![]() |
Ibu tidak pernah bercerita tentang kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kita |
Begitulah petikan kata-kata ibu kepada Allahyarham Noramfairul Mohd Nor, 41, wartawan Bernama TV yang mati ditembak sewaktu membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia. Aku quote kata-kata ibu allahyarham(semoga Allah mencucuri rohnya) kerana tersentuh dengan nada si ibu. Kedengaran tenang namun mampu mencarik hati si anak seperti aku. Seperti biasa, aku mengikuti kes Allahyarham pada awal September yang lalu. Walaupun kita masih berada dalam mood raya dan nak masuk U, namun kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai depan TV untuk menonton Buletin Utama. Kisah kematian Allahyarham benar-benar membuat aku tersentak. Namun, apabila ibu allahyarham mengeluarkan pengakuan di atas pada 6 Syawal bersamaan 4 September di Buletin Utama, aku berasa sayu. Dalam fikiran aku, macam mana la nasib mak cik ni. Dah la tu anak sulung dia, lelaki pulak tu. Mesti jadi harapan untuk menjaga parents dia bila diorang dah tua.
Aku ingin juga mengambil contoh lain. Dulu mak aku pernah bercerita pasal Allahyarhamah Datin Rafeah Buang. Lagu raya dia best kan. Tak lama dulu, Allahyarhamah telah kehilangan anak lelakinya kalau tak salah aku akibat kemalangan. Aku ingat-ingat lupa nama anaknya namun kalau tak silap namanya Amir. Aku ada menonton temuramah Datin Rafeah di akhir hayatnya. Allahyarhamah Datin berkata, Allahyarham anaknya pernah melutut di kakinya. "Saya sayangkan ibu, dan maafkan dosa saya," begitulah antara ayat si anak. Boleh dikatakan setiap hari anaknya melakukan perkara yang sama dan umur si anak sewaktu meninggal hanyalah belasan tahun dan kalau tak salah baru 11 tahun. Jadi bayangkan lah, anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu pergi dahulu darinya. Datin Rafeah sentiasa mengingati anaknya sehingga ke akhir hayatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka berdua.
Ini pula kes yang berlaku di kampung aku. Mak yang cerita kat aku. Ada seorang ibu muda yang akan menunggu anaknya pulang dari sekolah setiap hari. Anaknya pulang dengan bas sekolah. Pada suatu hari, si anak ingin melintas jalan. Si ibu menunjukkan isyarat tangan supaya si anak itu berhenti namun entah macam mana si ibu itu tergamit maknanya dah buleh lintas la. Si anak pun lintas. Tiba-tiba ada kereta muncul dan si anak hancur digilis kereta di depan mata ibunya sendiri. Si ibu hampir gila. Namun, selepas beberapa tahun keadaannya stabil. Kisah ni berlaku hampir 20 tahun yang lalu namun malangnya si ibu itu tidak dikurniakan anak yang lain. Kalau si anak masih hidup, tentu dah sebaya dengan kakak aku. Apatah lagi anak itu pun perempuan. Namun, semoga Allah merahmati rohnya.
Ni pulak kes yang Ustaz cerita kat aku masa aku form3. Ada seorang ibu tunggat yang tinggal dekat dengan rumah Ustaz aku kat Jitra. Anak dia dah 20-an dan anak tunggal tapi sayang jadi penagih dadah. Ustaz aku selalu dengar si anak ni balik lewat malam apa semua, mintak duit kat mak dia padahal mak dia buka gerai kat depan rumah nak sara hidup diorang berdua. Pada suatu malam, polis datang ke rumah diorang. Ustaz aku buka jendela. Dia dengar polis tanya," Mak cik, anak mak cik ada kat rumah,". Lama si ibu diam. "Maaf lah encik, anak mak cik tak da. Dia pi mana ntah tadi." Ustaz aku tau anak dia ada dalam rumah. Si polis meminta kebenaran untuk menggeledah rumah mak cik tu. Diorang jumpa anak mak cik tu menyorok dalam almari. Ustaz aku kata walaupun si ibu tahu anaknya salah namun ibu tak pernah menceritakan keburukan si anak pada orang lain apatah lagi untuk membenci anaknya sendiri. Tak pernah...
Dan sebelum aku pergi ke Shah Alam, aku terdengar perbualan antara mak aku dan mak saudara aku di dapur. Mak aku cakap,"Kalau boleh kak tak mau anak-anak ka pi dulu(meninggal) sebelum kak. Kalau la terjadi, kak redha tapi percaya la dalam hati kak ni dah kosong," Aku yang mendengar terus berlalu pergi tanpa mereka sedar kehadiran aku dan aku terus terdiam."Mak.. ketahuilah, Pqah pun tak sanggup kehilangan mak dan ayah,". Oleh itu fikirlah betapa tulusnya hati seorang ibu sehingga nyawa sendiri sanggup ditukar ganti... Sama-sama kita renungkan. Wallahhu'alam.
No comments:
Post a Comment