Sunday, July 29, 2012

Si Montel

"Tengok dia dah datang..." Aku menoleh... Alahai... comelnya.
"Macam teddy bear. Macam nak cubit-cubit. Dah la rajin senyum." Rakan aku menambah.
".. rajin tidur masa kelas Torts." Yang ni aku tak tahan nak ketawa.

Teringat lagi yang kita ni punya la semangat present di depan, dia boleh pulak tidur di belakang. Berdengkur pulak tu. Rasa macam nak cubit perut tu. Hai, sabar je la...



Sebenarnya, aku ni bercerita pasal seorang teman aku yang sedikit montel tapi comel. Tapi dia baik, pandai memberi syarahan. Sure aku tak tidor. Memang dia ni bak kata seringlah mencuri perhatian kami bukan kerana dia montel tapi kerana sikapnya yang budiman... Apa? Pqah  ni bukanlah pandang sangat rupa paras. Lagipun Pqah pun lebih kurang montel juga. Tak berani nak ushar lebih-lebih, dah berpunya tau!.


Teringin nak kurus. Dengan lambakan pelbagai jenis pil nak bagi kurus, boleh je nak cuba tapi tak naklah. Takut kesan sampingan terutamanyaa pada buah pinggang. Bukan nak cakap montel itu tak cantik tapi montel itu sarang penyakit. Tu lah sebabnya....


Masa tu sebenarnya rakan bagi pelajar sepenuh masa macam aku. Tapi pada masa yang sama musuh juga. Jadi, macam mana lah nak pergi main bola waktu petang kalau assignment tak siap, baju menimbun, bilik bersepah?. So, ni lah problemnya. Tapi, setiap masalah ada jalan penyelesaian kan?.


Nak bersenam?.. Urm liat la sikit. Tapi kan kita wajib amik kokurikulum. So pilihlah, joint bolasepak ke, tarian ke atau kelab kembara. Sure best. Macam aku, aku pilih swimming walaupun tak le terer sangat tapi kita perlu mencuba. Jadi, terima kasih untuk Hatin atas nasihatnya. Rasa hilang stress ni. Then, anggaplah kerja rumah tu sebagai ibadah dan exercise... so selalulah kemas rumah.


Ada yang sarankan ambil supplement. Aku tak le berani nak mencuba tapi aku hanya ambil supplement untuk mata. Tu pun tanyalah doktor dulu. Ikut kesesuaian diri. Kalau pemakanan betul, tentu dapat turunkan berat badan. Janganlah makan jajan sangat, nasib sekarang bulan posa. Cuma aku memang kerap makan yogurt tak pun taufufa.. Dadih pun ok... Tapi tu semua tak sepenting susu yang sangat penting sebelum aku tidur. Kalau tak amik susu sebelum tidur, rasa tak best pulak. Tidur tak lena... Haiiii.....


Stress pun tak best juga. Yalah, nanti kuat makan. Habis stok makanan untuk sebulan. Jangan memain kalau Pqah stress. Takut orang tengok.


Dulu, kalau imej budak gemuk je selalu orang kata pembuli. Tapi sekarang budak montel pulak dibuli. Apa dah jadi ni?. Kesian jugaklah... dunia dah berubah.


Akhir kata, kalau nak kurus tu, berpada-padalah. Takut nak kurus jadi makin gemuk pulak. Tak ke haru.
Yang penting, jangan peduli sangat cakap orang. Senanglah cakap dah rangka badan kecik, bolehlah nak action. Teruskan menjadi insan yang cemerlang... dan gemilang.

Sesuatu Sangat

Apa yang korang buat lepas solat tarawih?. Kalau aku, aku suka tengok anime. Mungkin sekarang cuti semester, jadi bolehlah sementara nak terlelap aku menonoton sekejap.
Sejujurnya, aku sampai sekarang masih meminati siri anime tapi taklah beria sangat. Doraemon, Pokemon, Bayblade, Dragon Ball, Sailormoon, tu semua tu masih layan lagi.

