Semalam, lepas habis Kesatria, aku meredah hujan dan petir yang sabung-menyabung. Gila betul. Dah la Padang kawad tu kawasan lapang. Tak kawad pun kelmarin. Hujan lebat dan komander pun macam tak ramai ja. Tapi yang paling tak best ada kilat. Takut tau.
Seperti kebiasaan, aku akan bawak tumbler atau bekas air untuk gi ke kelas atau waktu gi Kesatria ke, bersukan ke. Aku bawak tumbler since I was 7 years old. Dah jadi habit. Tak lengkap rasanya kalau tak bawak tumbler gi sekolah atau latihan rumah sukan.
Sepanjang hidup aku, aku selalu guna tumbler warna biru, peach, ungu dan merah. Hijau dan pink tak dak lagi. Tumbler ni isi dengan air masak ja tapi sangat perlu lepas aktiviti sukan, boring dengar lecture atau waktu lunch.
Aku pun ada tumbler khas untuk digunakan waktu study. Pada waktu malam kebiasaannya aku akan minum minuman yang panas tapi aku tak suka kopi dan nescafe. Menderita aku kalau minum 2 jenis air ni. Tapi sekarang dah tak guna tumbler tu, sebagai aksesori ja kat rumah.
Tapi sedihnya, semalam tumbler aku hilang. Aku ingat Teha dah amik dan Teha pun ingat aku dah amik tumbler dia. Balik tu, aku try cari lagi tapi tak jumpa. Ada yang kata ada orang simpan ada yang kata dah hanyut. Sedih...
Waktu aku try cari tumbler di tengah hujan yang lebat, ada la 2 orang kawan roommate kehilangan beg. Dalam tu ada kunci bilik la, dan barang berharga yang lain. Nasib la aku bawak kopek yang kecik tu pi padang kawad. Hari ni rasa tak de mood nak gi kelas. Walaupun tumbler aku tu tak sampai RM10, tapi sedih la... Ada nilai sentimental. Apapun, aku nak study Tort dulu. Jap gi ada test.
Friday, October 28, 2011
Tuesday, October 25, 2011
Teroleng-Oleng
Pada 21- 23 Oktober yang lalu, aku, dan geng2 aku seramai 6 orang join EnLAC, kira persatuan alam sekitar kat fac aku pergi ke Taman Negara, Pahang. Sapa tak mau pi untuk 3 hari 2 malam bayar RM35 jer dan meliputi makanan, transport, penginapan, aktiviti kami kat sana dan T shirt. Best wo....
Tapi aku ni tak berapa berani sangat coz kalau nak pi mana-mana kena naik bot. Mana la besa kan, teroleng-oleng kiri, kanan. Takut terjatuh. Tapi lama-lama best pulak especially waktu rapid shooting. Best woo.. walaupun lencun dan sejuk menahan ketaq air sungai tapi best. Balik ke kolej pun masih terasa lagi teroleng-oleng.
Kawasan penginapan kami pun kat tepi sungai. Memang terbaik. Tak pernah aku merasai pengalaman ni. Teruja dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama. Ntah bila dapat bercuti sama-sama lagi.
Tengok lah.... ni gambar restoren dan mini market kat sini. Kena la lalu titi yang disediakan. Ketaq gak tapi lama-lama best.... Makanan kat sini pun best... Berselera aku makan. Maybe dah muak makan kat DC kot.. lagipun tak payah pikir menu untuk 3 hari.. hehe
Tapi aku ni tak berapa berani sangat coz kalau nak pi mana-mana kena naik bot. Mana la besa kan, teroleng-oleng kiri, kanan. Takut terjatuh. Tapi lama-lama best pulak especially waktu rapid shooting. Best woo.. walaupun lencun dan sejuk menahan ketaq air sungai tapi best. Balik ke kolej pun masih terasa lagi teroleng-oleng.
Kawasan penginapan kami pun kat tepi sungai. Memang terbaik. Tak pernah aku merasai pengalaman ni. Teruja dapat berkumpul dengan kawan-kawan lama. Ntah bila dapat bercuti sama-sama lagi.
