Namun, kita harus memahami apa itu makna diktator. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, diktator bermaksud pemerintah mutlak, terutamanya yang merampas kuasa tanpa mengikut perlembagaan dan menggunakannya secara zalim. Rakyat negara yang diperintah oleh seorang diktataor jarang mempunyai hak asasi.
Aku lebih suka dengan pendapat Pensyarah Kanan Kajian Komunikasi Fakulti Sains Sosial Unimas, Dr. Jeniri Amir. Katanya, Dr. Mahathir bolehlah dilabelkan sebagai pemimpin separuh diktator. Antara tindakannya yang menjurus ke arah itu ialah penahanan 106 orang pada tahun 1987 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pengenalan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang menyekat kebebasan media.
Umum mengetahui bahawa Dr. Mahathir memulakan kariernya sebagai seorang doktor dan karier politiknya bermula di Kedah apabila menyertai UMNO dan turut bersama menyertai gerakan menentang Malayan Union. Perjalanan politiknya licik dan matang namun beliau dianggap seorang yang radikal di mata Tunku Abdul Rahman. Ini dapat dilihat apabila beliau mengkritik gaya hidup golongan bangsawan yang gemar berfoya-foya tanpa menghiraukan rakyat dan beliau juga menulis surat kepada Tunku, mengkritik sikap Tunku yang disifatkannya sebagai tidak serius ketika menangani peristiwa 13 Mei 1969.
Pada pendapat aku, beliau lupa yang pada zaman kegemilangannya, beliau turut mengamalkan gaya hidup mewah. Kontroversi sentiasa mewarnai perjalanan politiknya. Beberapa hari sebelum perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang ke-4, setiausaha politiknya, Siddiq Ghouse, telah ditangkap polis kerana menjadi ejen Soviet Union. Refer site ni kalau nak berkenalan... hehe http://ms.wikipedia.org/wiki/Siddiq_Ghouse dan ini http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=65691 .
Selepas dua minggu menjadi Perdana Menteri, beliau memberi harapan baru terhadap rakyat apabila membebaskan 21 orang tahanan ISA atas arahannya. Nampaknya seperti beliau memberi harapan baru kepada rakyat ke arah corak kepimpinan demokrasi.
Tetapi itu semua tidak berkekalan. Seramai 106 orang (pada mulanya 63 orang) telah ditahan di bawah ISA pada tahun 1987 dan serentak dengan itu, tiga buah akhbar telah diharamkan dalam Operasi Lalang, http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang. Ramai sedia maklum, ramai juga musuh politik Dr. Mahathir telah ditahan di bawah ISA. Aku sebenarnya tak berkenan dengan ISA yang dirangka oleh R.H. Hickling pada tahun 1960 itu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_(Malaysia). Boleh refer dekat site ni untuk maklumat tambahan.
Tapi yang lebih penting, aku fikir ISA seperti telah melanggar undang-undang azali yang aku fikir setiap manusia perlukannya. Sama masa aku duduk mendengar lecture MLS aku, pensyarah aku berkata kenapa Allah s.w.t masih memberi peluang kepada Nabi Adam a.s untuk membela diri setelah makan buah yang diharamkan oleh Allah sedangkan Dia Maha Mengetahui. Berpegang pada prinsip ini, aku percaya setiap manusia ada hak untuk dibela, diberi perbicaraan dan didengari bukan seperti tahanan ISA, terus ditahan tanpa sempat membela diri di mahkamah. Ya, aku tidak menafikan kita perlukan satu akta khas untuk memelihara kemakmuran negara tapi, ISA bukanlah yang terbaik. Kadang-kadang aku fikir mereka yang ditangkap menjadi mangsa politik.
Pernah baca akhbar The Star tak?. Ini adalah salah satu akhbar yang diharamkan selain Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan lain iaitu Watan susulan daripada Operasi Lalang. The Star seakan mengeksploitasi Tunku Abdul Rahman apabila melantik beliau menjadi penaung The Star setelah meletakkan jawatan. Tunku turut mempunyai kolumnya sendiri yang bertajuk 'As I See It' http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/12/15/central/7613585&sec=central . Hal ini membuatkan Dr. Mahathir serba-salah. The Star seolah-olah ingin meneruskan dasar berlembut dengan orang bukan Melayu yang sememangnya ditentang oleh Dr.Mahathir. Wartawan Melayu menyifatkan bahawa liputan The Star bersifat menuduh dan dan melanggar Akta Hasutan.
