Monday, November 28, 2011

Amukan Sakti

Aku letih la sangat pada minggu lepas cuti semester. Banyak aktiviti tak kira lah akademik atau pun tidak. Ada aktiviti kelab tu, ini, memang la bukan ahli kelab tu tapi kalau dah kawan kita yang anjurkan, nak tak nak aku pi lah juga.

Malam, 21 November, aku nekad nak tengok bola. Malaysia dah dapat masuk final lepas dah kalahkan Myanmar, 1-0.

Memang la Sukan SEA je, tapi nak tengok gak coz hari tu masa lawan sama-sama group A, Malaysia dah kalahkan Indon 1-0 awal lagi. Terer gak la kan Harimau Malaya.


Tapi before that, nak tengok tv kat mana?. Aku jaranglah tengok tv di kolej. Mesti lah di bilik tv. Terdesak sangat la ni.


Sibuk sangat nak tengok bola kan.. Tak la sampai nak ke gerai mamak.

Jenuh juga nak cari bilik tv, semua dah penuh. Tu pun kira aku dah turun awal. Nasib lah aku jumpa juga bilik tv yang agak lengang.


Sebaik ja perlawanan bermula, ada yang jerit bagai histeria. Bergegar la Mawar ni. Tak hirau dah sekeliling alam. Aku? agak steady la makan popcorn dengan Zaza. Amboi... macam tengok wayang pacak.



Sambil-sambil ghairah menjerit kekadang tu geram dengan pemain Indon, main kasar. Aku perasan la masa match yang sebelum ni pun diorang macam tu. Ya lah, main kat tempat sendiri.


Patutnya student kat Mawar ni yang patut bawak pi ke Stadium Gelora Bung Karno tempoh hari. Menjerit tak ingat dunia. Sampai ada akak tu datang tegur. Sorry la.. dah tengok bola tak tau pulak nak diam. Orang tengah semangat ni.

Aku ingat match ni 90 minit ja, mau tau la aku ada test, assignment lagi. Tup!tup! masa tambahan pulak dah terikat satu sama. Masa dekat-dekat masa nak tamat yang 90 minit tu ada la Indon dengan Malaysia lawan balas bagi gol tapi offside la pulak.Hai.. tak pe la.


Banyak la aksi yang mendebarkan. Tapi puji la barisan defences... terbaik. Tapi sayangnya, masa tambahan pun macam tak de apa-apa pun. Apa lagi penalti la jawabnya.



Dah macam clash of titans la pulak kan. Tapi nak buat macam mana, Indon kalah gak. Apalagi bergema la asrama aku ni. Rasanya kalau kena tatatertib ni tak tau la. Untung le, tak de yang nak saman.



Dan inilah keputusannya. Aku tunggu sampai la time orang kalungkan pingat untuk pemain Malaysia. Tak sesia la naik bilik pukul 12 tgh malam.

Bangga dengar lagu Negaraku berkumandang di Indon, tapi balik tu mau tau la aku jenuh nak siapkan assignment dan prepare untuk test.

Sunday, November 13, 2011

Bapak Ayam?!!


“Ni lah ayam yang ayah beli ni. Ayam daging….” Mak mula mengintroduce anak-anak ayam kat aku. Kira dah jadi as a part of my family la ni. “Ayam jantan ada la sekoq tu, wa dah ambik.” Mak sambung lagi cerita dia. Aku tak minat sangat nak ambil tau tapi dengar je la.
"Aku dengaq anak mama kita tu garang, awat la kak Iqah balik cuti ni?"



Baru la aku tau yang ayah aku ni aktif uruskan hal kebajikan ayam kat rumah kami. Ayah tak mau jual ayam milik arwah tok wan aku. Biarlah dia dan mak jaga lagipun dah tak ada sapa kat rumah. Diorang rasa sunyi.
"Tercalar kehenseman aku gara-gara Kak Iqah."


Tapi dah banyak juga ayam mati kena makan dek jebon dan ular sawa. Kes ular sawa tu membuatkan semua ayam trauma. Ular tu pecah masuk reban ayam tu. Nasiblah ayah tikam ular tu dengan lembing. Kira aku yang menyaksikan insiden tu pun takut nak gi toilet malam-malam.
Tidakk!! Aku tak rela jadi mama hang.


Ada juga jiran dan sedara datang berurusan dengan mak aku untuk beli ayam. Kira jadi mak ayam la ni. Hehe.. sori mak… Tapi entah lah, ayam-ayam tu asyik mati ja. Mungkin dah tua kot. Tapi tak la beri kesan sangat sebab ada ja ayam baru yang ditetaskan. Dapatlah buat baka.

