![]() |
Anda tahu apa yang terjadi pada lelaki ini? |
Ada sorang perempuan.. Umur 15 tahun.. Bawa anaknya yg umur setahun jalan di pasaraya.."
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..
"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..
-Orang kata dia tue perempuan hina.. Tak suci.. Tak malu.. Tapi takda orang taw.. Dia dirogol masa dia umur 13 tahun..
"Ada sorang lelaki.. Dia sangat² gemuk.."
-Orang kata dia tue tak taw jaga diri.. Tapi takda orang taw.. Dia ada penyakit.. Makan tak makan.. Tiap² hari berat badan naik..
"Ada sorang orang tua.. Mata dia buta.. Telinganya takda.."
-Orang kata dia tue hodoh.. Sangat² hodoh.. Tapi takda orang taw.. Dia tue askar.. Hilang mata & telinga waktu mempertahankan negaranya..
"Banyak benda dalam dunia nie.. Kita nampak.. Tak bermakna.. Kita taw segala²nya.."
Petikan ni aku ambil daripada wall FB bestfriend aku, Aida Adrina Robani. Hati aku sayu bila terbaca post ni di wall Aida. Kenapa?? Aku pun pernah merasai betapa pedihnya hati ni bila ada suara-suara sumbang mengenai diri kita. Selalunya inilah realiti kehidupan kita... terlalu mudah menilai berdasarkan luaran semata-mata.
Kisah ini berlaku sewaktu aku bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya sementara menunggu sesi ambilan ijazah pada bulan September. Dah cuti 6 bulan, mesti la boring kan jadi penganggur terhormat. Pada suatu petang, ada seorang lelaki Inggeris datang ke kaunter aku. Dah kebetulan hari tu hari Sabtu. Macam biasa la, hari tanpa plastik. Dia tanya aku, kenapa tak ada plastik pada hari Sabtu, of course aku speaking la. Dia saja ja nak tau. Dia pun suka la orang layan dia sebab sebelum ni dia datang tak ada lagi cashier pandai speaking. Nak jadikan cerita, orang tuduh aku ni berlagak. Orang tak tau, aku ni pada masa yang sama aku bakal menduduki exam MUET. Tentu lah speaking elemen penting dalam exam tu. Tapi orang tak faham dan satu pasaraya heboh pasal ni baik mak cik yang jual tudung, pak guard dan cleaner. Aku tak paham la, dah aku pun study in English cuma aku tak cerita aku belajar apa. Tapi aku malu sangat pasal aku rasa macam aku ni alien ja.
Kisah kedua, kalau korang nak tau, masa aku kerja sementara dulu aku sentiasa bawak beg sekolah. Orang perli aku ni tak fashionable padahal aku ni budak u. Aku diam. Orang tak tau yang dalam beg tu ada buku MUET, ada bekal nasi yang mak aku masak untuk lunch dan ada telekung untuk sembahyang. Tu pun ada orang selongkar beg aku kat stor. Apa salah aku??. Sebab aku ja student yang bekerja sementara?. Aku tak ada niat nak kacau sesiapa.
Kisah ketiga, aku selalu bawak bekal pergi kerja. Orang tuduh aku ni anak tak kenang budi sebab mak yang masak lunch untuk aku. Dah mak yang masak... Kalau nak bergurau pun bukan dengan aku kerana betapa sesaknya jiwa nak study sambil belajar. Hatta nak study MUET pun, kenalah usaha.Tapi aku sedar ada asas undang-undang bukan jalan terbaik untuk mendidik Melayu tegar seperti itu. Kelak boleh mengundang pergaduhan.
Kisah keempat, ni pun sewaktu aku bekerja.... Aku tengah shopping sambil bawak beg sekolah. Salesgirl tu bisik kat kawan dia,"nampak macam bodoh je budak ni,". Aku dengar perbualan mereka dan aku terus berlalu. Hari itu adalah hari terakhir aku bekerja. Minggu berikutnya aku pergi lagi ke kedai itu dan salesgirl tu kata, "Hai, adik!! lama tak jumpa?. Buat apa sekarang?". Sambil tersenyum aku menjawab, " Saya dah berhenti bekerja dan nak sambung belajar di Shah Alam," "Ambil course apa?", tanya kakak itu lagi. "Undang-undang sebab saya nak jadi peguam." Aku membayar harga barang aku dan terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Aku dah terlalu menderita sejak bekerja sementara. Namun atas sokongan emak terutamanya dan ayah aku terus bekerja. Lima bulan tempoh aku bekerja bukan sedikit halangan yang perlu aku tempuhi. Aku berdepan dengan golongan Melayu yang tegar. Tidak mahu mengaku kesalahan diri, berasa diri sudah hebat dan paling teruk suka mengadu domba dan suka buat fitnah. Persekitaran ini sangat asing buat diriku dan mulai bulan Ramadhan, aku dah resign. Ada yang baik tapi yang jahat lebih berkuasa sehingga aku ke surau pun dijeling. Apalah nasib bangsaku. Mungkin ada hikmahnya aku menyamar menjadi budak yang dungu kerana itulah yang mereka suka. Kelak siapakah yang rugi?
alahai pikah,,,adat la duk kt dunia ni,,,persetan kn ape yg org ckp,,xpnting sapa kita kt pndgn mereka,,,yg pnting hati kita pikah,,tu yg Allah tgk,,,toksah sedih2,,innallaha ma'ana,,
ReplyDeletep/s :google ar mkdud dye ek,,haha,,gatal nk post cmment :p
mcm2 kn owg ni....tp kakak angkat km pnah kata : aida...kita memang xmampu nk tutup mulut owg yg bercakap pasal kita,,,km kita mampu untuk menutup telinga kita yg mendengar.... :) <3 u pkah
ReplyDeleteaida mpa x tau lagi, bila km masuk law ni mcm2 spesis org km jumpa... lirih hati ni kekadang mengenangkan sikap manusia yang ada agenda tersembunyi
ReplyDelete