Monday, May 28, 2012

Misteri 603/604

Tadi aku menaiki bas ke PKNS. Ada urusan yang perlu aku selesaikan. Dari rumah kakak aku mengambil bas 602. Biasalah naik bas kat Shah Alam.

"Ni tak pe ke abang tak hantar?". Abang aku bertanya.
"Tak pe lah.. dah besa dah." Apalah abang ipar aku ni.
"Nah, ambik ni."
Aku mengambil payung itu walaupun tak perlu rasanya. Yalah kalau ada yang sudi mengambil berat tu, terima kasih sangatlah.

Aku berhenti di seksyen 2 sebelum ke PKNS. Kalau di fakulti, ada dua jenis bas utama.
Pertama


Bas UiTM

Kedua

Bas Rapid KL

Bas Rapid dalam UiTM ada 3 spesis. Dalaman, faham ja lah berlegar dalam UiTM ja. 603 gi Seksyen 2 dan 604 ke Seksyen 7. Tapi ini sebab aku malas sangat nak naik bas Rapid.



Sesaknya jangan dicakaplah. Selalu aku jalan kaki ja. Cepat juga sampai. Aku ingat lagi masa aku asasi, aku dengan Mira dah terpenyek dalam lautan manusia gara-gara nak naik bas.

"Allahhu Akbar!"
Eh, kenapa pulak Maisarah bertakbir ni?, Raya lambat lagi lah.
"Aku ingat pi Mekah ja buleh mati kena pijak, dok UiTM pun buleh mati kena pijak."
La, patut lah. Kaki Mai kena pijak.
"Dah la Mira, kami rasa tak mau naik bas la. Bagi la diorang pi dulu."
"Elok la tu Pqah. Kami pun tak sanggup dah."
Kami yang debab ni tak sanggup nak berebut. Tak muat dah. Tunggu bas lain la pulak.

Aku kembali ke alam realiti. Lama juga aku di PKNS. Aku singgah di sebuah restoran.
Eh, abang call.
"Hello!".
"Hello!Hello! Hello!".
Aku menoleh belakang.
"Teh ais kurang manis tiga!"

Well, the awkward moment is when the same people who jogged with you yesterday smile at you and said:
"Lepas ni kita gi taman mainan nak?"
Nooooo!!!!

Di Pinggir Kali Ada Baruh.

Pqah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai dan Pesta Tadau Kaamatan kepada rakan sefakulti dari Sabah dan Sarawak.... Semoga berbahagia disamping keluarga dan yang tersayang...

Kedah terkenal dengan jolokan Jelapang Padi. Perlis pun ya juga. Apalah beza kedah dan Perlis kerana Sultan Kedah yang menghadiahkan Perlis kepada Raja Perlis suatu ketika dahulu.

Sawah, bendang dan baruh membawa maksud yang sama, tempat untuk menanam padi.




Ok, dah tengok pemandangan sawah, ke mana padi ini akan pergi.
Kilang? Ya itu sekarang. Tapi dulu, selepas dituai padi akan dijemur dan akan disimpan dalam...

Rumah padi.

 Dari depan


Belakang
Ini rumah padi di rumah nenek Pqah... Pak cik yang berusaha jaga rumah ni... Buat tatapan generasi akan datang katanya. Di rumah arwah wan ada juga tapi dah roboh kena makan dengan anai-anai. Rumah padi jiran Pqah lagi cantik. Dianyamnya dengan daun rumbia. Tinggi nilai estetikanya tu....

Walaupun rumah padi ini tidaklah sebesar mana, tapi bolehlah kalau 4 orang budak nak masuk. 
Pqah ada nampak orang kampung letakkan cermin, bedak dan alat solek dalam ni. Waktu tu kecik lagi.
Kata wan, nak bagi semangat padi bersolek. Makkk!!! Terus Pqah takut nak main dekat situ. Tapi itu dulu, Pqah percaya orang ramai kini dah sedar semua tu khurafat.


Dulu, semasa arwah wan ada, bila hampir senja saja kami semua disuruh balik dari bermain di bendang atau sawah. Kenapa ya?. Menurut cerita pada masa dahulu, orang menghantar sihir tuju-tuju melalui sawah padi. Sihir ini kalau kita zahirkan dengan mata kasar seperti kumpulan jarum yang berterbangan untuk menuju ke rumah mangsa. Jarum akan dikawal oleh dukun dengan mantera tertentu. Selalu dukun dari Siam mahir dengan ilmu ini. Kata wan lagi, sesiapa yang terkena boleh meninggal. Kuat juga ya sihir ni. 

Tapi, itu dahulu. Sekarang sihir ini semakin luput. Kenapalah kita kalau iri hati nak guna sihir?. 
Patutnya perlu ada lonjakan paradigma di situ... Ewah.. semangat padi ni.
Bersainglah secara positif, barulah boleh maju. Nasihat ini pun untuk Pqah juga,,... 
Sebagai panduan untuk masa depan.

