عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ. (البزار)
23- Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa
Aku teringat tazkirah yang diberikan oleh ustazah sewaktu aku form 2. Jangan jadi orang yang kelima. Dulu memang ada slot tazkirah before start kelas. Aku rasa akulah golongan kelima tu.Kisahnya begini. Semalam, aku dan classmate aku Athirah have already decided nak pergi ke kelas lambat sikit daripada biasa. Ramai yang buat macam tu coz lecturer untuk satu subjek ni ada masalah
la kot pada minggu yang lepas-lepas tu. Jadi aku dan kawan yang terdekat pergi lah lewat.
Nak jadikan cerita, aku dan Athirah jalan kaki gi ke fac kami. Tapi before that macam-macam la insiden terjadi kat aku. Lupa kertas la, beg putus la jadi lewat la sikit keluar. On the way tu Athirah dapat call yang lecturer dah masuk. Aku rasa panik actually. Tak pernah aku datang lewat pasal tak suka la lewat. Aku benar-benar terasa betapa ruginya aku kerana lewat datang walaupun pelajaran baru bermula hanya satu muka surat. Aku kesian kat lecturer walaupun before this dia datang lewat.
Then aku ada test pada hari yang sama. Aku rasa aku dapat jawab. Syukur la walaupun markah ntah apa je. Aku mula sedar bila lecturer membebel dekat kami. Aku rasa aku perlu berubah, degree tak sama dah dengan asasi. Lupakah aku?. Aku tak nak kecewa kot tak lulus exam. Nauzubillah.
Aku ingin mengubat kekecewaan ini dengan bercuti. Walaupun salah kecik jerr... tapi buruk kesannya. Balik ni nak muhasabah diri. Bukan jadi perfect tapi to be a better man....
No comments:
Post a Comment