"Ni semua salah awak... Manjakan sangat dia."
Ada suara garau memecah suasana.
"Eh, awak pun samalah."
"Dah... Mulai hari ni, Iqah dengan Hidayat kena tolong Ameerah."
Mak menghentikan drama swasta kami berdua... Dah la aku baru habis SPM adik baru habis UPSR. Jaga baby, jaga junior NILAM.. NO!!!!!!!.
Bukanlah pinta Ameerah untuk dapat E. Dia baru ja daftar tadika. Kemudian terpaksa berhenti sekejap kerana ibunya bersalin. Baik aku dan adik, tidak lah beria sangat nak mengajar. Alah, budak-budak.
Pada suatu hari, aku melihat adik aku meriba Ameerah sambil naik buaian. Aku hanya memerhati sambil menyiapkan tugasan rumah. Ohhh... adik mengajar Ameerah matematik. Diajarnya mengira buah rambutan yang kemerahan di perdu pokok itu.
Malamnya, sesi mengaji bersama aku. Walaupun tak berapa lancar namun Ameerah tetap bersemangat menyudahkan bacaan Fatihahnya.
Tak berapa lama pula, aku mengajarnya menulis. Tak perlu pensil khas. Cukup saja pensil aku guna untuk SPM.
Ini hasil karya Ameerah yang pertama. Aku simpan sabagai kenangan. Tapi dalam diari. Macam biasalah.
Makin lama tulisan Ameerah kian baik. Dia juga dah pandai mengira. Pak Usu nya juga senang hati.
"Nanti, kalau Usu tak ada jaga Mak Lang bebaik. Jangan buli dia. Kalau tak....."
Itu amanat adik pada Ameerah sebelum ke asrama. Tinggallah aku sendiri mendidik anak ini. Tapi, aku still dibuli juga.
Kini Ameerah sudah darjah satu. Dia menunjukkan kepada aku sesuatu.
Tulisan Ameerah kian baik. Semasa Hari Raya Aidil Adha lalu, dia kelihatan lain. Sebelum pulang, tentu kami perlu bersalaman dulu. Posisi aku tetap sama, di hujung sekali kerana anak ini mahu bercerita dahulu sebelum pulang.
"Mak Lang... kiter mintak maaf, ya." Ameerah memeluk aku erat.
"Mak Lang dan Usu pun nak mintak maaf juga. Tak dapat nak kasik duit raya pada awak dan adik".
"Tak apa lah... kita tak kisah. Kiterr dah banyak buat jahat pada Mak Lang."
Apalah yang terbuku dalam hati anak ini. Aku biarkan dia melempiaskan gundahnya.
"Yalah... Mak Lang jatuh dulu sebab kiterr.."
"Dah la Meera... Mak Lang tak marah".
"Kiterr nak cakap sesuatu." Dia berbisik. Adik merapatkan telinga ke arahku.
"Kiterr dapat top 5 kat sekolah." Oh, ya ka ni?
"Ingat tak cakap apa?"
"Alhamdulillah....".
Dia membaca Al Fatihah di depan ku. Kali ini lancar. Aku, adik, Ameerah dan baby? dah 3 tahun dah sekarang berpelukan. Adik dan baby tu saja ja, nak jadi pemberat. Sedang mereka pun tahu aku ada masalah tulang belakang.
Silau ke, adik? |
Ameerah terus hilang dari pandangan. Yalah, cucu kesayangan...
Bukanlah mahu berlagak selamba, namun ingatan Ameerah membuat aku rasa terharu. Yalah, dah 3 tahun rupanya masa berlalu, tak terasa kan?.
Dan begitulah aku. Walaupun dah 3 tahun meninggalkan alam persekolahan namun rasa teringat masih ada.
Walaupun di sini ada Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim yang cool dan ceria, Dato' Dr Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi yang sentiasa bersemangat mendidik kami, Dato Irmohizam Ibrahim yang berwibawa dan berkaliber serta PM Siti Hajar yang berkarisma dan kelakar namun denyut hati ini tetap mengingati nama-nama yang tiada galang gantinya:
![]() |
Time tak berapa nak muda |
Teacher Zulfa yang terkenal dengan cubitan berbisa, Cikgu Halim selalu sogokkan biskut yang sedap, Cikgu Syidah penuh keibuan, Cikgu Ali dan Teacher Noraini the sweet couple,Cikgu Akmaliyah dan eksperimen Biologi, Cikgu Aziz dengan gurindam kimianya, Cikgu Azzuani dan pesona Algebranya, Cikgu Norehan dan suara ajaibnya kalah Adele, Ustaz Bashir dan kisah unggul para anbia' dan salafus solleh dan Cikgu Sofiah dalam lembut tuturnya berhikmah serta Cikgu Sapilah dan Cikgu Ismail pemangkin obor dan jamung kalah spotlight Stadium Malawati.
Biarlah mereka tiada pangkat Dato', Profesor Diraja, namun jujur mereka tetap di hati kerana itu aku tidak lokek mengukir nama mereka di ruangan pojok yang aku reka ini. Yang penting sentuhan peribadi mereka sangat istimewa walaupun ayah aku dengan terbuka warning "Rotan ja Fiqah ni kalau dia malas." Hehe...Dan itulah secoret kisah kami, walaupun hanya di sekolah di kampung biasa. Namun gurunya amat luar biasa agar anak-anak ini menjadi leluhur yang berilmu dan berbudi pekerti.
Walaupun Hari Guru telah lama berlalu namun itu bukanlah alasan untuk menghargai kerana yang baik tetaplah dikenang. Selamat Hari Guru buat kalian semoga rahmat Allah mengiringi perjuangan anda semua mendidik anak bangsa. Teacher, jangan lupa temu janji kita di hari dan waktu yang sama, ok!.
Benarlah kiranya patah tumbuh hilang berganti, yang hilang tak sama yang diganti.
Dan benarlah kiranya hati ini tidak pernah berubah.
fiqah,
ReplyDeletekita baca... tetiba x sedar kuar air mata......huhuhuh.....
thanks for ingatan....
hanya Allah mampu membalas atas ingatan anda
La... Teacher... jgn kata lagu tu... Sapa la Fiqah ini kalau tiada cubit-cubit sayang Teacher dan cikgu2 yg lain. Tunggu kami balik tau!
ReplyDelete