Sunday, July 22, 2012

Hantu Pocong



Pada pagi yang permai itu, aku dan seorang roomate, waktu tu masih di alam asasi sibuk mengemas bilik. Maklumlah, study week dah nak dekat, jadi kenalah berjaga-jaga sikit.


"Pqah.. kita dengar hari tu Christy nampak pocong dekat toilet aras bawah." Kan aku dah cakap.
"Dah tu... apa jadi?". Aku bertanya lagi.
"Dia nak basuh muka. Bila tengok di cermin, ada bayang putih lalu di belakang dia. Nampak macam mayat, so dia bacalah ayat Bible."
"Malam ni kita baca Yasin la...". Aku dah mula tak sedap hati. Aku pun pernah terkena, tapi aku diam ja. Kejadian nampak hantu pocong ni di blok aku. Blok aku ni keras sikit, banyak kejadian seram berlaku. Tapi asrama aku tak lah seteruk asrama lagi satu. Kekadang pelajar tidak dibenarkan tinggal sendirian dalam bilik. Yalah, sapa tak takut tengok kerusi dengan barang lain bergerak sendiri.



Sejarah Hantu Pocong


Hantu pocong atau hantu bungkus atau turut dikenali sebagai hantu bangkit di kalangan penduduk Sarawak, kelihatan seperti jenazah. Berbungkus putih la selalunya, tapi tak tau la kan kot sekarang moden sikit, tukar warna pink!. 


Mengikut kisah masyarakat Sarawak, hantu pocong ini dipercayai berasal dari salasilah Brunei yang bergelar Abang, Awang dan Dayang. Dipercayai keturunan ini telah disumpah setelah salah seorang daripada mereka telah menebang dan makan buah yang disumpah iaitu buah kedondong. Apabila keturunan itu mati, lalu disumpah menjadi hantu pocong. Bukan itu saja, generasi berikutnya turut terkena sumpahan itu. 


Tak ada siapa yang berani mengesahkan kesahihan kisah ini. Betul ataupun tidak, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Kisah Hantu Pocong Lagenda UiTM Shah Alam

Antara asrama paling 'tua' di UiTM


Kisah ini berlaku sekitar tahun 80-an. Waktu ni UiTM Shah Alam  kecil ja... dan masih dikenali sebagai ITM. Cuma ada satu jalan sahaja yang menghubungkan ITM dengan jalan utama namun telah ada satu jalan pintas yang baru dibina yang menghubungkan ITM dengan sebuah estet. Ada orang kata, UiTM ni tanah estet dulu.


Alkisahnya, kira-kira jam 8 malam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang telah keluar makan dengan menaiki kapcainya. Bila dia nak balik asrama, dia telah melalui jalan pintas itu. Sebelum ni, tak ada lagilah kedengaran cerita seram tentang jalan pintas tu.


Hujan renyai-renyai membataskan jarak penglihatan dan pelajar tu pun dengan kelajuan yang paling minima telah terlihat bayang berwarna putih di tengah jalan. Dia ingat suratkhabar, tapi bila semakin dekat nampaklah rupanya itu pocong. Kejadian tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pocong tu menggolekkan dirinya ke arah motosikal pelajar tadi.


Pelajar ni dalam tergamam tak tahu nak buat apa, nekad untuk langgar ja pasal sebelahnya tu ada longkang yang agak besar. Bahayalah. Dengan mata yang terpejam, pelajar itu pun langgar, tapi bila buka mata, benda tu dah tak ada. Kira dia nak berkenalan la ni.

Mimpi atau Realiti?




Sebelum itu, ketika aku pulang bercuti semester asasi, emak aku bercerita bahawa heboh jugalah apabila pengawal keselamatan di kilang ayam dekat rumah aku telah ternampak kelibat seorang lelaki lebih kurang pukul 3 pagi. Memang aku tahu yang tapak kilang tu 'keras' sikit, tapi itu bukan maksud emak. Katanya, kelibat lelaki tua yang berpakaian serba putih itu baru meninggal dunia dan yang seramnya, melintasi rumah aku. Biasalah, rumah tepi jalan. Aku waktu tu demam jugalah pasal kejadian di asrama memang menjadi-jadi. Aku pulak mana biasa hidup di asrama.


Ada yang kata mereka bertukar menjadi hantu sebab nak menziarahi saudara-mara mereka. Ada juga berpendapat, mereka ingin meminta pertolongan saudara mereka kerana roh mereka tak tenteram di sana. Dan satu lagi, mereka juga ingin melihat bagaimana harta dan hutang mereka diuruskan. Dalam kes lelaki tua yang menjelma itu, ahli keluarganya telah membuat solat hajat dan tahlil untuk arwah. Kenapa?. Biarlah menjadi rahsia sahaja. 

Oleh itu, jangan lupa minta pada Allah agar kita mati dalam keadaan yang beriman dan mudah untuk diuruskan. Sebagai orang Islam, kita harus percaya, hal ini memang berlaku dengan kuasaNya. 


Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. katanya: "Apabila seorang mu'min mati, maka ruhnya berkeliling mengitari rumahnya selama 1 bulan. Lalu ruh itu melihatkan apa yang ditinggalkan dari hartanya, bagaimana cara membahagi dan bagaimana cara membayarkan hutangnya.

    Setelah genap satu bulan, maka ruh itu dikembalikan ke liang kuburnya. Maka setelah itu ia berkeliling hingga genap satu tahun. Ia melihat orang yang mendoakan kepadanya dan orang yang susah kepadanya. Setelah 1 tahun ruh itu diangkat dibawa naik untuk berkumpul dengan seluruh ruh-ruh sampai hari kiamat yakni hingga ditiupnya sengkala Israfil. Allah berfirman  dalam ayar 4 Al-Qadar yang maksudnya "Para malaikat sama turun dengan ruh".


Hanya Allah sahaja Yang Mengetahui....








No comments:

Post a Comment