Tapi...


Aku minat anime Slam Dunk. Malar segar.... Sapa tak kenal Hanamichi si rambut merah yang berseteru dengan Kaede?. Tapi bestlah kalau dapat jadi setinggi diorang.


Yang ni pun kegilaan aku. Kisah mengenai seorang illegal surgeon. Tapi selalu ambil kes yang berisiko tinggi tapi tengoklah bayaran yang dia ambikk.. sesuailah dengan kemahiran dia. Mau kebulur jugaklah aku kalau nak jugak dekat dia. Tapi... hurmmm aku sukalah surgeon yang sorang ni....Ada class. Gituuu...

Yang ni anime paling comel pernah aku tengok.


Best tau cerita ni...Pasal Host Club... Motif la ceritanya.. tapi sweet. Terharu tau, betapa seronoknya kalau dapat kawan macam Presiden diorang tu....Kawan aku cakap, ada siri real sedang dalam pembikinan... Tak sabarnya....Paling sweet tulah yang paling kecik tu.. Honey-senpai.

Ni anime paling lucu.. Yang pernah aku tonton la...



Kisah ketaksuban si gadis sampai sanggup jadi tangan kanan si lelaki tu. Yang ni la paling sedih... Kenapa asyik-asyik perempuan ja perlu berkorban... Tapi ini sekadar kartun je ye... Tak perlu la amik serius sangat.

Anime yang ni pun best sebab episodnya sikit ja...

Anime vampire knight ni aku suka sebab aku memang suka hal-ehwal pontianak ni. Pontianak oversea taklah tipikal macam orang Melayu. Lelaki pun jadi pontianak... Tapi handsome pulak aku tengok...Yang baju putih tulah pontianaknya... Kaname-sama senpai. Cuma kenapalah Yukki perlu korbankan cinta dia pada si Kaname tu semata-mata untuk Zero?. Kalau dah suka, go on je la... Hai, saja ja tau. Tapi, itulah jangan pulak nak terpengaruh dengan budaya diorang.


Ni, anime terbaru yang sedang aku tonton. Anime ni dah lama, tapi baru nak tengok... Best jugak. Betul cakap Athirah. Dunia magis ni memang memukau. Tapi jangan la dok amalkan.


By the way terpesona dengan karakter si Samurai ni.. apa ntah nama dia, Kenshee Himura- tak taulah nak eja nama dia ni. Tapi dia cool, ada strategi dan lembut je... Aduhai...
Tak kisah la, aku menonton pun sekadar mengisi masa lapang. Satu hari nanti, mungkin semua ni cuma tinggal satu sejarah saja.

Tuesday, July 24, 2012

Pertama sekali, Tahniah kepada rakan-rakan STPM yang berjaya melangkah ke universiti terutamanya buat yang teristimewa, Rohana dan Nor Asyilah. Pada yang tidak berjaya, kita tak rasa anda gagal. Every single time, we have to upgrade ourselves. There is no short cut to succeed. Cewah.... speaking pulak.

Well, pengembaraan ini akan bermula di sebuah menara.


Tak la segah Menara KLCC, Menara Alor Star pun tak juga. Di sinilah ada bank, pejabat pos, dan beberapa buah fakulti.





Ok, here are some facilities at Menara. Yang gambar bunga-bunga tu, haa, nilah Kedai Buku di UiTM.


Tapi, inilah yang paling signifikan di menara ini iaitu perpustakaan, tapi untuk fakulti kitaorang, ada perpustakaan lain.

Itulah gambar dekat UiTM. Tak best sangat tapi bolehlah.....Banyak juga kemudahannya.

Monday, July 23, 2012

Breaking Dawn




In the name of Allah, Most Gracious,
Most Merciful.


Say: I seek refuge 
With the Lord of the Dawn,
From the mischief
Of created things, 
From the mischief 
of Darkness as it overspreads;
From the mischief
Of those who blow on knots; 
And from the mischief 
Of the envious one
A he practices envy...


