"Macam teddy bear. Macam nak cubit-cubit. Dah la rajin senyum." Rakan aku menambah.
".. rajin tidur masa kelas Torts." Yang ni aku tak tahan nak ketawa.
Teringat lagi yang kita ni punya la semangat present di depan, dia boleh pulak tidur di belakang. Berdengkur pulak tu. Rasa macam nak cubit perut tu. Hai, sabar je la...
Sebenarnya, aku ni bercerita pasal seorang teman aku yang sedikit montel tapi comel. Tapi dia baik, pandai memberi syarahan. Sure aku tak tidor. Memang dia ni bak kata seringlah mencuri perhatian kami bukan kerana dia montel tapi kerana sikapnya yang budiman... Apa? Pqah ni bukanlah pandang sangat rupa paras. Lagipun Pqah pun lebih kurang montel juga. Tak berani nak ushar lebih-lebih, dah berpunya tau!.
Teringin nak kurus. Dengan lambakan pelbagai jenis pil nak bagi kurus, boleh je nak cuba tapi tak naklah. Takut kesan sampingan terutamanyaa pada buah pinggang. Bukan nak cakap montel itu tak cantik tapi montel itu sarang penyakit. Tu lah sebabnya....
Masa tu sebenarnya rakan bagi pelajar sepenuh masa macam aku. Tapi pada masa yang sama musuh juga. Jadi, macam mana lah nak pergi main bola waktu petang kalau assignment tak siap, baju menimbun, bilik bersepah?. So, ni lah problemnya. Tapi, setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?.
Nak bersenam?.. Urm liat la sikit. Tapi kan kita wajib amik kokurikulum. So pilihlah, joint bolasepak ke, tarian ke atau kelab kembara. Sure best. Macam aku, aku pilih swimming walaupun tak le terer sangat tapi kita perlu mencuba. Jadi, terima kasih untuk Hatin atas nasihatnya. Rasa hilang stress ni. Then, anggaplah kerja rumah tu sebagai ibadah dan exercise... so selalulah kemas rumah.
Ada yang sarankan ambil supplement. Aku tak le berani nak mencuba tapi aku hanya ambil supplement untuk mata. Tu pun tanyalah doktor dulu. Ikut kesesuaian diri. Kalau pemakanan betul, tentu dapat turunkan berat badan. Janganlah makan jajan sangat, nasib sekarang bulan posa. Cuma aku memang kerap makan yogurt tak pun taufufa.. Dadih pun ok... Tapi tu semua tak sepenting susu yang sangat penting sebelum aku tidur. Kalau tak amik susu sebelum tidur, rasa tak best pulak. Tidur tak lena... Haiiii.....
Stress pun tak best juga. Yalah, nanti kuat makan. Habis stok makanan untuk sebulan. Jangan memain kalau Pqah stress. Takut orang tengok.
Dulu, kalau imej budak gemuk je selalu orang kata pembuli. Tapi sekarang budak montel pulak dibuli. Apa dah jadi ni?. Kesian jugaklah... dunia dah berubah.
Akhir kata, kalau nak kurus tu, berpada-padalah. Takut nak kurus jadi makin gemuk pulak. Tak ke haru.
Yang penting, jangan peduli sangat cakap orang. Senanglah cakap dah rangka badan kecik, bolehlah nak action. Teruskan menjadi insan yang cemerlang... dan gemilang.
No comments:
Post a Comment