Ramai yang sedia maklum, Tun Musa Hitam pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia http://en.wikipedia.org/wiki/Musa_Hitam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Permusuhan antara 2M ini terjadi apabila Dr. Mahathir mengambil rakan baiknya, Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah. http://en.wikipedia.org/wiki/Daim_Zainuddin dan http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/07/daim-zainuddin-how-he-became-so-rich.html?m=1 untuk mengetahui kepintaran beliau dalam dunia perniagaan.
Apabila Tun Daim (waktu tu berpangkat Datuk) menyertai kabinet, Musa berasa terpinggir. Kebanyakan projek mega negara diuruskan oleh Datuk Daim. Tan Sri Musa (pangkatnya sewaktu jadi Timbalan PM) berasa kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri mulai tergugat. Namun Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau ingin Tan Sri Musa menumpukan perhatian dan kerja bagi memperteguhkan kedudukan parti. Pada 26 Februari 1986, Tan Sri Musa telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan surat ini diterima oleh Dr. Mahathir keesokan harinya.
![]() |
hensem jugak Tun Daim ni... hehe |
Tan Sri Musa kemudian mengerjakan umrah dan bercuti di London. Dr. Mahathir menjangkakan Musa akan kembali ke arena politik kerana politik telah menjadi darah dagingnya.
Ternyata telahan Dr. Mahathir benar apabila pada tahun 1987, Musa kembali mencabar kepimpinan Dr. Mahathir. http://www.tranungkite.net/lama/c07/subky66.htm. Beliau berganding dengan tengku Razaleigh Hamzah http://en.wikipedia.org/wiki/Tengku_Razaleigh_Hamzah untuk menggulingkan Dr. Mahathir. Pada fikiran Musa, andai Ku Li (nama manja) menang jawatan Presiden UMNO, beliau akan menjadi Timbalan Ku Li. Dengar kata, RM 20 juta jugalah dibelanjakan untuk merebut jawatan Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri.
Ku Li kemudiannya membawa UMNO ke mahkamah dengan matlamatnya untuk mengharamkan pemilihan Dr. Mahathir tetapi pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim bukan sahaja mengisytiharkan pemilihan parti UMNO pada 24 April 1987 tidak sah malah mengharamkan UMNO sebagai persatuan politik. Yalah, UMNO ditubuhkan pada 1946, mungkin tak tau nak daftar di mana. Refer site ni http://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11 untuk bacaan lanjut.
Berikutan itu, Dr. Mahathir mengambil langkah menubuhkan UMNO Baru http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis yang pendaftarannya diluluskan pada 17 Februari 1988 iaitu kira-kira dua minggu selepas UMNO diharamkan dan dengan sendirinya Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokong-penyokongnya tersingkir seperti ahli-ahli UMNO yang lain kecuali mereka yang memohon untuk menjadi ahli UMNO yang baru http://www.utusankini.com/2012/05/terkini-umno-24-tahun-atau-66-tahun.html. Refer site ni untuk keterangan lanjut.
Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 http://en.wikipedia.org/wiki/Semangat_46,
http://hasbiemuda.wordpress.com/2010/03/10/iktibar-kegagalan-semangat-46/ dengan niat untuk memecah-belahkan UMNO. Tapi kalau baca buku CTU 553, katanya untuk menaikkan semangat perjuangan parti sama macam tahun 1946, iaitu tahun penubuhan UMNO. Bab ni, no komen. Kalau perjuangannya betul apa salahnya, tapi itulah parti ini telah berkubur.
Itulah rentetan perjalanan Parti UMNO. Baik Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ku Li semuanya dah jadi veteran dalam politik walaupun mereka berbeza aliran.Boleh baca site ni untuk memahami karier politik Ku Li
http://iniakupunyasendiri.blogspot.com/2012/02/tengku-razaleigh.html. Tun Musa Hitam kalau tak salah pernah jadi penasihat Sime Darby setelah bersara dari politik, Ku Li pula pernah membantu jentera BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum 2008 di Kelantan. Kenapa aku pilih tajuk Malam Haram?. Ohhh tutor aku cakap, ada sebuah drama atau filem yang menceritakan pengharaman parti UMNO. Amboi, bukan main lagi tajuk. Tapi itulah kisahnya...
No comments:
Post a Comment