The Quran, Surah Al- Alaq


Malam Haram

"Tahu tak yang UMNO pernah diharamkan dulu?". Suasana kelas aku bertukar menjadi gamat seketika. Biar betul. UMNO persatuan politik yang paling lama di Malaysia, tak kan nak cari populariti. Setelah mendapat kefahaman sikit daripada tutor aku, ni lah nak cerita secara mendalam la sikit hasil pembacaan aku.


Ramai yang sedia maklum, Tun Musa Hitam pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia http://en.wikipedia.org/wiki/Musa_Hitam semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir. Permusuhan antara 2M ini terjadi apabila Dr. Mahathir mengambil rakan baiknya, Datuk Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan bagi menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah. http://en.wikipedia.org/wiki/Daim_Zainuddin dan http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/07/daim-zainuddin-how-he-became-so-rich.html?m=1 untuk mengetahui kepintaran beliau dalam dunia perniagaan.






Apabila Tun Daim (waktu tu berpangkat Datuk) menyertai kabinet, Musa berasa terpinggir. Kebanyakan projek mega negara diuruskan oleh Datuk Daim. Tan Sri Musa (pangkatnya sewaktu jadi Timbalan PM) berasa kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri mulai tergugat. Namun Dr. Mahathir menegaskan bahawa beliau ingin Tan Sri Musa menumpukan perhatian dan kerja bagi memperteguhkan kedudukan parti. Pada 26 Februari 1986, Tan Sri Musa telah meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan surat ini diterima oleh Dr. Mahathir keesokan harinya.



hensem jugak Tun Daim ni... hehe






Tan Sri Musa kemudian mengerjakan umrah dan bercuti di London. Dr. Mahathir menjangkakan Musa akan kembali ke arena politik kerana politik telah menjadi darah dagingnya.


Ternyata telahan Dr. Mahathir benar apabila pada tahun 1987, Musa kembali mencabar kepimpinan Dr. Mahathir. http://www.tranungkite.net/lama/c07/subky66.htm. Beliau berganding dengan tengku Razaleigh Hamzah http://en.wikipedia.org/wiki/Tengku_Razaleigh_Hamzah untuk menggulingkan Dr. Mahathir. Pada fikiran Musa, andai Ku Li (nama manja) menang jawatan Presiden UMNO, beliau akan menjadi Timbalan Ku Li. Dengar kata, RM 20 juta jugalah dibelanjakan untuk merebut jawatan Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri.


Ku Li kemudiannya membawa UMNO ke mahkamah dengan matlamatnya untuk mengharamkan pemilihan Dr. Mahathir tetapi pada 4 Februari 1988, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Harun Hashim bukan sahaja mengisytiharkan pemilihan parti UMNO pada 24 April 1987 tidak sah malah mengharamkan UMNO sebagai persatuan politik. Yalah, UMNO ditubuhkan pada 1946, mungkin tak tau nak daftar di mana. Refer site ni  http://ms.wikipedia.org/wiki/UMNO_11 untuk bacaan lanjut.




Berikutan itu, Dr. Mahathir mengambil langkah menubuhkan UMNO Baru http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis yang pendaftarannya diluluskan pada 17 Februari 1988 iaitu kira-kira dua minggu selepas UMNO diharamkan dan dengan sendirinya Tengku Razaleigh Hamzah dan penyokong-penyokongnya tersingkir seperti ahli-ahli UMNO yang lain kecuali mereka yang memohon untuk menjadi ahli UMNO yang baru http://www.utusankini.com/2012/05/terkini-umno-24-tahun-atau-66-tahun.html. Refer site ni untuk keterangan lanjut.





Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Semangat 46 http://en.wikipedia.org/wiki/Semangat_46,
http://hasbiemuda.wordpress.com/2010/03/10/iktibar-kegagalan-semangat-46/ dengan niat untuk memecah-belahkan UMNO. Tapi kalau baca buku CTU 553, katanya untuk menaikkan semangat perjuangan parti sama macam tahun 1946, iaitu tahun penubuhan UMNO. Bab ni, no komen. Kalau perjuangannya betul apa salahnya, tapi itulah parti ini telah berkubur.


