![]() |
Ohhh... tak tahan dah... |
Aku dan Teha berjalan beriringan balik ke bilik. Waktu tulis post ni kami baru ja habis meeting level 6. "Teha, baru la kami sedaq law ni tough gak. Dulu ni dok kata medik ja tough," "Baru sedar. Ni bukan zaman asasi lagi dah... Kita dah masuk degree pun. Tough la." Dulu masa asasi aku ni main ja banyak tapi sekarang macam dah sedar la aku ni dah dewasa dan ada tanggungjawab yang lebih. Sekarang aku lagi suka pergi library untuk cari kes. Walaupun sakit kepala ni tapi rasa best pulak.
"Lagi satu kan Teha, baru kami perasan yang kami ni ada lagi 3 bulan nak masuk 20 tahun," aku macam tak caya ja. Dulu zaman sekolah, pas tu asasi.. ohhh... pantasnya masa berlalu. Lagi satu aku perasan la kalau aktiviti kat fakulti aku mau dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Ada Kursus Insaniah la, ni wajib untuk semua course, VCSP, Reading Case... ni semua mau lima, enam jam gak la bertapa di fakulti sampai aku pun takut nak tengok masa dan waktunya. Tapi tak pe la.. untuk kebaikan aku jugak. So korang dah sedar ke umur korang berapa?