Sunday, May 6, 2012
NILAM 2.0
"Iqah.... macam dia pulak nak pi bertanding.... Baju tak kemas lagi,,.. Dah nak balik Shah Alam dah kan?". Apalah yang mak bebelkan... Cuti pertengahan semester itu aku agak kalut buat nota dan study untuk ajar junior baru. "Tak palah... kirim salam dekat Cikgu Halim dengan Teacher Zulfa." Alhamdulillah... Mak bagi restu la tu.
"La... mana ayah ni..?. Janji nak mai ambik,,,,". "Ayah ziarah jiran kita meninggal." Innalillah....
Lambat la sikit aku ke sekolah. Tak apa, aku faham.
"Lama tak hantar Iqah pi sekolah..." Ayah pulak mencetus nuansa ceria. Ewah...
"Yalah... tapi awat ada banyak motor dengan kereta?. Kata cuti peristiwa. Ni mesti teacher pekena kita, ayah."
"Tak pa lah... kirim salam dekat teacher Zulfa dengan Cikgu Halim."
Itulah gelagat parents aku. Diorang kenal cikgu Nilam aku. Jangan memain, tak leh nak buat bukan-bukan di sekolah.
Pertemuan kali ni... Tak de yang kekok, pendek kata semua ceria. Aku redah ja pintu pagar sekolah dengan beg buku warna kuning terang milik mak. Apa nak buat... emergency call... Aku pun dapat ilmu baru. Tak sia-sia. Macam kata PM Hajar, adakah awak dah membuatkan seseorang gembira pada cuti sem lepas? . Aku harap dengan memenuhi hajat teacher dan cikgu Halim dapatlah kiranya aku menggembirakan hati mereka selepas aku penuhi hajat ibubapa aku.
Apa dia?.. Buat lah apa yang awak suka, janji awak bahagia.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment