaklah rupanya itu pocong. Kejadian tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pocong tu menggolekkan dirinya ke arah motosikal pelajar tadi.


Pelajar ni dalam tergamam tak tahu nak buat apa, nekad untuk langgar ja pasal sebelahnya tu ada longkang yang agak besar. Bahayalah. Dengan mata yang terpejam, pelajar itu pun langgar, tapi bila buka mata, benda tu dah tak ada. Kira dia nak berkenalan la ni.

Mimpi atau Realiti?




Sebelum itu, ketika aku pulang bercuti semester asasi, emak aku bercerita bahawa heboh jugalah apabila pengawal keselamatan di kilang ayam dekat rumah aku telah ternampak kelibat seorang lelaki lebih kurang pukul 3 pagi. Memang aku tahu yang tapak kilang tu 'keras' sikit, tapi itu bukan maksud emak. Katanya, kelibat lelaki tua yang berpakaian serba putih itu baru meninggal dunia dan yang seramnya, melintasi rumah aku. Biasalah, rumah tepi jalan. Aku waktu tu demam jugalah pasal kejadian di asrama memang menjadi-jadi. Aku pulak mana biasa hidup di asrama.


Ada yang kata mereka bertukar menjadi hantu sebab nak menziarahi saudara-mara mereka. Ada juga berpendapat, mereka ingin meminta pertolongan saudara mereka kerana roh mereka tak tenteram di sana. Dan satu lagi, mereka juga ingin melihat bagaimana harta dan hutang mereka diuruskan. Dalam kes lelaki tua yang menjelma itu, ahli keluarganya telah membuat solat hajat dan tahlil untuk arwah. Kenapa?. Biarlah menjadi rahsia sahaja. 

Oleh itu, jangan lupa minta pada Allah agar kita mati dalam keadaan yang beriman dan mudah untuk diuruskan. Sebagai orang Islam, kita harus percaya, hal ini memang berlaku dengan kuasaNya. 


Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. katanya: "Apabila seorang mu'min mati, maka ruhnya berkeliling mengitari rumahnya selama 1 bulan. Lalu ruh itu melihatkan apa yang ditinggalkan dari hartanya, bagaimana cara membahagi dan bagaimana cara membayarkan hutangnya.

    Setelah genap satu bulan, maka ruh itu dikembalikan ke liang kuburnya. Maka setelah itu ia berkeliling hingga genap satu tahun. Ia melihat orang yang mendoakan kepadanya dan orang yang susah kepadanya. Setelah 1 tahun ruh itu diangkat dibawa naik untuk berkumpul dengan seluruh ruh-ruh sampai hari kiamat yakni hingga ditiupnya sengkala Israfil. Allah berfirman  dalam ayar 4 Al-Qadar yang maksudnya "Para malaikat sama turun dengan ruh".


Hanya Allah sahaja Yang Mengetahui....








Saturday, July 21, 2012

Pesan Seekor Beruang.


Dua orang sahabat- si gemuk dan si kurus yang sedang berburu di hutan, lari lintang-pukang akibat dikejar oleh seekor beruang besar. Si kurus memanjat pokok, menyorok di celah dahan.


"Tolong!!! Tarik aku ke atas!. Aku tak boleh panjat." Si gemuk merayu pada si kurus sambil berdiri di pangkal pokok itu. 


Beruang semakin hampir. Malangnya, si kurus yang bersembunyi di celah dahan tadi bukannya hendak menolong, sebaliknya memanjat lebih tinggi. Si gemuk mulai panik kerana beruang semakin dekat.


"Tolong! Tolong!". Si gemuk terus merayu namun tidak diendahkan oleh si kurus.


Dalam saat-saat genting itu, si gemuk mendapat akal. Dia berpura-pura mati. Beruang pun sampai, menghidu-hidu si gemuk yang terbujur kaku di tanah. Habis muka, telinga, perut dan kaki dicium beruang. Lalu, si beruang terus berlalu.


Si kurus memerhati dari atas pokok dengan rasa penuh kehairanan. Disangkanya beruang akan mengerjakan kawannya hingga lumat, tapi ini semua tidak berlaku sama sekali.


"Eh, apa yang beruang tu buat pada engkau tadi?", tanya si kurus sebaik turun dari pokok.


"Tak ada apa-apa." Jawab si gemuk. "....beruang tu cuma cium aku dan bisik, "Lain kali jangan berkawan dengan orang yang pentingkan diri sendiri."