Sunday, May 27, 2012

Juh Berambeh

"Adik pakai baju apa tu?".
"Ben Ten."
"Kakak?".
"Papaf Girl." Powerful Girls actually.
"Mak Lang?"
"Tadaaa!!! Mickey Mouse."

Tadi, aku dan kakak sekeluarga pi joging. Atas suara majoriti, kami sepakat ke Tasik Seksyen 7, dekat dengan rumah sewa aku. Selalu diorang joging di Tasik Shah Alam. Saja aku pakai baju kartun, nak ambil hati anak-anak buah. Supaya mereka tahu aku sayang mereka sama rata. Pening juga kepala, bila si kakak bertanya, "Mak Lang sayang kiterr ke adik?". Yang adik pulak asyik tarik tangan aku makan coklat sama-sama.


Kedatangan kami disambut dengan kicauan burung-burung.

Ni lah tasiknya....

Ni buat anak-anak kakak suka... Kemain ye buli Mak Lang... Report kat Tok Wan.



Dalam bas, aku selalu nampak bunga-bunga mekar di tasik ini. Teringin jugak lah nak tengok spesis apa kerana kali ini aku tidak dapat melihat bunga kertas kesayangan aku mekar di rumah. Aku pun tak tau ni bunga spesis apa.... Anggerik kot pasal Shah Alam kan Bandar Anggerik.


Dalam dok sibuk berlari..."Eh, macam kenal." Dekat sinilah aku jawab exam Contract dan Constitutional Law sem lepas.


Tengok tu... Menara Sains dan Teknologi dari jauh...

Cukup tiga round...
"Jom gi kedai mamak!"
Hai, macam ni bilanya nak slim?

Ketika Aku Bercerita Tentangnya


 
Aku berteleku di meja studi. Lama aku berfikir, apa yang harus aku tulis di dalam diari aku kali ini. Mungkin ada yang terbaca post aku tahun lepas, tapi aku dah delete.
Aku mengambil masa 4 tahun untuk kembali manulis gara-gara diari aku dibakar secara tidak sengaja sewaktu darjah enam. Kemudian, pada usia 16 tahun barulah aku kembali aktif menulis. Itulah sikap aku sekiranya patah hati. Sukar rasanya ingin menerima hakikat impian aku terbakar begitu sahaja.

Kini, UiTM bercuti selama seminggu sempena Hari Gawai. Transit aku hanya di TTDI, 15 minit perjalanan dari UiTM. Aku ingin berehat untuk beberapa hari sebelum menyambung semula kerja-kerjaku. Pena ini ligat menari lantaran sudah terlalu lama aku tidak menulis diari. Tidak banyak bezanya antara rumah sewa aku dan TTDI, cuma di sini suasananya kurang bingit. Penangan pulau haba bandar menyebabkan aku sedikit berkeringat walaupun sudah larut malam.

Sedang asyik menulis, aku terlihat kelibat bayang-bayang hitam akibat pantulan cahaya melalui tingkap. Aku kaget seketika, ...
Aku membatukan diri. Rasanya, keluarga kakak ku semua sudah tidur.
Pintu bilikku dikuak...
Dan siapakah gerangan?

Thursday, May 24, 2012


"Pqah nak blue yogurt yang Blueberry ka apple and acai berries?"
Aiseh... ni yang leceh ni. Tadi Hatin call nak yogurt ke tak, jual mahal.
"Nak yang ada acai berries tu lah..." Aku mengekek di hujung talian.
Acai?.. Lupakan.

Oooo.. yogurt sekarang dah ada perisa baru....
Housemates aku yang sorang ini amat arif jenama dan perisa yogurt kegemaran aku.
Yalah... makan tak kenyang, tidur tak nyenyak kalau tak ada yogurt.

Adakah suatu hari nanti ada yogurt perisa durian?
Hurm,,, kita tunggu dan lihat.

Badi

Hari Selasa yang lalu, aku menonton perlawanan badminton. Lupa pulak, Piala Thomas dah start. Dalam dok sibuk tengok smash kencang..

"Tau tak Lee Chong Wei dah tersingkir?. Dia cedera."
Hatin dengan bersungguh-sungguh bercerita.
Ooo... cedera waktu lawan dengan Peter Gade... Tak pa lah, dah tak da rezeki.



Aku suka menonton perlawanan sukan. Paling utama bola sepak, kemudian badminton diikuti hoki dan akhir sekali perlumbaan rally racing. Aku dengan adik suka tengok sukan luncur ais... Best!

Semalam aku tengok regu Malaysia Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat lawan China. Pun kalah juga. Alah, dulu ranking nombor 1 dunia kot. Mungkin faktor usia... Tapi....


Kalau Lin Dan turun, rasa nak menyorok dalam selimut ja. Ngeri tengok pertembungan antara Lin Dan dengan Chong Wei. Lin Dan, corak permainannya tangkas, smash laju, bersemangat. Lin Dan ni kira badi buat Chong Wei.

Tapi tak pa, kita tunggu Olimpik nanti.