Tengok lah.... ni gambar restoren dan mini market kat sini. Kena la lalu titi yang disediakan. Ketaq gak tapi lama-lama best.... Makanan kat sini pun best... Berselera aku makan. Maybe dah muak makan kat DC kot.. lagipun tak payah pikir menu untuk 3 hari.. hehe
Thursday, October 20, 2011
Beginilah...
Sunday, October 16, 2011
Bermulanya Begini
"Ok, bye...". Aku menutup perbualan dengan Muizzah pada malam itu. Bahagianya dapat berbual dengan kawan lama aku. Susah senang aku selama ni dengan Muizzah. Dia istimewa, suka mengingatkan aku, sama seperti makna namanya. Namun, permulaan kisah bahagia kami tak la seperti orang lain sangkakan. Dulu, masa sekolah rendah kami tak sebulu. Asyik bertikam lidah ja walaupun aku lagi banyak berdiam. Namun, seperti firman Allah, Dia berkuasa membalikkan hati manusia. Kalau dulu rasa benci, kini rasa sayang. Nasib Muizzah sama gender dengan aku kalau tak dia lah calon husband aku. Cewah... Perasaan sayang tu mula timbul bila kami masuk sekolah menengah yang sama. Kami akui, dulu kami terlalu mentah dalam membuat penilaian plus cemburu buta. Kini, rasa kasih masih membara walaupun haluan kami ternyata berbeza. Aku ingat lagi kami sama-sama membanteras samseng kat sekolah padahal aku ni librarian. Ingat lagi time study sama-sama, masuk pertandingan sama-sama. Ohh... syahdunya, rasa macam nak pi jumpa Muizzah sekarang. Ayah aku jugak kenal ayah Muizzah ni malah ayah aku pernah ambik Muizzah kat rumah dia sebab nak suruh temankan aku tengok ekspo apa ntah. Kini walaupun Muizzah amik nursing, tapi aku tetap sayang kat dia walaupun sayang tu tak pernah aku ucapkan. Aku tahu dia juga begitu dan itulah kisah kami.
Persahabatan antara aku dengan Aida juga bermula sejak di sekolah rendah tapi tak rapat. Sekolah menengah pun tak rapat sampai la Form 4. Tu pun sebab kelas sama. Pertelingkahan antara kami tak aku sedari bila aku berada di tingkatan 2. Kononnya aku dah rampas takhta Aida sebagai best student. Laa.. aku waktu tu kelas nombor 3, ada la kata-kata sumbang nak lagakan kami. Aku tak tau pun pasal aku ni bukan amik peduli kata orang. Gosip tu biasa la, dah glamer. Sampai la kami dipertemukan oleh Cikgu Syidah. Kena dok sebelah Aida la pulak. Nasib la... Ingat nak lari ja, tukar sekolah. Namun tetiba ja rasa sayang kat Aida. Aik.. apakah. Dulu, bukan main. Haha.. ni cemburu plus ego, sekarang saling terpesona kot. Kini, aku lantik Aida sebagai advisor aku dalam hal-ehwal emosi. Tak sangka aku, Aida ni pandai bermadah ni. Ya la, orang dalam hati ada taman. Haha.. Aku doakan agar Aida Adrina Robani menjadi the next top accountant in Malaysia. Kalau korang nak tau Aida dengan Muizzah akan aku letak priority utama dalam senarai nak bagi kad raya tau. Takut terlupa pulak, asyik ingat kawan kat Shah Alam ja.
Yang ni pulak kawan aku kat sekolah rendah dan menengah. Cukuplah aku panggil dia as Zaa. Dulu pun tak suka dia. Yang ni gaduh sebab dendam plus benci gila. Ntah la, dah nama pun budak lagi mestilah asyik gaduh. Tapi baik balik. Kalau tak silap Zaa amik perdagangan kot. Apapun aku tak kisah sebab kini kami semua dah jadi kawan baik. Umur macam aku patutnya dah stabil dari aspek emosi kalau tak pun dah tak macam budak dah. Dendam dah tak ada dalam kamus kerana kita tahu, hati yang penuh dengan dendam adalah hati yang busuk dan tak cukup zat. Yalah, tekanan namanya tu.
