Sunday, May 27, 2012

Ketika Aku Bercerita Tentangnya


 
Aku berteleku di meja studi. Lama aku berfikir, apa yang harus aku tulis di dalam diari aku kali ini. Mungkin ada yang terbaca post aku tahun lepas, tapi aku dah delete.
Aku mengambil masa 4 tahun untuk kembali manulis gara-gara diari aku dibakar secara tidak sengaja sewaktu darjah enam. Kemudian, pada usia 16 tahun barulah aku kembali aktif menulis. Itulah sikap aku sekiranya patah hati. Sukar rasanya ingin menerima hakikat impian aku terbakar begitu sahaja.

Kini, UiTM bercuti selama seminggu sempena Hari Gawai. Transit aku hanya di TTDI, 15 minit perjalanan dari UiTM. Aku ingin berehat untuk beberapa hari sebelum menyambung semula kerja-kerjaku. Pena ini ligat menari lantaran sudah terlalu lama aku tidak menulis diari. Tidak banyak bezanya antara rumah sewa aku dan TTDI, cuma di sini suasananya kurang bingit. Penangan pulau haba bandar menyebabkan aku sedikit berkeringat walaupun sudah larut malam.

Sedang asyik menulis, aku terlihat kelibat bayang-bayang hitam akibat pantulan cahaya melalui tingkap. Aku kaget seketika, ...
Aku membatukan diri. Rasanya, keluarga kakak ku semua sudah tidur.
Pintu bilikku dikuak...
Dan siapakah gerangan?


Ler... kakak aku rupanya....

"Tak tidur lagi?".
Aku hanya menggelengkan kepala. Aku mahu berehat namun mata ini tak mampu ditutup. Banyak peristiwa penting yang perlu aku catatkan dalam diari aku.

"Dah baca apa yang akak bagi tadi?".
Aku menganggukkan kepala.

Kepingan diari aku yang terbakar disimpan kemas oleh kakak aku. Ya, aku ingat lagi impian yang terbakar itu ialah aku ingin mendirikan sebuah farmasi di Pulau Bum-Bum, Semporna, Sabah.


Mungkin terlalu terpengaruh dengan rancangan Potret Kejayaan yang dipengacarakan oleh Nurfarihin Jamsari sewaktu aku di tahun enam, aku pun mula memasang impian.

Sebenarnya, aku sangat mengagumi usaha Ungku Aziz menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk di pedalaman Sarawak. Ungku Aziz, namanya harum sebagai bekas Naib Canselor Universiti Malaya yang mesra pelajar. Beliau boleh ditemui makan di kantin bersama para pelajar malah jika ada kelapangan, beliau akan berjoging dengan mereka pada sebelah pagi. Aku dapat merasai pengalaman itu bila Prof Shad mengajar aku Constitutional Law 1.

"Jadi, Iqah dah lupakan impian Iqah la ni?". Kakak aku mula menyoal.
"Cinta pertama susah nak dilupakan... Tapi...".
"Apanya?"
"Iqah tak leh praktis di Borneo. Takat Semenanjung ja..."
"Jangan mudah mengalah..."

Semakin aku meningkat dewasa, jalur pemikiran ini semakin berbeza... Adakah wayar pada medulla oblongata ku terencat atau cerebrum ku kian mengecil?.
Jawapannya, masa banyak mengajar aku erti kedewasaan ini.



Aku mula tersedar tatkala seorang pensyarah aku membangkitkan isu ini.
"Ramai orang Bajau Laut tidak mempunyai kad pengenalan."
Kehidupan mereka hanya di rumah rakit dan menyelam. Prof. Shad berkata studentnya dari Sarawak yang terdahulu perlu berjalan tiga hari tiga malam untuk sampai ke hospital. Aku tak berani nak komen banyak takut jadi macam Harian Metro minggu lepas, kena tarik balik artikel  pasal masyarakat Penan.

Argumennya di sini mengapa pula aku nak buka farmasi sedangkan aku tak ada kepakaran dalam bidang perubatan.
Itulah aku hanya membatukan diri di hadapan kakakku. Bukan senang weh nak tuned ambik medik pulak.

"Lupakan je lah, kak... Tak ada yang menariknya pasal impian Iqah tu... Tu masa budak."
"Lupa ke?... Kadang-kadang keputusan kita dipengaruhi oleh unconscious memory..."
Ya... aku agak bersetuju.

"So, setidak-tidaknya simpanlah kepingan kertas ni. Sebagai tanda awak orang yang mempunyai cita-cita."
Aku menyimpan kepingan kertas lusuh itu baik-baik.

"Kak, benarkah cinta pertama susah nak dilupakan?".
"Awak sendiri ada jawapan itu," kakak mengulas ringkas,
"Kita harus percaya... kalau dah jodoh...."

Tak semudah itu cinta pertama padam begitu saja. Aku termenung jauh melihat pokok cempaka melalui jendela di kamar tamu. Walaupun nyalaannya terpadam mungkin namun bahangnya pasti tetap aku rasakan.

"Macam manalah ayat diari Iqah sekarang..."
"Dah la kak... nak tidur dah... " Aku ingin cepat-cepat menutup bicara. Takut kakak memulakan police interrogation pulak.

Bait-bait diari aku pada malam itu mungkin begini...

http://youtu.be/iLE5ajXK-Cohttp://youtu.be/iLE5ajXK-Co

No comments:

Post a Comment