Orang Melayu pula melihat The Star sebagai tidak menghormati orang Melayu dan tidak menghormati perjanjian damai 13 Mei 1969 dan cuba untuk meneruskan dasar tolak ansur yang diamalkan oleh Tunku. Namun kritikan akhbar The Star bagi aku kadang-kadang ada benarnya. Gayanya yang lebih bersifat analisis dan pendekatan kewartawanannya yang tajam dan bermutu masih dapat dilihat hingga ke hari ini. Namun, pengharamannya sekejap saja. Sekarang boleh didapati di pasaran seperti biasa. Ini berita yang menarik perhatian aku semalam di The Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/7/20/nation/20120720225134&sec=nation dan ini kolum pensyarah perlembagaan aku,
http://thestar.com.my/columnists/more.asp?col=reflectingonthelaw
Para wartawan baik dari dalam mahupun luar menganggap Dr. Mahathir sebagai satu bahan berita yang menarik. Seperti dalam ucaptamanya di PBB, beliau menganggap kebebasan akhbar tidak wujud di mana-mana baik di negara liberal demokrat mahupun di negara diktator. Di negara liberal demokrat, berita dan rencana dalam media massa dikuasai oleh orang tertentu yang berkuasa dalam media berkenaan. Mereka itu adalah Rupert Murdoch, http://en.wikipedia.org/wiki/Rupert_Murdoch Maxwell dan lain-lain.
Mungkin yalah jugakan, bila dah jadi pemimpin ni, tak nak lah berita buruk mengenai kerajaan sampai ke pengetahuan rakyat. Sebab itu, Tunku Abdul Rahman dulu sedaya upaya menguasai akhbar Utusan Melayu yang sangat berpengaruh pada waktu itu sebagai wadah kerajaan untuk menyampaikan dasar-dasarnya. Malas pulak nak tulis pasal Utusan. Bukan apa, panjang juga kisahnya. Tapi, bolehlah refer site ni untuk sedikit info http://ckcounterpunch.wordpress.com/tag/said-zahari/.
Namun begitu, aku bersetuju dengan langkah yang diambil oleh Dr. Mahathir apabila menempelak wartawan dari Australia yang langsung tidak menghormati sensitiviti orang Malaysia. "....padanlah, orang Australia memang asalnya lanun...". Memang betul pun... Dulu Amerika hantar banduan ke Australia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Australia Boleh refer site ni untuk bacaan lanjut. Kejayaan miliknya lagi setelah beliau berjaya mendapat persetujuan kerajaan Australia mengisytiharkan pengasingannya daripada pendapat-pendapat media Australia. Dr.Mahathir membawa dimensi baru apabila membawa kembali maruah bangsa dan negara daripada dijijak oleh bangsa asing. Ohhh... mentang-mentangla berkulit putih, apa, dia fikir dia bagus sangat.
Mungkin benarlah Dr. Mahathir ni diktator, kuku besi tapi kita kena kenang juga, banyak perubahan yang telah dilakukan terutamanya dalam bidang ekonomi. Mengejutkan rakyat Semenanjung dan Sarawak supaya bangun setengah jam lebih awal dengan menyamakan waktu mereka dengan waktu Sabah adalah simbol supaya kita rajin bekerja http://ms.wikipedia.org/wiki/Waktu_Piawai_Malaysia dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020 http://en.wikipedia.org/wiki/Wawasan_2020 di bawah pemerintahannya serta melalui Dasar Pandang ke Timur mendidik rakyat supaya terbuka mindanya, ada lagi kuasa ekonomi yang hebat di rantau Asia ini contohnya China Jepun.http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/look-east-policy-still-relevant-says-dr-m/
Terkadang, bila dah lama sangat Dr. Mahathir memerintah, rasa lain pulak bila gambar orang lain diganti di sekolah, dan pejabat kerajaan. Dah tak ada lagi suara lantang yang bergema baik di PBB atau OIC. Pengaruh beliau boleh dilihat sehingga hari ini. Jadi, tak kisahlah dia diktator ataupun sebaliknya, itu antara dia dan Allah tetapi seharusnya kita perlu menerima hakikat bahawa beliau adalah seorang negarawan yang berani menanggung risiko dan melakukan perubahan terutama bagi orang Melayu.
Sengaja aku letak link bagi banyak sikit . Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita sama-sama hayati wahyu pertama yang diturunkan pada Rasulullah SAW bertarikh 17 Ramadhan atau 6 Ogos 610 Masihi, iaitu Bacalah. Selamat berpuasa dan semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya, Amin.
Ha, bacalah link ni ,yerrr!!! http://zulkiflialbakri.blogspot.com/2011/06/turunnya-wahyu-pertama.html
No comments:
Post a Comment