Diktator

Beberapa hari yang lalu, aku tertarik dengan satu artikel di akhbar yang mengatakan bahawa Dr Mahathir ialah seorang diktator. Setelah 22 tahun memerintah dan sekarang telah pun bergelar mantan Perdana Menteri pun masih dikatakan orang lagi.Hasil kajian akhbar itu yang dilakukan melalui SMS menunjukkan bahawa 79% pembaca bersetuju bahawa Dr. Mahathir adalah seorang diktator.Kiranya, Dr. Mahathir sebaris dengan Adolf Hitler, Mao Zedong dan lain-lain la ni.




Namun, kita harus memahami apa itu makna diktator. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, diktator bermaksud pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim. Rakyat negara yang diperintah oleh seorang diktataor jarang mempunyai hak asasi.


Aku lebih suka dengan pendapat  Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Unimas, Dr. Jeniri Amir. Katanya, Dr. Mahathir bolehlah dilabelkan sebagai pemimpin separuh diktator. Antara tindakannya yang menjurus ke arah itu ialah penahanan 106 orang pada tahun 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang menyekat kebebasan media.




Umum mengetahui bahawa Dr. Mahathir memulakan kariernya sebagai seorang doktor dan karier politiknya bermula di Kedah apabila menyertai UMNO dan turut bersama menyertai gerakan menentang Malayan Union. Perjalanan politiknya licik dan matang namun beliau dianggap seorang yang radikal di mata Tunku Abdul Rahman. Ini dapat dilihat apabila beliau mengkritik gaya hidup golongan bangsawan yang gemar berfoya-foya tanpa menghiraukan rakyat dan beliau juga menulis surat kepada Tunku, mengkritik sikap Tunku yang disifatkannya sebagai tidak serius ketika menangani peristiwa 13 Mei 1969. 


Pada pendapat aku, beliau lupa yang pada zaman kegemilangannya, beliau turut mengamalkan gaya hidup mewah. Kontroversi sentiasa mewarnai perjalanan politiknya. Beberapa hari sebelum perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke-4, setiausaha politiknya,  Siddiq Ghouse, telah ditangkap polis kerana menjadi ejen Soviet Union. Refer site ni kalau nak berkenalan... hehe   http://ms.wikipedia.org/wiki/Siddiq_Ghouse dan ini http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=65691 .                         






Selepas dua minggu menjadi Perdana Menteri, beliau memberi harapan baru terhadap rakyat apabila membebaskan 21 orang tahanan ISA atas arahannya. Nampaknya seperti beliau memberi harapan baru kepada rakyat ke arah corak kepimpinan demokrasi. 


Tetapi itu semua tidak berkekalan. Seramai 106 orang (pada mulanya 63 orang) telah ditahan di bawah ISA pada tahun 1987 dan serentak dengan itu, tiga buah akhbar telah diharamkan dalam Operasi Lalang, http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang. Ramai sedia maklum, ramai juga musuh politik Dr. Mahathir telah ditahan di bawah ISA. Aku sebenarnya tak berkenan dengan ISA yang dirangka oleh R.H. Hickling pada tahun 1960 itu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia). Boleh refer dekat site ni untuk maklumat tambahan. 


Tapi yang lebih penting, aku fikir ISA seperti telah melanggar undang-undang azali yang aku fikir setiap manusia perlukannya. Sama masa aku duduk mendengar lecture MLS aku, pensyarah aku berkata kenapa Allah s.w.t masih memberi peluang kepada Nabi Adam a.s untuk membela diri setelah makan buah yang diharamkan oleh Allah sedangkan Dia Maha Mengetahui. Berpegang pada prinsip ini, aku percaya setiap manusia ada hak untuk dibela, diberi perbicaraan dan didengari bukan seperti tahanan ISA, terus ditahan tanpa sempat membela diri di mahkamah. Ya, aku tidak menafikan kita perlukan satu akta khas untuk memelihara kemakmuran negara tapi, ISA bukanlah yang terbaik. Kadang-kadang aku fikir mereka yang ditangkap menjadi mangsa politik.




Pernah baca akhbar  The Star tak?. Ini adalah salah satu akhbar yang diharamkan selain    Sin Chew Jit Poh      dan dua akhbar mingguan lain iaitu Watan susulan daripada Operasi Lalang. The Star seakan mengeksploitasi Tunku Abdul Rahman apabila melantik beliau menjadi penaung The Star setelah meletakkan jawatan. Tunku turut mempunyai kolumnya sendiri yang bertajuk 'As I See It'   http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/12/15/central/7613585&sec=central  . Hal ini membuatkan Dr. Mahathir serba-salah. The Star seolah-olah ingin meneruskan dasar berlembut dengan orang bukan Melayu yang sememangnya ditentang oleh Dr.Mahathir.  Wartawan Melayu menyifatkan bahawa liputan The Star bersifat menuduh dan dan melanggar Akta Hasutan. 


