Aku semester ni banyak juga aktiviti kokurikulum yang aku joint. Tengok movie Korea sampai berjejeran air mata pun dapat ekstra markah tau. Jom kita review apa aktiviti aku sepanjang sem ni.
Hehe... 7 serangkai gi camping di Taman Negara Pahang. Best sangattttt....
Taman Negara seolah-olah masih memanggil nama aku... "Pqah! Pqah!".
Dah selalu sangat asyik baca kes ja... Sesekali, bila merentas belantara, rasa fresh sikit.
Ahhh!!!
Tengok tuuu... Macam keluarga bahagia kan?. Time ni lah nak berkongsi cerita dan caring each other.
Ni lah keluarga besar company H.... Company H adalah nama bagi fakulti undang-undang untuk kelas kawad atau Kesatria. Aku joint cheers. Banyak gak dapat markah. Boleh la kot nak dapat A untuk subjek ni.
Company H, tema tahun ni pink dan lady bird. Ni lah, skuadnya. Nampak tak kawan baik aku, Athirah?.
Nilah muka sebahagian daripada classmate aku. Pink...tak tahan nyah.
Mengancam... Tak menahan mak menengoknya....
Ni bukan aktiviti kolej atau HEP, tapi ni kenduri abang classmate aku. Kat mana?. INTEKMA Resort, kat Seksyen 7.
Ni lah pengantinnya... Makanan sedap... So kalau nak kahwin, buat la kat sini... Ajak la Pqah sama.
Aku pi lagi camping. Kali ni terpaksa sebab dapat ekstra marks. Untuk bantu pointer aku jugak. Kali ni di Hutan Lipur Sungai Chamang, Pahang. Kalau rakan-rakan nak tahu, nilah pakaian rasmi kami, pelatih Kesatria.
Tak banyak gambar yang aku rakam. Banyak aktiviti.
Aku gi tengok mocktrial, perbicaraan olok-olok di mahkamah. Macam teater la.
Nilah set mocktrial... Aku pun akan bekerja di tempat inilah suatu hari nanti, InsyaAllah.
Ni lah aktiviti last aku joint. Tengok konsert 1 UiTM. Paling best tengok dekan nyanyi lagu klasik. Tersentuh hati ni. Tengok dikir barat pun sedap jugak. Hiburan ringan before study week dan final, tak salah rasanya.
Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti aku join tapi tak dapat nak tulis. Banyak sangat. Lain kali lah ya.
No comments:
Post a Comment