Tuesday, July 10, 2012

Karam di Lautan Gelita

Pada suatu hari, sewaktu aku bekerja dahulu, aku dan seorang teman makan di sebuah gerai.


"Wah, ayam lagi." Teman aku memang faham aku memang suka ayam goreng. Kalau boleh setiap hari nak bawa bekal yang sama.


Tiba-tiba, uncle X muncul. Dia ada kedai runcit berhampiran. Kemudian, ada seorang peminta sedekah datang. Uncle X menghulurkan sekeping not kertas. Kemudian datang lagi peminta sedekah, dengan senyuman uncle X tetap menghulurkan not kertas. Aku terpegun sebentar. Baiknya dia...


"... tapi Syafiqah, mereka yang tidak beriman bagaikan karam di lautan dalam."
Teman aku yang senior tiga tahun seolah-olah mengerti apa yang aku fikirkan. Ni lah payahnya berkawan dengan orang jurusan sosiologi. "Tapi, kita rasa uncle tu baiklah, kak...."


Aku tidak bertanya dengan lebih lanjut tentang kiasan itu kerana seakan pernah aku dengar.


Siapakah mereka?



Juzuk : 18
Surah : AN-NUR
No. Surah : 24
Ayat : 40


Profil Surah : 

Terjemahan Dalam Bahasa Malaysia
Tafsiran Ar-Rahman
Kaligrafi
Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak disebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturanNya - mendapat cahaya (hidayah pertunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
   

     
Terjemahan Dalam Bahasa Inggeris
Tafsiran Abdullah Yusuf Ali
Or (the Unbelievers` state) is like the depths of darkness in a vast deep ocean, overwhelmed with billow topped by billow, topped by (dark) clouds: depths of darkness, one above another: if a man stretches out his hands, he can hardly see it! for any to whom Allah giveth not light, there is no light!

Menurut ulama:

Kegelapan laut = kegelapan hati

Kegelapan ombak = kejahilan dan keraguan yang menutup hatinya

Kegelapan awan hitam = penutup yang menutup hatinya daripada menerima hidayah

Menurut Ibn Abbas, ada 3 jenis kegelapan

1) kegelapan hati
2) kegelapan penglihatan
3) kegelapan pendengaran

Ayat ini menggambarkan kekecewaan orang kafir. Mereka menyangka amal ibadat mereka dapat membantu mereka di akhirat namun, sia-sia sahaja.

Ayat ini juga menggambarkan kegelapan yang dialami oleh orang yang melakukan kemungkaran. Begitulah akhirnya hidup mereka terus terumbang - ambing



Kajian saintifik mengenai penyerap cahaya

Kegelapan Ketiga
Kegelapan Laut



Menurut pakar Geologi Marin, Profesor Dorja Rao, tidak semua lautan mempunyai kegelapan atas kegelapan. Laut akan menapis warna-warna tertentu hasil sinaran matahari mengikut kedalamannya.

Pada kedalaman 10 meter warna merah akan diserap. Kedalaman 50 meter warna kuning akan diserap, 100 meter warna hijau dan 200 meter warna biru akan diserap sehinggalah ketujuh-tujuh warna hasil sinaran mentari diserap, maka tiada lagi cahaya yang sampai ke dasar lautan dan inilah yang dinamakan kegelapan ketiga.


Kegelapan kedua
Kegelapan ombak


Kegelapan kedua ialah disebabkan oleh ombak di permukaan dan ombak di dalam lautan. Ombak-ombak ini menyebabkan cahaya yang sampai kepadanya diserap sebahagiannya.

Kegelapan awan
kegelapan pertama


Cahaya matahari akan diserap sebahagiannya oleh awan dan pastinya awan hitam akan menyerap lebih banyak cahaya.

Seandainya ketiga-tiga kegelapan ini berkumpul bersama, pastinya keadaan menjadi sangat gelap.

Kini, barulah aku mengerti mengapa teman aku berkata begitu... Terima kasih.



No comments:

Post a Comment