Aku malu untuk berterus-terang yang aku mula menyukainya.
Kisah mengenai arnab miliknya menjadi titik permulaan perkenalan kami.
Alhamdulillah, sudah dua tahun kami berkenalan, hubungan kami kian serius dan telah mendapat restu keluarga kedua-dua pihak.
Selama ini, hanya kad sahaja yang menjadi perantara antara kami lantaran sikap aku yang pemalu.
Ramai juga yang sedar akan keakraban kami, namun kami hanya berdiam diri. Kerana aku tegar untuk mempertahankan hubungan ini, maka aku sering menjauhkan diri.
Kehadirannya ketika waktu aku menghadapi kesulitan sering membuat aku dihargai. Dia adalah pelengkap hidup aku kini. Dia buat lawak, aku tolong ketawa. Bak kata telah banyak yang kami berkongsi walaupun sukar untuk membahagikan masa.
Dan, dia adalah.....
Hatin......
Pendek kata, kami ikhlas tapi jauh.
Kami tidaklah mempamerkan kemesraan seperti orang lain.
Kerana kesederhanaan itu yang membuatkan aku rasa selesa.
Genap dua tahun perkenalan kami,
Hatin.....,
Terima kasih atas segalanya.
No comments:
Post a Comment