Itulah rentetan perjalanan Parti UMNO. Baik Dr. Mahathir, Musa Hitam, Ku Li semuanya dah jadi veteran dalam politik walaupun mereka berbeza aliran.Boleh baca site ni untuk memahami karier politik Ku Li
http://iniakupunyasendiri.blogspot.com/2012/02/tengku-razaleigh.html. Tun Musa Hitam kalau tak salah pernah jadi penasihat Sime Darby setelah bersara dari politik, Ku Li pula pernah membantu jentera BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum 2008 di Kelantan. Kenapa aku pilih tajuk Malam Haram?. Ohhh tutor aku cakap, ada sebuah drama atau filem yang menceritakan pengharaman parti UMNO. Amboi, bukan main lagi tajuk. Tapi itulah kisahnya...

Sunday, July 22, 2012

Antara Lalat dan Lebah



Lebah sifatnya bersih. Mereka hidup aman damai dalam sarangnya. Tiada hasad dengki dan pentingkan diri sendiri. Lebah sentiasa bekerja dan hsilnya dirasai oleh semua anggota kumpulan. Sebab tu lah ada proverb as busy as a bee kerana mereka gigih bekerja.

Antara lebah dan lalat memang banyak bezanya. Lalat hinggap pada benda-benda yang kotor dan membawa penyakit.Tapi dunia lebah hanya berkisar di antara sarang dengan bunga-bungaan mekar. Haiwan ini memberi kita ubat, makanan dan kebahagiaan - iaitu madu. 

Lebah sedia berkorban demi menjaga sarangnya yang menjadi tempat perlindungan keluarga, rakan dan ketuanya. Kehidupan murni ini pasti tidak akan ditemui dalam kehidupan si lalat yang pengotor.

Hantu Pocong



Pada pagi yang permai itu, aku dan seorang roomate, waktu tu masih di alam asasi sibuk mengemas bilik. Maklumlah, study week dah nak dekat, jadi kenalah berjaga-jaga sikit.


"Pqah.. kita dengar hari tu Christy nampak pocong dekat toilet aras bawah." Kan aku dah cakap.
"Dah tu... apa jadi?". Aku bertanya lagi.
"Dia nak basuh muka. Bila tengok di cermin, ada bayang putih lalu di belakang dia. Nampak macam mayat, so dia bacalah ayat Bible."
"Malam ni kita baca Yasin la...". Aku dah mula tak sedap hati. Aku pun pernah terkena, tapi aku diam ja. Kejadian nampak hantu pocong ni di blok aku. Blok aku ni keras sikit, banyak kejadian seram berlaku. Tapi asrama aku tak lah seteruk asrama lagi satu. Kekadang pelajar tidak dibenarkan tinggal sendirian dalam bilik. Yalah, sapa tak takut tengok kerusi dengan barang lain bergerak sendiri.



Sejarah Hantu Pocong


Hantu pocong atau hantu bungkus atau turut dikenali sebagai hantu bangkit di kalangan penduduk Sarawak, kelihatan seperti jenazah. Berbungkus putih la selalunya, tapi tak tau la kan kot sekarang moden sikit, tukar warna pink!. 


Mengikut kisah masyarakat Sarawak, hantu pocong ini dipercayai berasal dari salasilah Brunei yang bergelar Abang, Awang dan Dayang. Dipercayai keturunan ini telah disumpah setelah salah seorang daripada mereka telah menebang dan makan buah yang disumpah iaitu buah kedondong. Apabila keturunan itu mati, lalu disumpah menjadi hantu pocong. Bukan itu saja, generasi berikutnya turut terkena sumpahan itu. 


Tak ada siapa yang berani mengesahkan kesahihan kisah ini. Betul ataupun tidak, Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.


