Wednesday, April 25, 2012

Bukan Fatamorgana

Entah kenapa la pagi tu aku dah jadi serba tak kena. Subuh lagi dah pecahkan cebok. Nasiblah baru sampai rumah, kalau tak lagi teruk kena bebel. Ingatkan aku je, adik pun sama. Jalan pun terhuyung-hayang. Baru balik dari pertandingan memanah katanya. La, dah nak PMR pun tak insaf lagi adik aku ni. Biarlah dia.


Mak aku kata pelajar sekarang lembik. Agak sarkastik bunyinya namun tak ada yang salah dalam konteks pendapat. Aku dan adik kurang bersetuju. "Pelajar zaman sekarang dibebankan dengan aktiviti luar, penambahbaikan silabus yang kononnya membantu tapi sama ja rasanya."

Adik aku, tingkatan 3 dah ada assignment. Mak aii... jangan main- main. Hari tu dia dah membelah belantara dengan kawan dia kaji spesis pokok dan buat lawatan di kilang perabot. Tak menghairankan kalau pelajar tu nampak tak bermaya, waktu cutinya selalu terganggu. Dari tingkatan 1 lagi, dah ada assignment. "Adatlah akak dok sekolah sains." Ayat pasrah le tu...


Pelajar kini disogokkan, satu pelajar satu sukan. Tapi hakikatnya kata adik aku, satu pelajar masih lagi 2,3 sukan. Baru ja adik aku wakil daerah bola tampar ni kena wakil sukan memanah pulak. Bak katanya tukar jersi ja pun. "Patutlah Kak Iqah tengok muka u macam rimau belang." "Ha lahhh... semangat rimau Malaya." Dah pandai sekarang buat ayat.

Itu kata pelajar sekolah menengah. Meh dengar rintihan budak sekolah rendah pulak.


Setibanya aku di rumah kakak, aku tercari-cari kelibat anak saudara aku, Ameerah, 7 tahun. Tadi dia yang beria nak jemput aku tapi ni bayang pun tak nampak. Tengok-tengok dah terleleh di kerusi. Bila dia bangun dia mengadu pada aku. "Letih la Mak Lang. Sekolah dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Sakit ni lutut kiterrr... jatuh masa kokurikulum." Rasa macam mimpi bila  kenyataan ini dikeluarkan olehh  budak darjah satu. Sakit lutut pulak tu.

Pagi, Ameerah ada kelas agama kemudian petang ada kelas harian biasa. Penat tapi apakan daya, landskap pendidikan Malaysia semakin berubah.

"Akak... ni awat buku banyak sangat?".
"Nak rebus....."
"Tak pernah-pernah pun balik nak study. Buang tebiat ke awak nak study."

Aku tersenyum. Adik aku tak faham lagi. Bila dia berada di tempat aku, aku yakin segala kepayahan akan dapat diredahi kerana kepayahan itu yang menjadi tonggak ketabahan. Tiada apa yang hendak dirungutkan lagi kerana ini jalan yang aku pilih.

No comments:

Post a Comment