Sunday, May 6, 2012

Carta NILAM 2012

Dari kanan: Teacher Zulfa, Asyraf, Syahmi, Fiqah, Syarifah, Cikgu  Halim.

Cikgu Halim
CEO NILAM SMK Tunku Bendahara sejak tahun 2004.Memegang portfolio guru Bahasa Melayu dan Guru Media. Sangat berpengaruh dalam hal ehwal penajaan, penjenamaan dan gosip terkini... Pernah time aku nak bertanding dengar kata nak pindah... Nasib la tak jadi... Kalau tak sapa lah nak bingkaikan gambar aku nanti... Hehe... Jangan marah ye cikgu....

Teacher Zulfa
Manager NILAM SMK Tunku Bendahara sejak 2004. Portfolio beliau meliputi penjagaan mental dan tahap medula oblongata dan cerebrum tokoh NILAM sentiasa waras sebelum dan selepas pertandingan. Portfolio beliau sebagai guru Bahasa Inggeris tidak menghalang beliau untuk mengembleng tenaga memberi idea pada kami semua... Selalunya menager lah paling banyak kerja....Tapi teacher la selalu jemput aku ke sekolah. By the way, teacher banyak bagi inspirasi hatta Jins Shamsudin pun jadi sasterawan negara.. Pun boleh....


Juri jemputan aka juri awam
Tahun ni ada pulak juri awam... Merangkumi guru linguistik kerana format NILAM tahun ini dah bertukar format.. Kami semua pakat dok berkias, berpuisi bagai waktu sesi interview... Kanan, Puan Sharina dan Puan Rozanita.


Fiqah
Tokoh Nilam SMKTB yang ke enam. Puteri PSS yang sorang ni suka menjelmakan diri sebagai seorang yang blur dan suka mengemas perpustakaan. Selesa dipanggil Fiqah oleh CEO dan Manager kerana nama tu macam lari dari kebiasaan norma hidupnya. Memegang portfolio hakim pelawat. Kalau di penjara, hakim pelawat terdiri daripada pesara hakim, atau pengerusi badan-badan tertentu dan tugas mereka ialah menyelesaikan pergaduhan banduan. Tapi itu bukan lah potfolio dia... Ditugaskan memberi cetusan idea pada junior dan menambah sikit apa yang kurang... Dan itu lah Fiqah.. nak pencen tapi orang tak bagi....

Asyraf..
Pelajar jurusan penulisan skrip. Macam Fiqah juga tapi tugasnya berat sikit, selama sebulan juga dia melatih tokoh Nilam baru. Tokoh NILAM ke tujuh dan sangat la peramah. Asyraf ni anak cikgu Maths aku, Asyraf macam adik aku la juga.. Peramah tu memang kriteria kami berdua. Asyraf ditugaskan untuk menjaga hal ehwal protokol, bahasa badan... Banyak la....

Syarifah.
Sila lihat gambar atas sekali. Syarifah.. hurmmm lebih terarah pada juri penulisan kerana beliau agak pendiam. Kalau Sya bagi komen, aku dengan Asyraf saling menjeling. Dalam hati kami, aku ni banyak bebenor ke bagi komen?. Aku ja komen dah berjela. Apapun, Sya sangat bijak... Jangan main-main.

Syahmi.
Berpotensi menjadi juri bahagian protokol sebab mulai tahun 2012 format Nilam dah tukar. Bercita-cita ingin menjadi jurutera, Syahmi pernah bergabung di bawah naungan Kelab Kaunseling dan Pengawas Perpustakaan sama dengan aku dan Syarifah. Sebab tu lah kami macam adik-beradik. Saling mengenali dan boleh bertolak ansur. Syahmi mewakili Kedah ke peringkat kebangsaan sama macam Asyraf. Tahniah!!!
Walaupun tak dapat sebarang tempat namun pahatkan segala kenangan dalam sanubari anda.

Aku??? Akan kembali sekiranya masih diperlukan dan tentu aku akan mengundur diri andai ada pengganti. Aku tak fikir aku lebih bagus dari yang lain seperti yang sesetengah orang fikir cuma semua atas nama rezeki. Jalan dan liku aku tak sama dengan orang lain... Ada sesuatu yang ingin aku perjuangkan dan inilah salah satu daripadanya.

No comments:

Post a Comment