Then aku dulu suka karya Othman Puteh. Ni masa zaman sekolah la... Misteri Remaja jilid 1 sampai 5 semua aku baca. Ada juga aku baca novel cintan-cintun taklah jiwang sangat, Melewati Malam. Pun best jugak ada lagi Pahlawan Bumi Adat, pun layan. Bak kata terbaiklah... Othman Puteh memang sinonim dengan novel untuk remaja.
Tapi aku tak tahu pulak yang anak Allahyarham Othman Puteh pun penulis juga.
Pernah baca ni?
Lelaki yang hilang
Wanita hilang sudah
dianggap biasa, namun banyak kes kehilangan lelaki masih menjadi misteri.
PADA 17 Mac 2001,
seramai 20 remaja yang ingin mendalami dunia penulisan kreatif sedang berkumpul
di Kuala Lumpur. Mereka menanti untuk bertemu dengan tiga penulis terkenal
ketika itu - Hizairi Othman, Siti Rohayah Attan dan H.M Tuah Iskandar.
Bagaimanapun, novelis
yang ditunggu-tunggu, Hizairi, tidak muncul-muncul. Siti Rohayah yang merupakan
rakan Hizairi sudah beberapa kali mengulang dail nombor telefon bimbit milik
jejaka itu namun tiada jawapan.
"Hizairi gagal
dihubungi," kata Rohayah. Ada riak kecewa pada wajah-wajah yang hadir.
Rupa-rupanya kekecewaan
itu terlebih dahulu dirasai ahli keluarga Hizairi. Bapanya, pensyarah dan
sasterawan, Dr. Othman Puteh sebenarnya telah melaporkan kehilangan Hizairi
sejak 15 Mac.
Ketika itu Hizairi
berusia 31 tahun dan telah muncul dengan karya-karya yang dikagumi termasuk
Juktaposisi, Syonagar, Hati Milik Kesuma dan Puteri Gul Bakawali.
|
HIZAIRI dirindui ramai biarpun selepas lebih
sembilan tahun hilang.
|
Sejak itu, usaha mencari
Hizairi giat dijalankan - di tempat kerja, rumah rakan dan tempat yang biasa
beliau kunjungi. Namun, Hizairi gagal ditemui. Satu-satunya petunjuk yang ada
ialah kereta Citroen milik Hizairi yang ditemui ditinggalkan di sebuah taman
rekreasi di ibu kota.
Sehingga kini, selepas
sembilan tahun berlalu, Hizairi masih belum ditemui.
Misteri kehilangannya
belum dirungkai, malah segala usaha untuk mengesan dan mencari figura yang
dianggap permata dunia penulisan tanah air itu belum pernah menampakkan jalan
penyelesaian.
|
|
Berdoa depan Kaabah
Bagaimanapun, sumber
polis memberitahu kes kehilangan lelaki tinggi lampai itu masih dalam siasatan.
Bagi ibu Hizairi, Timah
Baba, 61, kehilangan anak sulungnya itu adalah satu tragedi.
"Saya tak boleh nak
bercerita mengenai Hizairi lagi. Menyebut namanya saja sudah buat saya
sedih," ujar wanita itu ketika dihubungi Jurnal.
Walaupun enggan diasak
persoalan tentang kehilangan Hizairi, Timah mengakui hatinya sangat rindu
dengan anaknya itu. Hizairi mempunyai empat adik-beradik yang lain.
"Saya sangat
berharap dia balik masa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, tapi dia tak
balik," akuinya.
Menurut Timah, biarpun
hati mereka walang mengenangkan nasib Hizairi, namun ikhtiar untuk bertemu
dengan si anak tidak pernah putus.
"Kami cuba mencari,
bertanya dengan rakan-rakannya, tetapi tidak berhasil. Dalam solat, kami juga
tidak lupa berdoa supaya Hizairi selamat dan dapat ditemui. Sebagai ibu yang
melahirkan dan melihat dia membesar, kehilangannya memang dirasai.
"Saya dan arwah
bapanya juga pernah memanjatkan doa di hadapan Kaabah, namun sehingga kini
tiada khabar berita daripada Hizairi," luahnya.
HIZAIRI
tidak kembali biarpun pada hari pemergian bapanya, Othman (kiri) pada tahun
2003.
Paling menyedihkan hati
si ibu, pemergian suaminya menjelang usia 59 tahun pada 19 Oktober 2003.
"Masa bapa dia
meninggal dulu, saya tunggu Hizairi, harap dia balik untuk tengok wajah arwah
untuk kali terakhir tapi saya hampa," keluhnya.
Walaupun sukar untuk
menerima kehilangan anaknya itu, Timah tidak menyalahkan takdir sebaliknya
menganggap ia sebagai ujian untuk keluarganya.
"Saya percaya
Hizairi masih ada, cuma tidak tahu dia di mana. Yang pasti dia hilang dengan
cara lain, bukan hilang yang biasa," ucapnya menutup bicara.
Kerisauan Timah itu ada
benarnya. Semasa berita kehilangan bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia
(UPM) itu heboh diperkatakan, banyak versi teori mahupun spekulasi yang timbul
termasuk Hizairi dikatakan hilang ingatan.
Teringin nak baca novel karya Hizairi. Mesti best kan?.
aslm. dah baca ke mana2 novelnya? saya cadangkan baca cerita Syonagar tu, adventure!
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Saya belum pernah baca mana2 lagi novel Hizairi. Tak tahu macam mana nak cari.
DeleteHari ni dh masuk 22 tahun misteri kehilangan hizairi, masa berita kehilangan tu umur saya 9tahun dan sekarang saya dh 31 thn , sebaya dengan umur hizairi ketika hilang, ada terbaca dalam bh online yg kekuarganya masih menghara hizairi ditemui (jika masih hidup umurnya 53thn)
ReplyDeletehttps://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1078302/pulanglah-hizairi-kami-tetap-tunggu-walaupun-22-tahun-gagal-ditemui