Thursday, May 10, 2012

Mandatori


Shah Alam. 4 Petang.
Kota nokturnal ini agak lengang. Rasa tepu otak nak menghadap buku criminal.
Sejenak aku berfikir. Apakah benar pendapat Aristotle "kemiskinan adalah evolusi jenayah."
Ye ke? Mungkin. Tapi adakah umum faham bentuk hukuman jenayah di Malaysia khususnya?.

Penjara seumur hidup
selalunya meibatkan kesalahan membunuh tanpa niat.
Tempoh penjara: 20 tahun.
Hari minggu, cuti awam, MC akan dikira setiap tahun. Kelakuan baik pun diambil kira. Dah tu, paling lama dok dalam lokap pun 16 tahun. Ye lah... cuti di Malaysia ni punyalah banyak.

Penjara sepanjang hayat
Tak kan keluar dari penjara sampai bila-bila
Tak jumpa lagi kes seumpama dengannya di Malaysia.
Banyak di Amerika.

Hukuman mati.
Selalunya melibatkan kes bunuh juga tapi boleh minta pengampunan daripada YDPA. Sebelum nak sampai pengampunan YDPA... banyak laluan yang perlu ditempuh. Paling kurang dapat lah hukuman penjara seumur hidup.

Hukuman mati mandatori
Nak tak nak kena gantung jugak sampai mati... Biaq pi lah berapa kali pun kena gantung.
Melibatkan kes dadah dan kes bunuh berprofil tinggi.
Bila nak kena gantungnya?
Apa? Ingat anytime ke??
Kalau dalam kes Mona Fendey, setiap hari dia akan didatangi oleh seorang guru agama.
Tunggulah sampai dia ready, baru buleh gantung... Kalau tak salah dekat 10 tahun jugalah dia tunggu pelaksanaan hukuman gantung.
Alasannya, alang-alang nak ambik nyawa orang biarlah dia bersedia dengan ikhlas bertemu dengan Allah.
Begitu juga kalau orang yang bukan Islam, adalah Father ke, guru agama diorang.

Siapalah kita nak menjatuhkan hukuman. Ramai ja yang jadi lebih baik selepas menerima hukuman itu. Biarlah Allah yang menentukan.

No comments:

Post a Comment