Tapi aku sedar, kawan yang aku anggap musuh tadilah yang kekal abadi. Ambik berat pasal aku, ingat birthday aku. Kawan lain pun ingat tapi kami semua ni dah berkawan hampir 10 tahun. Kalau kahwin mau dekat setengah dozen dah dapat anak. Amboi, kahwin lagi. Bukan senang nak sampai angka 10. Dugaan banyak tau. Apapun, terima kasih la kat hampa semua. Semoga berjaya dalam karier dan kita tengok antara Pqah, Aida dan Muizzah sapa kahwin dulu. Tapi aku tau jawapannya.
Friday, October 14, 2011
Pqah dan Makanan
Labels:
nasi ayam hainan best
Friday, October 7, 2011
Adik...
"Adik mana ah mak?". Aku mencari adik. Pagi-pagi buta lagi aku cari adik aku. Adik tu nama kucing aku. Orang buang kucing ni. Actually dia ni ada 3 beradik tapi ayah aku buang dekat pasar pasal mak aku tak mau bela kucing banyak-banyak. Dapat bela Adik ni pun pasal aku yang nak sangat buat pengganti kucing lama aku. Kucing yang aku bela kebanyakan sama jer kaler. Berbelang.
Adik ni suka teman aku baca buku dan tengok movie. Kucing zaman sekarang pun dah moden ye. Makan pun best-best. Hari-hari nak tulang ayam. Demand. Adik membesar dengan aku. Aku bela masa aku cuti panjang dulu. 6 bulan wo...
Tapi adik aku ni satu ja kegemaran dia selain makan. That is...
Tidur... Aku pun heran dengan mamat ni(Adik kucing jantan). Walaupun kami kunci pintu, tingkap tapi dia still buleh masuk. Tapi nasibnya dia buat bisnes dia dekat semak kat rumah aku. Lagi satu kalau mak aku marah kat dia pasal curi lauk ke, sepahkan rumah ke, dia diam je. Tak pun tidur kat luar rumah. Tak sabar nak balik cuti sem ni. Aku nak jumpa Adik...
Tuesday, October 4, 2011
Test Tort
Hari ni aku ada test untuk subjek Tort. Tort ni macam civil law la. Contohnya kalau doktor tertinggal gunting dalam perut pesakit dan pesakit tu nak saman doktor atau lagi tepat hospital tu, ni la undang-undangnya. Kira hal ehwal kecuaian ni la law nya. Tapi aku tak de mood la nak study tambah pulak cuaca hari ni macam nak suruh aku tidoq ja. Aku dah study sikit semalam tapi tadi tengok kawan-kawan aku study bagai nak rak, takut la aku pun. Tadi kelas cancel. Tutor aku maybe bizi dengan tesis PhD dia. Contract best. Tapi jem gak la nak paham. Cuma masalahnya aku ni dok pikir pasal makan ja. Tak tau la apa nak jadi. Harap aku bertahan la. Roommate aku pulak bizi ja memanjang. Ceh, hari ni ja dia bizi. Korang cam na?. Mungkin ni sindrom awal sem kot.
Monday, October 3, 2011
Kasih Yang Abadi
![]() |
Ibu tidak pernah bercerita tentang kesakitan yang dialaminya kerana dia amat menyayangi kita |
Begitulah petikan kata-kata ibu kepada Allahyarham Noramfairul Mohd Nor, 41, wartawan Bernama TV yang mati ditembak sewaktu membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia di Mogadishu, Somalia. Aku quote kata-kata ibu allahyarham(semoga Allah mencucuri rohnya) kerana tersentuh dengan nada si ibu. Kedengaran tenang namun mampu mencarik hati si anak seperti aku. Seperti biasa, aku mengikuti kes Allahyarham pada awal September yang lalu. Walaupun kita masih berada dalam mood raya dan nak masuk U, namun kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai depan TV untuk menonton Buletin Utama. Kisah kematian Allahyarham benar-benar membuat aku tersentak. Namun, apabila ibu allahyarham mengeluarkan pengakuan di atas pada 6 Syawal bersamaan 4 September di Buletin Utama, aku berasa sayu. Dalam fikiran aku, macam mana la nasib mak cik ni. Dah la tu anak sulung dia, lelaki pulak tu. Mesti jadi harapan untuk menjaga parents dia bila diorang dah tua.