Kisah Hantu Pocong Lagenda UiTM Shah Alam

Antara asrama paling 'tua' di UiTM


Kisah ini berlaku sekitar tahun 80-an. Waktu ni UiTM Shah Alam  kecil ja... dan masih dikenali sebagai ITM. Cuma ada satu jalan sahaja yang menghubungkan ITM dengan jalan utama namun telah ada satu jalan pintas yang baru dibina yang menghubungkan ITM dengan sebuah estet. Ada orang kata, UiTM ni tanah estet dulu.


Alkisahnya, kira-kira jam 8 malam, seorang mahasiswa jurusan undang-undang telah keluar makan dengan menaiki kapcainya. Bila dia nak balik asrama, dia telah melalui jalan pintas itu. Sebelum ni, tak ada lagilah kedengaran cerita seram tentang jalan pintas tu.


Hujan renyai-renyai membataskan jarak penglihatan dan pelajar tu pun dengan kelajuan yang paling minima telah terlihat bayang berwarna putih di tengah jalan. Dia ingat suratkhabar, tapi bila semakin dekat nampaklah rupanya itu pocong. Kejadian tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pocong tu menggolekkan dirinya ke arah motosikal pelajar tadi.


Pelajar ni dalam tergamam tak tahu nak buat apa, nekad untuk langgar ja pasal sebelahnya tu ada longkang yang agak besar. Bahayalah. Dengan mata yang terpejam, pelajar itu pun langgar, tapi bila buka mata, benda tu dah tak ada. Kira dia nak berkenalan la ni.

Mimpi atau Realiti?




Sebelum itu, ketika aku pulang bercuti semester asasi, emak aku bercerita bahawa heboh jugalah apabila pengawal keselamatan di kilang ayam dekat rumah aku telah ternampak kelibat seorang lelaki lebih kurang pukul 3 pagi. Memang aku tahu yang tapak kilang tu 'keras' sikit, tapi itu bukan maksud emak. Katanya, kelibat lelaki tua yang berpakaian serba putih itu baru meninggal dunia dan yang seramnya, melintasi rumah aku. Biasalah, rumah tepi jalan. Aku waktu tu demam jugalah pasal kejadian di asrama memang menjadi-jadi. Aku pulak mana biasa hidup di asrama.


Ada yang kata mereka bertukar menjadi hantu sebab nak menziarahi saudara-mara mereka. Ada juga berpendapat, mereka ingin meminta pertolongan saudara mereka kerana roh mereka tak tenteram di sana. Dan satu lagi, mereka juga ingin melihat bagaimana harta dan hutang mereka diuruskan. Dalam kes lelaki tua yang menjelma itu, ahli keluarganya telah membuat solat hajat dan tahlil untuk arwah. Kenapa?. Biarlah menjadi rahsia sahaja. 

Oleh itu, jangan lupa minta pada Allah agar kita mati dalam keadaan yang beriman dan mudah untuk diuruskan. Sebagai orang Islam, kita harus percaya, hal ini memang berlaku dengan kuasaNya. 


Diriwayatkan dari Abi Hurairah ra. katanya: "Apabila seorang mu'min mati, maka ruhnya berkeliling mengitari rumahnya selama 1 bulan. Lalu ruh itu melihatkan apa yang ditinggalkan dari hartanya, bagaimana cara membahagi dan bagaimana cara membayarkan hutangnya.

    Setelah genap satu bulan, maka ruh itu dikembalikan ke liang kuburnya. Maka setelah itu ia berkeliling hingga genap satu tahun. Ia melihat orang yang mendoakan kepadanya dan orang yang susah kepadanya. Setelah 1 tahun ruh itu diangkat dibawa naik untuk berkumpul dengan seluruh ruh-ruh sampai hari kiamat yakni hingga ditiupnya sengkala Israfil. Allah berfirman  dalam ayar 4 Al-Qadar yang maksudnya "Para malaikat sama turun dengan ruh".


Hanya Allah sahaja Yang Mengetahui....