Orang Melayu pula melihat The Star sebagai tidak menghormati orang Melayu dan tidak menghormati perjanjian damai 13 Mei 1969  dan cuba untuk meneruskan dasar tolak ansur yang diamalkan oleh Tunku. Namun kritikan akhbar The Star bagi aku kadang-kadang ada benarnya. Gayanya yang lebih bersifat analisis dan pendekatan kewartawanannya  yang tajam dan bermutu masih dapat dilihat hingga ke hari ini. Namun, pengharamannya sekejap saja. Sekarang boleh didapati di pasaran seperti biasa. Ini berita yang menarik perhatian aku semalam di The Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/7/20/nation/20120720225134&sec=nation      dan ini kolum pensyarah perlembagaan aku,
http://thestar.com.my/columnists/more.asp?col=reflectingonthelaw

                                             
              
Para wartawan baik dari dalam mahupun luar menganggap Dr. Mahathir sebagai satu bahan berita yang menarik. Seperti dalam ucaptamanya di PBB, beliau menganggap kebebasan akhbar tidak wujud di mana-mana baik di negara liberal demokrat mahupun di negara diktator. Di negara liberal demokrat, berita dan rencana dalam media massa dikuasai oleh orang tertentu yang berkuasa dalam media berkenaan. Mereka itu adalah Rupert Murdoch, http://en.wikipedia.org/wiki/Rupert_Murdoch  Maxwell dan lain-lain.                                                  


Mungkin yalah jugakan, bila dah jadi pemimpin ni, tak nak lah berita buruk mengenai kerajaan sampai ke pengetahuan rakyat.  Sebab itu, Tunku Abdul Rahman dulu sedaya upaya menguasai akhbar Utusan Melayu yang sangat berpengaruh pada waktu itu sebagai wadah kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasarnya. Malas pulak nak tulis pasal Utusan. Bukan apa, panjang juga kisahnya. Tapi, bolehlah refer site ni untuk sedikit info http://ckcounterpunch.wordpress.com/tag/said-zahari/.


Namun begitu, aku bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Dr. Mahathir apabila menempelak wartawan dari Australia yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Malaysia. "....padanlah, orang Australia memang asalnya lanun...". Memang betul pun... Dulu Amerika hantar banduan ke Australia.     http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Australia Boleh refer site ni untuk bacaan lanjut.   Kejayaan miliknya lagi setelah beliau berjaya mendapat persetujuan kerajaan Australia mengisytiharkan pengasingannya daripada pendapat-pendapat media Australia. Dr.Mahathir membawa dimensi baru apabila membawa kembali maruah bangsa dan negara daripada dijijak oleh bangsa asing. Ohhh... mentang-mentangla berkulit putih, apa, dia fikir dia bagus sangat.  


Mungkin benarlah Dr. Mahathir  ni diktator, kuku besi tapi kita kena kenang juga, banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya dalam bidang ekonomi. Mengejutkan rakyat Semenanjung dan Sarawak supaya bangun setengah jam lebih awal dengan menyamakan waktu mereka dengan waktu Sabah adalah simbol supaya kita rajin bekerja http://ms.wikipedia.org/wiki/Waktu_Piawai_Malaysia dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020 http://en.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020   di bawah pemerintahannya serta melalui Dasar Pandang ke Timur  mendidik rakyat supaya terbuka mindanya, ada lagi kuasa ekonomi yang hebat di rantau Asia ini contohnya China Jepun.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/look-east-policy-still-relevant-says-dr-m/








Terkadang, bila dah lama sangat Dr. Mahathir memerintah, rasa lain pulak bila gambar orang lain diganti di sekolah, dan pejabat kerajaan. Dah tak ada lagi suara lantang yang bergema baik di PBB atau OIC. Pengaruh beliau boleh dilihat sehingga hari ini. Jadi, tak kisahlah dia diktator ataupun sebaliknya, itu antara dia dan Allah tetapi seharusnya kita perlu menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang negarawan yang berani menanggung risiko dan melakukan perubahan terutama bagi orang Melayu.


