Aku boleh lah dikatakan ermmm..mesra juga dengan orang di sekeliling aku.
Cuma, kebelakangan ini aku suka menyepikan diri.
Guru, teman, juniors semua dah komplen.. payah benar hendak berkongsi cerita.
Entahlah... Aku tiada jawapan untuk itu. Kalau orang tegur, aku jawablah. Kalau tak aku suka bersendirian.
Aku suka berbual dengan seorang teman serumah aku yang sorang ni. Nama, rahsia. Yang penting perempuan.
Kami selalu berbual, hanya kami berdua. Tajuk yang dibualkan, paling utama bukanlah gosip
mengutuk orang tapi lebih kepada isu diri sendiri kerana aku bukanlah manusia sempurna.
Aku beginilah... morning person tapi seronok juga jadi nocturnal. Waktu pagi adalah waktu yang menyegarkan dan perlambangan bagi kebaikan tapi malam adalah perlambangan bagi kejahatan. Ni Ustaz aku yang cerita.
Pagi itu, kami bercerita.. lama lantaran kesibukan masing-masing hatta kami sefakulti. Personaliti kami agak sama, lembut sikit dan manja. Tapi, kami juga perlukan masa untuk bersendirian dan berfikir. Usia muda beginilah kita perlu tajamkan kemahiran analitikal kita. Agar tahu mana yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Pernah dengar don't judge a book by it's cover?. Tapi tahu tak judge in court judge our appearance in order to give bail or not. Teman aku yang tadi kata lagi, "kita tak dapat lari nak judge orang." Betul tu... aku pun macam tu selalunya.
Seronok bicara pada pagi itu, kerana dapat melontarkan pendapat. Itulah aku, aku suka berkongsi pandangan pada orang yang istimewa dalam hidup aku kerana yang rapat dengan aku sahaja yang aku berikan peluang untuk melihat sisi ini dalam hidupku.
Pendek kata, bicara pagi itu memberi semangat untuk aku terus menghadap buku dan laptop kerana banyak lagi assignment dan test sebelum cuti pertengahan sem.
Aku percaya pada satu prinsip ni... ramai orang baik tapi susah untuk mencari orang yang baik hati...
Korang setuju?
No comments:
Post a Comment