Ehh... aku da kembar ke?



Mak pun tak payah susah payah nak ke kedai untuk beli telur ayam pasal dah tersedia di reban ayam kat belakang rumah. Walaupun telur ayam kampung ni kecik sikit, tapi tak pa la. Aku bedal ja. Mak kata nak try kacuk baka ayam kampung dengan ayam daging. Berjaya ke?. Entahlah, aku biarkan mak bereksperimen dengan usaha Bioteknologinya itu.
Ehh.. alien ke ni?

Hati-hati

Hidung aku kembang-kempis nak menghafal subjek Law II. Tak banyak dah nak hafal, cuma nak lancarkan je sikit lagi apa-apa yang tak clear.

Aku dah macam gimnas negara dan Dayah steady dengan netbook dia.

“Pqah, dengar ni. Ada berita dari Law Society Club. 9 Mac 2011. 6 orang awam telah menjadi mangsa simbahan asid di sekitar Bangsar. Kejadian bermotifkan provokasi. Anda dinasihatkan supaya terus menutup pintu kereta selepas memasuki kenderaan anda.”

Scary aku dengar berita macam ni. Apalah nak jadi. Nasib lah petang tu aku tak jamah cucur udang. Kalau tak mesti tertelan.

Teringat kata-kata guru aku waktu sekolah rendah. “Orang zaman sekarang ni ingat nyawa boleh ambik dari peti sejuk kot.” Entahlah…. Sama-samalah kita membanteras jenayah.

Friday, November 4, 2011

Keciwi


Ohhh.. gembiranya esok dah start midsem break. Walaupun ada banyak test lepas cuti ni, namun bisa diatur si... Hehe... InsyaAllah,  aku akan settlekan. Baju dah pack tinggal nak balik ja.

Walaupun kakak aku offer balik dengan dia tapi terlewat, aku dah beli tiket. Nak balik ke Shah Alam pun dah tiketnya. Lagipun lama sudah tak naik bas ekspres, asyik naik Rapid ja. Nak gak aku merasa.

Rasa macam segala jerit perih, berguling akibat stres(tak perlu kot..) dan kena ganti kelas tengah malam tak tentu pasal, berbaloi. Tak terasa sangat pun. Tapi bila time nak balik sini balik hei... berair gak la mata ni.


Dalam bekerja secara berkumpulan ada la nampak belang masing-masing. Terpulanglah macam mana kita nak handle. Tu la lifestyle kat u. Belajar bermingle dan bersosial secara berhemah. Akhir kata, selamat hari raya Aidil Adha... Keciwi tu maksudnya excited la...

Kecewa

عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)

23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa
Aku teringat tazkirah yang diberikan oleh ustazah sewaktu aku form 2. Jangan jadi orang yang kelima. Dulu memang ada slot tazkirah before start kelas. Aku rasa akulah golongan kelima tu.



Kisahnya begini. Semalam, aku dan classmate aku Athirah have already decided nak pergi ke kelas lambat sikit daripada biasa. Ramai yang buat macam tu coz lecturer untuk satu subjek ni ada masalah
la kot pada minggu yang lepas-lepas tu. Jadi aku dan kawan yang terdekat pergi lah lewat.

Nak jadikan cerita, aku dan Athirah jalan kaki gi ke fac kami. Tapi before that macam-macam la insiden terjadi kat aku. Lupa kertas la, beg putus la jadi lewat la sikit keluar. On the way tu Athirah dapat call yang lecturer dah masuk. Aku rasa panik actually. Tak pernah aku datang lewat pasal tak suka la lewat. Aku benar-benar terasa betapa ruginya aku kerana lewat datang walaupun pelajaran baru bermula hanya satu muka surat. Aku kesian kat lecturer walaupun before this dia datang lewat.


Then aku ada test pada hari yang sama. Aku rasa aku dapat jawab. Syukur la walaupun markah ntah apa je. Aku mula sedar bila lecturer membebel dekat kami. Aku rasa aku perlu berubah, degree tak sama dah dengan asasi. Lupakah aku?. Aku tak nak kecewa kot tak lulus exam. Nauzubillah.

Aku ingin mengubat kekecewaan ini dengan bercuti. Walaupun salah kecik jerr... tapi buruk kesannya. Balik ni nak muhasabah diri. Bukan jadi perfect tapi to be a better man....