Aku ingin juga mengambil contoh lain. Dulu mak aku pernah bercerita pasal Allahyarhamah Datin Rafeah Buang. Lagu raya dia best kan. Tak lama dulu, Allahyarhamah telah kehilangan anak lelakinya kalau tak salah aku akibat kemalangan. Aku ingat-ingat lupa nama anaknya namun kalau tak silap namanya Amir. Aku ada menonton temuramah Datin Rafeah di akhir hayatnya. Allahyarhamah Datin berkata, Allahyarham anaknya pernah melutut di kakinya. "Saya sayangkan ibu, dan maafkan dosa saya," begitulah antara ayat si anak. Boleh dikatakan setiap hari anaknya melakukan perkara yang sama dan umur si anak sewaktu meninggal hanyalah belasan tahun dan kalau tak salah baru 11 tahun. Jadi bayangkan lah, anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu pergi dahulu darinya. Datin Rafeah sentiasa mengingati anaknya sehingga ke akhir hayatnya. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka berdua.
Ini pula kes yang berlaku di kampung aku. Mak yang cerita kat aku. Ada seorang ibu muda yang akan menunggu anaknya pulang dari sekolah setiap hari. Anaknya pulang dengan bas sekolah. Pada suatu hari, si anak ingin melintas jalan. Si ibu menunjukkan isyarat tangan supaya si anak itu berhenti namun entah macam mana si ibu itu tergamit maknanya dah buleh lintas la. Si anak pun lintas. Tiba-tiba ada kereta muncul dan si anak hancur digilis kereta di depan mata ibunya sendiri. Si ibu hampir gila. Namun, selepas beberapa tahun keadaannya stabil. Kisah ni berlaku hampir 20 tahun yang lalu namun malangnya si ibu itu tidak dikurniakan anak yang lain. Kalau si anak masih hidup, tentu dah sebaya dengan kakak aku. Apatah lagi anak itu pun perempuan. Namun, semoga Allah merahmati rohnya.
Ni pulak kes yang Ustaz cerita kat aku masa aku form3. Ada seorang ibu tunggat yang tinggal dekat dengan rumah Ustaz aku kat Jitra. Anak dia dah 20-an dan anak tunggal tapi sayang jadi penagih dadah. Ustaz aku selalu dengar si anak ni balik lewat malam apa semua, mintak duit kat mak dia padahal mak dia buka gerai kat depan rumah nak sara hidup diorang berdua. Pada suatu malam, polis datang ke rumah diorang. Ustaz aku buka jendela. Dia dengar polis tanya," Mak cik, anak mak cik ada kat rumah,". Lama si ibu diam. "Maaf lah encik, anak mak cik tak da. Dia pi mana ntah tadi." Ustaz aku tau anak dia ada dalam rumah. Si polis meminta kebenaran untuk menggeledah rumah mak cik tu. Diorang jumpa anak mak cik tu menyorok dalam almari. Ustaz aku kata walaupun si ibu tahu anaknya salah namun ibu tak pernah menceritakan keburukan si anak pada orang lain apatah lagi untuk membenci anaknya sendiri. Tak pernah...
Dan sebelum aku pergi ke Shah Alam, aku terdengar perbualan antara mak aku dan mak saudara aku di dapur. Mak aku cakap,"Kalau boleh kak tak mau anak-anak ka pi dulu(meninggal) sebelum kak. Kalau la terjadi, kak redha tapi percaya la dalam hati kak ni dah kosong," Aku yang mendengar terus berlalu pergi tanpa mereka sedar kehadiran aku dan aku terus terdiam."Mak.. ketahuilah, Pqah pun tak sanggup kehilangan mak dan ayah,". Oleh itu fikirlah betapa tulusnya hati seorang ibu sehingga nyawa sendiri sanggup ditukar ganti... Sama-sama kita renungkan. Wallahhu'alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)