Sengaja aku letak link bagi banyak sikit . Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama hayati wahyu pertama yang diturunkan pada Rasulullah SAW bertarikh 17 Ramadhan atau 6 Ogos 610 Masihi, iaitu Bacalah. Selamat berpuasa dan semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya, Amin.
Ha, bacalah link ni ,yerrr!!! http://zulkiflialbakri.blogspot.com/2011/06/turunnya-wahyu-pertama.html


Thursday, July 12, 2012

Bila Hijab Terbuka

Ketika aku sibuk menggeledah surat khabar di rumah, aku terbaca satu artikel mengenai alam ghaib. Urmmm... best jugak. Keratan akhbar mengenai orang bunian itu memang mencuri perhatian aku. 


Selalu yang aku baca, manusia diculik orang bunian. Itu agak biasa namun kisah yang aku dengar daripada rakan aku sendiri agak berbeza. Katanya, rumahnya dulu di Johor pernah dihuni sekumpulan jin. Pada waktu malam, kadang-kadang ahli keluarganya nampak ada lembaga sedang mengemas baju, buka almari. Lama kemudian, barulah mereka tahu, satu keluarga jin menetap di situ. Katanya, jin tu tak ganggu orang, cuma nak duduk di situ ja. Boleh percaya ke?. Setahu aku, sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia. Tapi kini rakan aku tu dah berpindah ke rumah baru.


Tanpa kita sedar, kita berkongsi tempat dan masa yang sama dengan orang bunian. Yang memisahkan kita hanyalah hijab yang membuatkan kita hidup dalam dimensi yang berbeza. Orang bunian tergolong dalam spesis jin. Kalau tanya macam mana rupa parasnya- it would be the ugliest human would be the best looking jinn. Tapi kata orang, orang bunian ni macam manusia. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Cuma, dengan adanya hijab, kita tak boleh nampak orang bunian dan samalah dengan mereka.



Sebuah kampung di Bangi, Selangor.

sekadar gambar hiasan


Cerita ini daripada salah seorang keturunan yang mana turut terlibat dalam proses membersihkan kampung di Bangi pada suatu ketika dahulu.


Pada suatu masa dahulu, Bangi dikelilingi hutan tebal. Terdapat sebuah kampung yang aman dan permai. Namun, musibah telah melanda apabila sayur dan tanaman yang diusahakan tidak menjadi malah mati begitu sahaja. Begitu juga buah-buahan berhenti berbuah dan tidaklah berhasil semuanya. Mereka cuba menanam tanaman baru namun hasilnya tetap sama.


Orang kampung beranggapan orang luar cuba meracun tanaman mereka. Tapi ternyata meleset kerana seorang demi seorang penduduknya jatuh sakit. Sakit apa?.... Sakit misterilah....


Orang kampung berikhtiar dengan memanggil bomoh dan melakukan solat hajat namun tidaklah berapa berkesan. Kemudian, mereka memanggil ustaz di kampung berhampiran. Berhari-hari jugalah ustaz tu menganalisis kawasan tu... Tetiba ja ke arah saintifik pulak.


Lama mencari punca, ustaz memberitahu pada penduduk bahawa kampung mereka adalah penempatan bunian. Mestilah pelik kan. Dah lama orang kampung menetap di situ, tak ada apa pun. Kata ustaz tu, hijab yang memisahkan dua dunia itu dah terkoyak. Jadi, orang bunian dah nampak diorang. Gaya hidup dan cara manusia bekerja telah mengundang amarah mereka. Segala musibah itu sengaja dicipta untuk menghalau manusia keluar dari situ. Orang bunian berpendapat (sori, skema sikit) mereka lebih berhak ke atas tanah itu.Menurut ustaz tu lagi, diorang dah lama menetap di situ. Yalah, orang bunian pun macam manusia juga, ada komuniti sendiri, ada rumah, keluarga.




Orang bunian meletak syarat, sama ada mereka atau orang kampung yang harus keluar dari kampung itu. Pujuk punya pujuk, orang bunian bersetuju untuk keluar tapi kenalah cari satu tempat yang mana mereka tidak akan diganggu buat selama-lamanya. Dan mereka bersetuju untuk berpindah ke satu kawasan hutan yang tak jauh dari situ.

Tapi, ada lagi syaratnya. Diorang nak bas dan lori untuk mengangkut barang mereka. La... gitu. Sepanjang proses tu, katanya terdengar bunyi seperti orang mengangkut barang tapi of course tak nampak. Dan akhirnya penduduk kampung bebas dari musibah itu lagi. Dan kawasan penempatan orang bunian itu tidak dibenarkan dibangunkan.....Begitulah kisahnya.....

