Friday, December 30, 2011

Exam...

Kringggg!!!

Loceng dah berbunyi...
Auta lah tu... kat universiti mana ada bunyi loceng la.....

23 Disember 2011, kelas terakhir aku untuk semester satu BLS. Kelas Constitutional Law. Faveret la jugak. Banyak ilmu yang aku dapat. Terima kasih Prof Shad....

Study week bermula, ramai yang nak balik rumah.... dapatkan ilham di kampung halaman.
Fine... untung lerrr.... Haha....

Inilah realiti aku...

Susahlah nak study awal-awal. Tak de mood.
Tapi, sebagai pelajar tak kiralah dia malas ke rajin ke, exam itu adalah tarikh keramat dalam hidup mereka.
Time nilah diorang akan menjadi begitu komited dan berwibawa dalam membuat nota ataupun past years question.


Macam-macamlah idea kreatif yang akan keluar untuk hilangkan stress. Pada masa yang sama hati ni rasa berbelah bahagi, teringat banyak benda tak hafal lagi.

Tapi, relaks jugak perlu, kalau tak jem time nak menjawab exam.

Pemakanan pun harus dijaga.... Meggi tu pastikan stoknya dah habis before study week... Tapi aku tak la sampai tahap ni...
Terpulanglah kan,...

Tapi, hati mau bersih... Ilmu yang ada sedikit tu apa salahnya kita kongsi bersama...
Adalah balasannya nanti, InsyaAllah yang baik.


Cikgu aku kata.. jagalah hubungan dengan Pencipta kita...
Baliklah pada fitrah...
Jahat macam mana pun kita, mengadulah pada Allah
sesungguhnya Dia Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Patutnya jagalah hubungan kita dengan guru atau lecturer.
Takkanlah baru belajar sedikit pasal fundamental liberties, kita dah mula demand itu dan ini.
Hello, sedarlah... kita ni siapa saja....

Bila dah orang pesan, tak dengar, jangan salahkan sesiapa.



Bila dah guru terasa... manalah kita tau kan...


Ermmm,,... nauzubillah....
Muliakanlah guru dan pensyarah anda.
Mereka ibarat lilin yang membakar diri...
Ewah jadi Usman Awang pulak larut malam ni.

Jangan lupa...
pada mama dan ayah anda...


Jangan hampakan harapan mereka.

Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan akhir tahun,
maaf zahir dan batin,
semoga kejayaan milik kita bersama.






No comments:

Post a Comment