Hidung aku kembang-kempis nak menghafal subjek Law II. Tak banyak dah nak hafal, cuma nak lancarkan je sikit lagi apa-apa yang tak clear.
Aku dah macam gimnas negara dan Dayah steady dengan netbook dia.
“Pqah, dengar ni. Ada berita dari Law Society Club. 9 Mac 2011. 6 orang awam telah menjadi mangsa simbahan asid di sekitar Bangsar. Kejadian bermotifkan provokasi. Anda dinasihatkan supaya terus menutup pintu kereta selepas memasuki kenderaan anda.”
Scary aku dengar berita macam ni. Apalah nak jadi. Nasib lah petang tu aku tak jamah cucur udang. Kalau tak mesti tertelan.
Teringat kata-kata guru aku waktu sekolah rendah. “Orang zaman sekarang ni ingat nyawa boleh ambik dari peti sejuk kot.” Entahlah…. Sama-samalah kita membanteras jenayah.
No comments:
Post a Comment