Seperti biasa, kalau kita keluar camping, mesti akan dengar pesanan ni, jaga mulut jangan cakap besar. Pas tu kalau dapat nature calls tu hati-hati lah sikit. Orang bunian ni pembersih. Ya lah, kalau aku pun marah kalau orang asing datang kotorkan tempat aku. Jadi, kita pergi tempat diorang kena lah memelihara kesopanan dan kesusilaan. Diorang pun makhluk Allah juga.

Ketika berborak dengan teman, adalah kawan aku cerita sikit. Katanya, kalau ada bau semerbak ja (pastikan ada rasa meremang dulu) tu tandanya adalah benda. Dia tak nak kacau, cuma nak lintas ja. Kalau bau busuk maybe ada la benda buruk nak berlaku. Sukar nak ditafsirkan dunia misteri ni. Apa yang penting, jagalah diri selalu.

Tuesday, July 10, 2012

Karam di Lautan Gelita

Pada suatu hari, sewaktu aku bekerja dahulu, aku dan seorang teman makan di sebuah gerai.


"Wah, ayam lagi." Teman aku memang faham aku memang suka ayam goreng. Kalau boleh setiap hari nak bawa bekal yang sama.


Tiba-tiba, uncle X muncul. Dia ada kedai runcit berhampiran. Kemudian, ada seorang peminta sedekah datang. Uncle X menghulurkan sekeping not kertas. Kemudian datang lagi peminta sedekah, dengan senyuman uncle X tetap menghulurkan not kertas. Aku terpegun sebentar. Baiknya dia...


"... tapi Syafiqah, mereka yang tidak beriman bagaikan karam di lautan dalam."
Teman aku yang senior tiga tahun seolah-olah mengerti apa yang aku fikirkan. Ni lah payahnya berkawan dengan orang jurusan sosiologi. "Tapi, kita rasa uncle tu baiklah, kak...."


Aku tidak bertanya dengan lebih lanjut tentang kiasan itu kerana seakan pernah aku dengar.


Siapakah mereka?



Juzuk : 18
Surah : AN-NUR
No. Surah : 24
Ayat : 40


Profil Surah : 

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak disebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturanNya - mendapat cahaya (hidayah pertunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
   

     
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Or (the Unbelievers` state) is like the depths of darkness in a vast deep ocean, overwhelmed with billow topped by billow, topped by (dark) clouds: depths of darkness, one above another: if a man stretches out his hands, he can hardly see it! for any to whom Allah giveth not light, there is no light!

Menurut ulama:

Kegelapan laut = kegelapan hati

Kegelapan ombak = kejahilan dan keraguan yang menutup hatinya

Kegelapan awan hitam = penutup yang menutup hatinya daripada menerima hidayah

Menurut Ibn Abbas, ada 3 jenis kegelapan

1) kegelapan hati
2) kegelapan penglihatan
3) kegelapan pendengaran

Ayat ini menggambarkan kekecewaan orang kafir. Mereka menyangka amal ibadat mereka dapat membantu mereka di akhirat namun, sia-sia sahaja.

Ayat ini juga menggambarkan kegelapan yang dialami oleh orang yang melakukan kemungkaran. Begitulah akhirnya hidup mereka terus terumbang - ambing



Kajian saintifik mengenai penyerap cahaya

Kegelapan Ketiga
Kegelapan Laut



Menurut pakar Geologi Marin, Profesor Dorja Rao, tidak semua lautan mempunyai kegelapan atas kegelapan. Laut akan menapis warna-warna tertentu hasil sinaran matahari mengikut kedalamannya.

Pada kedalaman 10 meter warna merah akan diserap. Kedalaman 50 meter warna kuning akan diserap, 100 meter warna hijau dan 200 meter warna biru akan diserap sehinggalah ketujuh-tujuh warna hasil sinaran mentari diserap, maka tiada lagi cahaya yang sampai ke dasar lautan dan inilah yang dinamakan kegelapan ketiga.


Kegelapan kedua
Kegelapan ombak


Kegelapan kedua ialah disebabkan oleh ombak di permukaan dan ombak di dalam lautan. Ombak-ombak ini menyebabkan cahaya yang sampai kepadanya diserap sebahagiannya.

Kegelapan awan
kegelapan pertama


Cahaya matahari akan diserap sebahagiannya oleh awan dan pastinya awan hitam akan menyerap lebih banyak cahaya.

Seandainya ketiga-tiga kegelapan ini berkumpul bersama, pastinya keadaan menjadi sangat gelap.

Kini, barulah aku mengerti mengapa teman aku berkata begitu... Terima kasih.