Pernah baca ni?
Tanda Tanda Malam
Lailatul Qadar
Pesan
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam qadar berlaku pada satu malam
daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
Petua
oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar
Jika
awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad
atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan
II)
Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;
III)
Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV)
Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;
V)
Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan
Kata
sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan
lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau
bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada
malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda
malam qadar ialah :
1.
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2. Siangnya
cahaya matahari warnanya pucat;
3. Pada
malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu
dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis
teresak-esak secara tiba-tiba.
Marilah
kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan
beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita
dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83
tahun umur kita.
Selamat Beramal!
No comments:
Post a Comment